Bertandang Theme [Wordless Wednesday]





*schedule post*




Blue / Royal Blue / Turquoise / White








Solemnization Theme ---> Click Here


Bride Reception ---> Click Here


ini sudah lebih! bengong!



bengong bos aku ni. selamber badak dia cakap aku fail math.


hek eleh! ini sudah lebih.


sekurang-kurangnya aku ada degree gak. dia? diploma yang tak nampak bayang. puii


tak pe, mentang-mentanglah bos.


budus!


jumaat ni tak approve cuti aku, aku pun dengan selamber badak cuti jela. nak jadi apa, jadilah.



dah lama tak cerita pasal wedding kan?


oklah, sambung kerja!


tunggu time ni




harini aku kerja.






(T_T)







fine!






dah dekat 1 minggu ulang alik hospital. letih juga. tak apa lah, demi adik-adik. kang tak datang dorang mesti tanya.






next week aku cuti sabtu, mama ajak pergi nilai. yey! cari barang kahwin.







hurmmm....






cepatlah masa berlalu, nak balik. singgah hospital lagi.






adik-adik?







demam dorang dah kebah. semalam yang kakak tu platlet darah dah naik. kalau hari ni naik lagi, dia boleh keluar. cuma adik laki tu semalam platlet darah turun. tengok macam mana hari ni. semalam dorang kena paksa makan sup ketam. dikatakan bagus untuk orang kena denggi.







edit entry: lupa nak cerita, sorang lagi adik aku demam. teruk juga. demam macam demam aku baru-baru ni. demam, sakit tekak, batuk, pening, muntah-muntah. so, ketiga-tiga adik sekolah tak sihat. balik rumah mantau sorang tu. datang hospital, mantau 2 orang tu.








minggu ni kerja kahwin jalan slow sangat. balik rumah, penat. tak apa, sempat lagi. hehe.





oh!







ada pameran pengantin harini.







tapi....






aku dah puasa dari pameran. mama marah. tak bagi pergi.







nanti... menyesal.








sambung buat kerja. PQP! aduh tension! Bila project baru menghadap lah PQP ni.


Macam-macam hal.




Minggu ni jadi minggu yang paling havoc dalam sejarah famili kitorang.






2 orang adik admitted sebab denggi.






rumah pula tengah renovate.






balik kerja tiap-tiap hari kena sapu dan mop rumah sebab habis 1 rumah debu.







1 ekor kucing tak sihat. now dah baik sedikit. lepas bawa jumpa vet.






kondisi orang dalam rumah, semua lintang pukang.






yang masih riang adalah Rio dan Elang.






siapa mereka?






kucing! untunglah! hehe.


B2B 2012 get2gether [Wordless Wednesday]




Bride2be 2012 mini gath
(18 Feb 2012)




at Coffee Plant seksyen 13, Shah Alam



atas kiri : Jem - Che Nurul - FY
Bawah kiri : Liana - Waty - Me




haaa, gambar ni baru lengkap. including Atiqah ex-b2b 2012 (atas kiri)




Kami, [me+waty+FY] berkongsi wedding date same! Yup, kita tak ada brides-war ye? haha.

2 orang adik admitted! Please pray for them. Get well soon!





Dorang dah start demam on saturday ni. kena 2 orang sekali gus. Tadi petang baru admitted kat Salam Medical Center. Wani nak SPM, Jaja nak PMR. doktor cakap, serangan kuman dalam darah (serangan or jangkitan? aduh blur. suppose jangkitan right? otak tak boleh fikir) besok baru nak ambil darah lagi sekali. doktor cakap juga, kemungkinan boleh juga kena denggi. doakan mereka cepat sembuh ye? semua orang sangat risau.





wani (no 3 dari kiri) & Jaja (no 2 dari kanan, sebelah abah)





Get well soon my adik-adik.



Everything is okay now!






big smile face!


besar giler gambar smile ni kan? hehe.





lupakan entri sebelum. everything back on track.


