Update on Bridesmaid, YES!





Pernah ingat dengan entri ni? Entri yang aku ngiau-ngiau cakap tak mahu bridesmaid. Tak tahu purpose bridesmaid tu. So sekarang aku dah ubah fikiran. Kan dah cakap, aku ni macam lalang juga kadang-kadang.






Disebabkan aku nak cut short sebab tak mahu ramai-ramai. Senang cerita, bridesmaid aku adalah adik-adik perempuan aku sendiri. Ada 5 orang adik, 4 perempuan, 1 orang lelaki. So lebih baik menggunakan mereka sementara masih ada. hehe. Maksudnya, semuanya ada kat sini.







Dorang ni macam penyeri dan pengiring aku masa nikah dan sanding. Aku juga ada pengapit or maid of honour. MOH aku ambil kawan sendiri. Cadangnya memang begitu. Fikir-fikir better guna adik-adik untuk jadi bridesmaid. Cantik juga tengok gambar ex-b2b lain ada bridesmaid. Baju bridesmaid dah jimat sebab pakai baju famili. Itupun mama sponsor. haha. Pengantin Bajet!






Tugas dorang mungkin diantara angkat dulang hantaran masa nikah. Teman atas pelamin masa nikah. Iring masuk pengantin masa sanding. Tapi dorang tak ada lah stay dengan aku 24-7 kan? Sebab already have my MOH. kalau kawan-kawan dorang datang, boleh layan kawan sendiri kan?






Oh, nikah 4 orang bridesmaid merangkap sister of bride akan pakai gold shade of orange manakala sanding dark purple.




orange gold bridesmaid.






dark purple bridesmaid





Yeah, already have my own bridesmaid. Boleh posing sakan dengan adik-adik.







Now terfikir nak bagi dorang pegang apa nanti masa sanding aku. Maybe pomander ball kot. DIY mode activated! Cewah!



Link

4 comments:

  1. bestnye ada sibblings perempuan..FY sorang je perempuan tunggal..adik bradik sume lelaki..hehe..bridesmaids FY my cousins and bestfriends..takut sgt dorang terdatang lambat ke..hehe..tapi just think positive je =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe...jgn risau sgt FY, mesti dorg dtg awal... tula..better gune adik2 kan? hehe

      Delete
  2. untung la ada adik2 perempuan.. ramai..hihihi.. kite ni sorang je pompuan.. :)

    ReplyDelete