Melayu Klasik [IDEA]



Assalamualaikum





Diam tak diam, besok dah last day 2011. Welcome 2012. Mood badan tengah seram sejuk. Nak masuk tahun baru kot. Jadi perubahan hormon agaknya. hehe. Mood cuak dah bermula!





Back to the topic





Sebenarnya, aku malas nak reveal lagi tema masa hari sanding. Cadangan nak cerita pasal benda lain, tapi ilham tak sampai. Umpama tajuk dah ada, isi tak ada. Tapi hati meronta-ronta nak update. Macam mana tu? Seksa jiwa.





Mama dah request awal-awal suruh pakai songket masa kahwin. Disebabkan aku tak buat pun majlis berinai besar meaning, tukar-tukar baju, yang boleh terselit baju songket dalam persalinan, makanya, aku diwajibkan juga memakai baju songket nanti. Katanya macam tak kahwin kalau tak pakai songket tau.




Mula-mula jiwa macam meronta-ronta juga bila disuruh pakai baju songket. Yelah, aku berangan nak pakai baju lace meleret-leret sebab nikah dah pakai chiffon beaded. Oh, memang pasrah.





Aku minta lace + songket pun mama aku tak bagi. Nak full songket katanya. Tapi harap-harap by the time tu mama aku boleh la tukar idea. Kalau tema klasik tak leh ngam dengan jiwa aku. hehe.





Songket memang tak banyak choice. Kebetulan hari tu, aku tengok Majalah Pengantin baru depan muka Fasha Sandha, dalam tu ada 1 baju songket yang dijadikan dress. Cantik. Hope sangat kalau vendor butik aku dapat cari dress tu. Mesti aku proceed.





Kat bawah ni semua gambar yang aku cari untuk naikkan mood klasik dalam diri aku. Cantik gak sebenarnya.


Koleksi Pelamin





















Salah satu percubaan berani mati cuba gabung warna lain daripada lain. Cantik je kan?























Koleksi Baju Songket


Kalau songket for sure cantik kalau pakai aksesori macam kat atas kepala tu kan? Mama aku dah bagi green light kalau nak buka tudung. Tapi aku tak mahu lah. Nak pakai veil gantikan dengan aksesori atas kepala boleh?








Cantik sangat baju bride kat bawah ni kan? dress songket. Boleh buat tema klasik moden.

from zeryzamry



Kad Kahwin








Kalau ditengokkan, kebanyakkan tema klasik mesti warna merah + gold + brown. Agak-agaknya, kalau aku buat lain daripada yang lain okay tak? Tema klasik tapi jauh dari warna stereotype. Kalau nak tahu, tunggu next entri, warna apa yang dalam kepala otak aku sekarang. hope menjadilah.





Masih 50-50 lagi dengan tema ni. Kalau nak tahu confrim ke tak, tunggu lah majlis nanti. senang cerita kan? hehe.




Gambar semua daripada google.

6 comments:

  1. songket tu cantik seyhh....as suka hiasan ats kepala yang mcm tu..dah kata raja sehari kan..harus lah sakan..kekekeke...

    ReplyDelete
  2. @Asfiza:

    aiyoo, tapi kalau sanding 1 hari bawak ke hulu ke hilir, berat juga kepala nanti... hehe

    ReplyDelete
  3. miza memang tak suka songket gile2...hahaha...jgnla mama miza ngigau suh anak die pakai songet gakk..ohh no!!

    ReplyDelete
  4. epaa cantik tauu pakai songket..rina pun maybe pkai songket untuk majlis tandang hehe..
    tengah pikir nak pakai aksesori ape nanti yang sesuai untuk wanita bertudung :)

    http://rinastories.blogspot.com/2011/10/koleksi-baju-songket-untuk-pengantin.html

    ReplyDelete
  5. songket cantik tau..tak jemu dipandang..melayu klasik..takkan melayu hilang didunia..hehe

    ReplyDelete
  6. cik rai pun plan nak buat classic sebab bertandang nanti modern style ...

    cik rai pun plan nak pakai songket tapi campur dgn lace ... hihi

    ReplyDelete