D.E.S.A.K.




bridezilla mode





i have to stop it for a while






Chill

Review: Cincin Kahwin [Groom]





Assalamulaikum






cincin ni sebenarnya dah beli dari minggu lepas. entri yang meronta-ronta cakap tak sihat 3 hari ni. baca sini.






dulu beliau cadang nak beli cincin silver. tapi rasa sangat susah nak cari cincin silver. so that day terjah pergi mid valley. mula-mula memang aim nak cari cincin silver. masuk poh kong. tapi dorang cakap tak ada. lalu depan tomei pun sama. tak ada. white gold ada. beliau cakap cannot maaa. hehe.






lalu teringat ex-b2b & b2b pernah mention Bausch k. dalam ingat-ingat lupa kedai ni, jalan slow-slow untuk cari. bayangkan lah nak cari dalam mid valley yang gedabak tu. nasib baik datang awal-awal pagi, orang tak ramai lagi.






kedai dia kat tingkat 1, center court. betul-betul depan kedai sushi hape entah. lupa.






kedai ni jual stainless steel. silver pun ada tapi kena custom made. dan harganya mungkin lebih mahal dari stainless steel. boleh buat design sama, cuma tak ada warranty. stainless steel ni dapat warranty 1 tahun. cuma kalau calar kena bayar rm35 untuk polish balik.






stainless steel tak akan pudar warna, berbanding silver. senang kat situ. beliau ambil design yang ada diamond. so dapat warranty in case kalau batu tercabut. aku punya cincin pun just pakai zircon (T_T) tapi mahal lagi lah. hehe.






oh, boleh juga buat engrave. 10 huruf free. additional rm1 untuk 1 huruf. so, dapatlah buat engrave date kami. rugi haritu tak buat engrave untuk cincin aku.








teaser sahaja. tunggu kotak. nanti tak suprise pula. hehe. kad tu adalah warranty card.






kebetulan cincin yang kita beli sama dengan tempat cik ziana. baca sini. cuma cik ziana beli kat one utama, aku beli kat mid valley.



Wedding Bedroom Decoration [Inspired]




*schedule post*



My inspired wedding bedroom decoration, Insyallah




Vintage style!




tema dah cacamarba kan? janji puas hati. hehe.
aku seorang yang sukakan variasi dalam tema. kalau dari A sampai Z tema sama, tak seronok juga kan?










cantik kan? mana nak cari vanity table yang not costly selain Ikea? Jumpa kat Ikea macam ni, but quite expensive for me, 600++



















Adoi, jatuh cinta dengan kesemuanya!





Misi pertama ------> cat bilik!





sumber: google image

Masjid [wordless wednesday]



Beliau + Me






rindu.




haha. padahal semalam baru jumpa.





mengada kan?






saya tak pendek, beliau yang tinggi sangat (T_T)

HIV test & Talasemia - DONE!







Assalamualaikum





*entry ditulis dalam keadaan tangan kanan yang berdenyut-denyut






aku dengan beliau baru sahaja selesai menjalani (ayat!) HIV test dan talasemia. Cadangnya nak buat blood test sebab masing-masing tak tahu darah jenis apa, tapi akak klinik tu cakap dorang tak buat. kena buat kat private klinik. so tak dapat lah nak tahu. sedih.








kami buat dekat Klinik kesihatan shah alam seksyen 7 tu. booking masa awal bulan. tapi free on this date (14 feb) Banyak date dah full. so kepada siapa-siapa nak buat hiv test kat klinik di kawasan bandar, better booked awal-awal. Kalau nak cepat, baik pergi klinik kesihatan area kampuung / pedalaman. ada yang kita boleh walk in sahaja. klinik yang mana aku tak sure. sorry.







kami datang dalam pukul 2.15 petang. test untuk hiv hanya start pukul 2.30 petang sampai pukul 3.30 petang. Mula-mula terus naik tingkat 1 untuk isi borang macam borang pengenalan diri. Lepas dah settle, baru dapat borang untuk test hiv. isi-isi then turun balik untuk dapatkan nombor giliran korang. nombor ni share dengan nombor-nombor kes deman batuk, ibu dan anak. so kenalah tunggu.







lepas tu, nombor akan dipanggil untuk pergi ke kaunter pendaftaran. hah, kat sini korang kena mention sekali kalau nak buat talasemia. dah okay, then bayar RM1. lepas tu akak tu akan bagi no bilik untuk hiv dan talasemia.







macam kes aku tadi, kami kena pergi letak borang hiv kat bilik nombor 13. oh, talasemia tak ada borang. Just tunggu nombor korang kena panggil. Masa tunggu tu badan aku dan seram sejuk. kaki sejuk, muka dah cuak. bukan apa, cuak kena ambil darah. risau pengsan wei. aku ni mabuk darah sebab kalau terluka sikit jari pun boleh pengsan. inikan nak ambil darah. selawat dalam hati aje.







aku bernasib baik sebab nombor untuk test talasemia panggil dulu. So jumpa doktor kejap, dia bagi kad, then bawa kad masuk dalam bilik untuk test hiv. kiranya, dorang just cucuk ambil darah 1 tiub untuk test talasemia, then guna sikit untuk test hiv. sebab hiv test dorang just cucuk sikit kat hujung jari. peh, masa ambil tu, mata aku dah start berpinar nak pitam. tarik napas panjang-panjang sambil selawat. lama juga nak recover balik.







