Senarai Semak Bakal Pengantin [simple]





Assalamualaikum





Aku dah kata, kalau update blog ni, mesti ikut mood. Sekali mood datang, mencurah-curah idea dalam kepala otak. Kalau tak, berminggu-minggu tak update.




Okay, kali ni entri berkisar mengenai (ayat karangan betul) senarai semak khas buat b2b kat luar sana. yang ini aku ceduk sebiji-sebiji dari BakalPengantin.com





Ini versi simple, mudah dan tak pening kepala. nanti aku update versi yang panjang pulak. Harap dapat menjadi panduan untuk korang dan aku.





12 BULAN SEBELUM MAJLIS PERKAHWINAN


1) Memilih tarikh untuk majlis pernikahan dan persandingan
2) Memilih lokasi majlis, waktu jamuan dan tempahan makanan
3) Menentukan gaya serta tema majlis persandingan
4) Mengaturkan bajet
5) Memilih perancang majlis perkahwinan yang terbaik dan mengikut kemampuan anda
6) Mengumpul nama tetamu
7) Memilih pengapit, pengiring serta pengacara majlis
8) Memilih cincin pernikahan
9) Memilih kek pengantin
10) Memesan cenderahati untuk tetamu




5 BULAN SEBELUM MAJLIS PERKAHWINAN


1) Menyelesaikan semua urusan persandingan(membayar deposit, pergi memilih dan mencuba kelengkapan pakaian).
2) Memilih dan menentukan semua kelengkapan perkahwinan (kad undangan, kek perkahwinan, bunga tangan, jurugambar, jurusolek dan lain-lain)
3) Menghubungi kadi dan pejabat agama Islam
4) Menghubungi saksi pernikahan
5) Membuat rawatan ke spa





2 BULAN SEBELUM MAJLIS PERKAHWINAN


1) Menyenaraikan nama tetamu
2) Membuat perancangan majlis bersama pengacara majlis
3) Merencanakan bulan madu
4) Mengaturkan tempat tinggal saudara yang datang dari jauh
5) Memastikan rawatan spa secara intensif
6) Memastikan bunga telur dan cenderahati yang telah ditempah siap
7) Memastikan ukuran baju anda sesuai dengan bentuk tubuh anda dan pasangan





SEBULAN SEBELUM MAJLIS PERKAHWINAN


1) Mula mengirim kad undangan untuk saudara jauh
2) Memastikan cincin anda dalam ukuran yang betul
3) Berbincang dengan jurufoto konsep gambar yang anda inginkan
4) Menempah penginapan untuk percutian bulan madu
5) Memastikan semua keperluan majlis perkahwinan, persandingan dan resepsi lengkap
6) Memilih muzik atau lagu ketika majlis perkahwinan berlangsung

8 comments:

  1. hmmm makcik saya nak kawen tahun depan bulan 4...so boleh la dia jadikan panduan...thanx :) saya lambat lagi ~~~~~huhuhu

    ReplyDelete
  2. 4) Menempah penginapan untuk percutian bulan madu
    6) Memilih muzik atau lagu ketika majlis perkahwinan berlangsung
    2) Membuat perancangan majlis bersama pengacara majlis

    yeah..ini belum lagi... -_-!

    ReplyDelete
  3. thanks dear...banyak lagi FY belum settlekan lagi ni..hihi..nervous!

    ReplyDelete