Kursus Kahwin * Done






Assalamualaikum




Alhamdulilah, selesai hari ni. Setelah berhempas pulas (yeke? teruk benar bunyinya) selama 2 hari berkampung kat Bangunan Sultan Idris Shah, Shah Alam, kitorang dah berjaya menamatkan kursus kahwin. Syukur, semuanya berjalan lancar. Wedding checklist pun dah start cross. lepas ini, Insyallah bulan 2 or 3 buat ujian HIV dan Talasemia. HIV wajib, Talasemia sampingan. saja nak buat sekali, dah alang-alang cucuk jarum di badan. ouch! jangan pengsan sudah. dahlah aku ni mabuk darah.





so far kursus sangat best! cuma suasana sangat sejuk sebab sekarang musim hujan kan? dengar ceramah sure mengantok. nasib baik dapat ustaz-ustaz yang buat lawak tak henti-henti. sampai kembung pipi aku gelak. hari ni kronik sikit gelak kitorang. adoi! tapi good effort la kan? supaya peserta tak terlelap.





setiap hari kena harung 4 sesi ceramah. rasanya yang paling penting, ceramah pertama sebab cerita prosedur pernikahan / ijab qabul. tapi kepala ni banyak yang blur lagi. oh, dalam ceramah tu juga cakap, Selangor dah tak wajibkan duit hantaran. dorang dah ubah jadi duit pemberian. kiranya tak wajib la duit hantaran tu. tapi kalau nak bagi alangkah bagusnya!





oh, lagi satu, next year dorang dah start nak buat online system untuk isi borang nikah. kalau korang perasan, borang-borang yang sebelum ni korang boleh download, dah dilinkkan kepada online system. diulang, korang just isi online semua borang. tapi jangan tanya aku, sebab aku blur juga, nanti nak try call pejabat agama if isi borang macam biasa, dorang still boleh terima or tak.





lagi satu, mulai tahun depan juga, sebelum ni kalau anak sulong perempuan nak bernikah, wajib disertakan sijil nikah ibubapa kan? lepas ni anak perempuan nak kahwin, tak kira anak sulong, tengah or bongsu, semua kena sertakan sijil nikah parent.





okla, cerita isi kandungan ceramah. Dalam ceramah tu, kita akan dapat knowledge terutama nya dalam hubungan suami isteri, pengurusan kewangan dan masa, komunikasi suami isteri, kesihatan dalam rumah tangga, cerai, rujuk, taklik, tangani stress dalam rumah tangga.






bagus jugalah, at least kita dapat gambaran macam mana alam berumahtangga. Ia akan buat kita terfikir, perancangan perkahwinan ni, bukan sahaja masa nak buat preparation wedding, tapi kehidupan selepas berkahwin. Adakah kita cukup persiapan mental dan fizikal. penting tu! Jangan sebab hal-hal kecil, akan timbul masalah yang lagi besar.





apa yang aku dapat dari kursus kahwin ni, alam rumahtangga ni, komunikasi sangat sangat sangat penting. belajar bertolak ansur dan berbincang dan paling penting, dapatkan restu orang tua. baru hidup kita diberkati, Insyallah.





Alamak, macam serius pulak entri ni. Almaklumlah, lain macam feeling baru balik dari kursus ni. HA-HA.




by the way, kursus ni RM80 untuk 2 hari. dapat 3 kali makan setiap hari. dapat pamplet dan sijil. kalau nak apply, boleh buat website Jais (Click Here) then download borang terus fax kan. call untuk buat double check tarikh kita pilih. oh, kursus sampai hujung tahun dah penuh. kena tunggu next year pulak.












gigih benar la aku pergi tangkap gambar nak masuk dalam blog ;p





Kursus Kahwin - *Settle






Good Luck!

10 comments:

  1. byk giler buku y dapat..sijil pun cantik..terengganu biasa2 je..mungkin berpatutan ngn harga..eheh

    ReplyDelete
  2. best ye epa dah settle!!! tak sabar tunggu turn kite settle plak~

    nice info. sebab duit hantaran ni pun macam ada info tepat dgn xtepat kite dpt. epa buat entri ni buat kita makin faham. kite nak pergi kusus kawen dekat shah alam jugak!! tp thn ni dah penuh~

    ReplyDelete
  3. @cik.mila:

    oh yeke? mungkin lain tempat lain caranye kan :)

    ReplyDelete
  4. @dhiera:

    sila kan sila pergi kat shah alam ye? oh kat situh sebenarnye ada 2 anjuran, 1 under jais, 1 lagi under wilayah. dlm satu kawasan ada 2 blok berasingan...

    ReplyDelete
  5. eh, saya pun pegi laaaa. jap2 nak tgk gambar awak. entah2 kita dok sebelah2. hahahah.

    ReplyDelete
  6. wah..
    dah setel ya..sy baru ingt nk pergi kt shah alam ni, check2 dah penuh utk thn ni. kne tggu thn dpn plak..

    epa pergi under mana? jais or wilayah? hehe..

    ReplyDelete
  7. eii cantik sijil, siap ada sampul...kite orang JHR takde pun...

    BTW betul tu epa, bg saya, kawin ni bukan cuak kat preparation tapi cuak fikirkan masa akan datang, once dah kawin, tak bole nak reverse, hadap je la ape yang ada depan mata. masuk alam perkahwinan ni umpama baru turun dari "awan gemawan" (alam percintaan). welcome to reality world lah. seronok tu memang seronok la kawin tapi bukan sepanjang masa kite akan seronok kan....

    ReplyDelete
  8. @miss jue:

    eh2..awk pun pegi ke smlm? mesti ada jumpa niii... :)

    ReplyDelete
  9. @Cik Nasha:

    hah, penuh dah smpi hujung tahun, pegi under Jais
    :)

    ReplyDelete
  10. @Memory of A Time:

    betul sgt2..sebab tu kne sedia betul2 mental n fizikal...

    ReplyDelete