beliau kena 2 kali, sebab hiv test panggil dulu, talasemia lama giler kena tunggu. siap tadi MA tu boleh tak jumpa urat nak ambil darah. salah cucuk pula tu. so kena 3 kali cucuk. haha. kesian kat beliau.







complain kat beliau pasal nak pitam, beliau cakap kalau beranak nanti macam mana la dia ni.







dah settle dorang ambil darah, terus bawa tiub tu pergi makmal, tunggu result talasemia. then jumpa doktor terus. Alhamdulilah, darah clear. talasemia tak ada.







then tunggu nama kena panggil untuk hiv test result. Syukur juga, lepas! Yahoo, dah boleh proceed borang kahwin.







so, both of us, dua-dua clear on hiv dan talasemia.







dekat 2 jam lebih kat dalam tu, pukul 4.30 baru settle. terus lepak minum sebab kepala dah start pening balik. lengan aku ni still denyut-denyut sampai sekarang. lenguh pun ada.







untuk nak tengok senarai klinik kesihatan selangor, boleh klik sini.






Ni alamat klinik kesihatan shah alam:



Poliklinik Komuniti Shah Alam
No. 2 Persiaran Kayangn
Seksyen 7, 40000 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan

Tel: 03-55186531







updated: hiv test untuk selangor valid within 6 month dari tarikh nikah







tadi sempat juga nak pergi tengok kad kahwin, tapi tak jadi nak buat lagi sebab dah start pening balik masing-masing. Ingat nak datang sekali lagi bawa peta. baru boleh fikir balik semula design mana. pening juga nak pilih kad kahwin ni.







hiv test & talasemia ----> done!


DIY #2(A)-Guest Book





*schedule post*



Assalamualaikum







Remember this post?






yeay! dah siap! tapi sebenarnya nak buat cover yang macam kain baldu tu. tapi hari tu hantar lupa nak mention. lepas tu sedih sorang-sorang. tapi i have to admit, aku suka guest book ini. walaupun simple, tak sabar nak baca coretan orang yang datang kenduri aku nanti.






design totally aku yang buat. cari dalam google. edit dalam photoshop. bawa soft copy pergi kedai. nasib baik aku bagi softcopy dalam photoshop. orang kedai berbesar hati edit sikit-sikit bagi cantik. Almaklumlah, aku ni beginner saja. engineer jadi designer? sangat tak kreatif! kena asah bakat lagi ni. hehe.






cover depan. buat hardcover jenis printing.







bagi kata-kata aluan untuk 'penconteng' nanti.










supaya kertas tak nampak kosong. aku edit dan print sendiri design ni di setiap penjuru kertas. tak lah nampak kosong sangat kan? Ingat nak letak muka sendiri, tapi malu pula. So letak gambar kartun yang comel ni.











aku buat untuk depan dan belakang setiap muka surat. nak jimatkan ruang juga. jadi sila-sila lah tulis dan penuhkan page tau!







okay, ni ringkasan guest book aku:



Jenis: hard cover printing
Design: by me
Kertas: A4 'double A' 80 gram
Pages: 50 helai (depan belakang = 100 mukasurat)






Siapa yang berada area shah alam, boleh lah hantar buat hardcover kat kedai ni. Kedai ni dalam Wisma Mais Seksyen 3. Kedai menghadap deret kedai syed.



Mutiara Photocopy
Lot 1-G-23 Wisma MAIS Jalan 3/9A,
Seksyen 3, 40000 Shah Alam
Tel: 017-6165796





Tokei kedai ni siap promot kat aku photographer. Tapi malangnya dah dapat OP dah. Sorry. Kalau nak hantar buat album wedding pun boleh. Oh, nak printing canvas pun boleh. Yang jenis 20 inci, kalau tak salah harga RM80.






Ni pula kos nak buat guest book ni:



Kertas double A 80 gram = RM13.00 (tapi guna 50 helai sahaja)
Hardcover = RM30.00
Printing = free sebab buat kat office. senyap-senyap sudah!
Total = RM43.00





Awal siap guest book kan? 4 bulan lagi. sebab ini yang datang ilham dulu. DIY yang lain tengah slow-slow buat. tunggu!






Nanti korang yang datang kenduri aku, jangan lupa terjah guest book corner dan jangan malu-malu untuk tulis ucapan korang.






Insyallah, kad yang dapat pun akan ditampal dalam ini. Akan simpan elok-elok supaya jadi kenangan terindah untuk kami nanti.



