DIY #2(A)-Guest Book





*schedule post*



Assalamualaikum







Remember this post?






yeay! dah siap! tapi sebenarnya nak buat cover yang macam kain baldu tu. tapi hari tu hantar lupa nak mention. lepas tu sedih sorang-sorang. tapi i have to admit, aku suka guest book ini. walaupun simple, tak sabar nak baca coretan orang yang datang kenduri aku nanti.






design totally aku yang buat. cari dalam google. edit dalam photoshop. bawa soft copy pergi kedai. nasib baik aku bagi softcopy dalam photoshop. orang kedai berbesar hati edit sikit-sikit bagi cantik. Almaklumlah, aku ni beginner saja. engineer jadi designer? sangat tak kreatif! kena asah bakat lagi ni. hehe.






cover depan. buat hardcover jenis printing.







bagi kata-kata aluan untuk 'penconteng' nanti.










supaya kertas tak nampak kosong. aku edit dan print sendiri design ni di setiap penjuru kertas. tak lah nampak kosong sangat kan? Ingat nak letak muka sendiri, tapi malu pula. So letak gambar kartun yang comel ni.











aku buat untuk depan dan belakang setiap muka surat. nak jimatkan ruang juga. jadi sila-sila lah tulis dan penuhkan page tau!







okay, ni ringkasan guest book aku:



Jenis: hard cover printing
Design: by me
Kertas: A4 'double A' 80 gram
Pages: 50 helai (depan belakang = 100 mukasurat)






Siapa yang berada area shah alam, boleh lah hantar buat hardcover kat kedai ni. Kedai ni dalam Wisma Mais Seksyen 3. Kedai menghadap deret kedai syed.



Mutiara Photocopy
Lot 1-G-23 Wisma MAIS Jalan 3/9A,
Seksyen 3, 40000 Shah Alam
Tel: 017-6165796





Tokei kedai ni siap promot kat aku photographer. Tapi malangnya dah dapat OP dah. Sorry. Kalau nak hantar buat album wedding pun boleh. Oh, nak printing canvas pun boleh. Yang jenis 20 inci, kalau tak salah harga RM80.






Ni pula kos nak buat guest book ni:



Kertas double A 80 gram = RM13.00 (tapi guna 50 helai sahaja)
Hardcover = RM30.00
Printing = free sebab buat kat office. senyap-senyap sudah!
Total = RM43.00





Awal siap guest book kan? 4 bulan lagi. sebab ini yang datang ilham dulu. DIY yang lain tengah slow-slow buat. tunggu!






Nanti korang yang datang kenduri aku, jangan lupa terjah guest book corner dan jangan malu-malu untuk tulis ucapan korang.






Insyallah, kad yang dapat pun akan ditampal dalam ini. Akan simpan elok-elok supaya jadi kenangan terindah untuk kami nanti.



14 comments:

  1. Wahh Good! I baru nak mencari-cari idea nak d.i.y guest book.. Your guest book content pon cantik. siap ada pantun lagi.. cantik..cantik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. tq! buat la..mesti diy u lagi cantik. banyak ilham kat google sekarang.

      Delete
  2. shantek . jgn lupe jempot tau .. hehe ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyallah, jemput mesti datang tau! :)

      Delete
  3. asal murah sangat~ nak pergi la nanti. thanx ya epa~

    ReplyDelete
    Replies
    1. pergi la dhiera! boleh request mcm2... same2 :)

      Delete
  4. bleh share cmne design untuk muka surat dlm tu cmne bt ye.hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya guna power point kalau tak silap.... simple je just letak wording dan picture

      Delete
  5. printing hardcover tu macam emboss/timbul ye?

    ReplyDelete