Baju Nikah dah siap. Cuaks!!





Minggu lepas baju groom dah siap dan dah ambil pun. tunggu nak pergi cari sampin saja. tak tahu bila.





tadi petang dapat mesej dari tailor bagitahu baju aku pula dah siap. haritu bagitahu dalam tengah bulan 3 baru siap. ni awal pula siap! tapi tak pergi ambil lagi sebab nak tunggu baju mama aku yang hantar buat beading tu siap.





kalau fitting tu ok, terus bawa balik.







nampaknya kena maintain badan la ni. 4 bulan lagi oiii.








cuak nya nak tengok baju nikah!







okaylah, selamat malam. besok kena bangun awal sebab beliau 'paksa' teman pergi site beliau sekejap. hehe.



Review: MAC Lipstick & Simplysiti Lipstick




Assalamualaikum




Entri kali ni jauh sedikit menyimpang dari entri kahwin. stop sekejap. hari ni baru dapat tulis kat blog sebab starting this week, aku kena demam, selesema, batuk, semput. memang package terbaik. makan ubat lelah, menggeletar badan. setiap hari rasa effect ubat. start kena hari ahad. isnin tak baik lagi sebab klinik tutup. selasa pergi klinik, makan ubat terus pecut pergi midvalley dengan badan yang tak sihat nak cari barang kahwin. sempat kan? rabu terus flat. haha.






nanti kita review apa barang kahwin yang berjaya dirembat. oh, baju nikah beliau dah siap. next mission pulak #beliausangatencembilapakaibajumelayu Oh! tak sabar!






masa kat midvalley, konon nak mengubat hati yang tak berapa sihat, telah terembat lipstick MAC. haha. akhirnya dapat rembat seketul. asyik beli immi saja, sekali sekala cilok ori apa salahnya kan? tapi aku telah mendapat jelingan tajam dari beliau. nekad dah time tu. puas hati betul. beliau bising-bising aku pekakkan telinga sahaja. siapa suruh kita pergi tengok kat MAC tu. kan dah terembat.






dalam tengah nak save untuk kahwin, sempat aku rembat seketul. pasrah tapi puas hati. macam tawa dalam tangisan la (T_T)






review, lipstik ni nama honey-love A71 matte lipstick. best! warna sangat cantik. ni 1st time aku ada matte lipstick. tapi still blur nak pakai.











warna sebiji dengan my favorite lipstick which is dari simplysiti. name Nirmala LC07. My favorite lipstick ever! cuma ni bukan matte lipstick la. so, kalau sesiapa yang try lipstick yang nude color, pilihlah warna ni.














rasa MAC lipstick agak mahal, boleh cuba simplysiti. sekarang tengah promotion rasanya. aku beli lipstick simplysiti time tengah promo. tu yang boleh rembat seketul.






nanti nak rembat seketul lagi lipstick MAC. diam-diam. jangan bagitahu beliau. sshhhhh.



my MOH color theme [Wordless Wednesday]



*schedule post*


For Bride's Reception

Off White / Cream






For Groom's Reception

Blue / Baby Blue


Review on tailor baju nikah (shah alam area)




Entri untuk Anonymous bernama Zana yang tanya kat mana hantar baju nikah area shah alam. harap dapat membantu anda dan semua orang :)




Ni hanya untuk sesiapa yang mencari tailor. tailor yang boleh buat baju ikut fesyen. designer? tak mampu uolsss (T_T)




Untuk pengetahuan semua, kain untuk buat baju nikah ni berharga rm400. Set pengantin. Beli kat Jakel Shah Alam. Dapat kain untuk perempuan, satin 4 meter bidang 60, chiffon beaded 4 meter. kain untuk lelaki, 4 1/2 meter satin, sampin.






Baju nikah Groom




sebenarnya dah bought kain awal tahun lepas dan dijadikan hantaran masa bertunang. so bought 4 1/2 meter bidang 60 untuk beliau yang ketinggian 180cm++ kot. mula-mula risau tak cukup sebab my brother yang tinggi 170cm pun beli 5 meter. Nasib baik tailor cakap cukup. kami hantar masa awal bulan januari. baju groom sebenarnya hantar lewat sedikit tak apa sebab makan masa 2 weeks. tapi disebabkan wedding kami before puasa, wajib hantar sebelum orang hantar baju raya.





so, sekarang tengah tunggu untuk siap sebab kami nak pergi cari sampin songket. Masa beli kain dapat sampin songket free, tapi beliau cakap tak lawa. Kena tunggu siap then baru nak matching balik dengan sampin pilihan.





oh, kami hantar kat Md Amin Tailor, GF Kompleks PKNS. ini sebab dapat review from Atiqah. Dia hantar baju groom kat sana juga.





Price? baju melayu cekak musang tanpa sulam harga rm140. Kalau nak sulam di leher, tangan dan poket tambah rm100. Beliau buat tanpa sulam sebab planning Insyallah akan recycle baju masa raya puasa nanti.






Baju Nikah Bride





Material chiffon beaded. tapi corak not too heavy. Jenuh juga nak mencari tailor yang boleh buat kena dengan jiwa. Risau kalau-kalau tak jadi. kain mahal, bak kata my tailor. So i have to sacrifice untuk spend more money to have good quality outcome. searching quite alot. one of them, area my house. Tailor ni memang famili kami selalu hantar untuk buat baju raya. Murah. Dulu hantar buat baju tunang. Material chiffon kosong. Price rm160 dengan lining. Lining sendirian berhad. Tanya untuk chiffon beaded. Dalam rm200. Tapi tak galakkan sebab jahitan makin tak best. Kalau setakat nak buat baju kurung pergi office okay. Tailor melayu.






Then pergi ke tailor cina di seksyen 16. Kedai ni dah lama wujud. I pernah hantar buat baju kurung masa darjah 6, kedai still ada lagi sampai sekarang. Sebenarnya, I lebih prefer chinese tailor. Mahal kalau nak hantar. Tapi sedap pakai. Lokasi di depan RHB. Luar nampak kedai handphone. Mama hantar buat baju dia untuk guna time kenduri nanti kat sini. Baju kurung biasa mahal sedikit. rm80. try tanya juga untuk chiffon beaded dengan lining. only charge rm180. tapi tak trust sebab risau. murah sangat. sebab chiffon beaded ni workmanship sebenarnya mahal. Nak kena buka balik jahitan manik tu. leceh. Kena hantar dengan tailor yang biasa dengan material ni.






Teruskan searching pergi Plaza Alam Sentral. Ingat nak pergi cari kat kompleks PKNS. Tapi rasanya, kat sana banyak untuk baju melayu kut. Masuk few kedai. semuanya charge dalam rm250-rm300 untuk material ni. Tapi dah aim this one tailor shop. Betul-betul sebelah kedai pengantin dan kedai tudung. Tingkat 2. Yap Collection. itu pun dapat good review dari kawan mama. hoping baju menjadi seperti dalam bayangan. hehe. Servis pon okay. Bukan macam kedai tailor lain, nak tak nak ukur badan kita. Isk. Baju nikah Insyallah siap dalam bulan 4 nanti. Dorang ada juga ambil tempahan untuk jahit manik. starting dari rm100 ke atas.





Lupa nak cerita. Kita buat kurung moden saja.





Auntie Yap yang ambil ukuran sangat friendly. Puas hati dengan servis dia. Hoping baju pun akan jadi secantik yang diidamkan.






Mula-mula dorang charge rm300. Mama minta kurang, dapatlah rm250. sebab manik kat baju tak crowded sangat. oklah sebab still within my budget.






Sebenarnya, banyak tempat yang lagi murah. oh, harga jahit untuk chiffon beaded sebenarnya bergantung juga dengan corak manik tau. sebab tu kadang-kadang harga tak sama. Biasalah, kos nak membuang manik tu, special jarum, risau jarum patah. semua kena take into account bagi pihak tailor dan nak menjahit memang makan masa untuk siap juga.






kami sebenarnya lebih prefer untuk mencari area shah alam, senang nak pergi tengok. Dekat. Tapi dengar cerita boleh cari juga tailor kat area Medan Mara, KL.






So, inilah tempat kami hantar baju untuk tempah. Kena tunggu baju siap baru boleh bagi markah. hehe.


Finalize Wedding Theme & Color Theme [Wordless Wednesday]





tema melayu klasik di entri ni






dan







juga entri ni, warna tema dark purple, yellow, white





hasil?





Tunggu dan lihat.


sudah booking date untuk HIV test tapi mood ke laut






hurm, boring juga kalau mood nak kerja ke laut. Bukan apa, kerja tak ada plus hari ni ada orang cuti wilayah. beliau pun cuti. Sombong betul beliau, mahu tidur sampai tengahari kot.






lahir KL boleh cuti juga tak? haha.






dah booking HIV test on 14 februari kat Klinik kesihatan Shah Alam. Siapa sama dengan kita? angkat mouse anda!





Cuak ni, takut kena ambil darah. Dahlah mabuk darah. Planning nak check darah type sekali boleh tak? nak buat juga talasemia sekali.






bye!