Hunting barang hantaran part 2




Assalamualaikum semua!





Sorry, dah petang baru munculkan diri. Tadi pagi kat rumah busy sebab kitorang buat steamboat homemade. Lepas tu telan ubat selsema tengahari tadi. Then baru sekarang bangun sedarkan diri. Ya, mood tak sihat tengah menyerang kan? so for those b2b out there, jaga diri anda! Darah manis tu.





Ingat nak update story ni semalam, tapi kemalasan melanda diri. So bertangguh lah sampai ke hari ini.





Semalam, aku dengan incik tunang pergilah hunting our barang hantaran for yang besar-besar. Meaning, price over RM100 ++ lah. Tengah sales kan sekarang? so hunting and using voucher lah banyak. so sangat-sangat membantu dalam mengurangkan perbelanjaan kami.






kami pergi awal pagi, dalam pukul 8.30 pagi incik tunang dah terpacak depan rumah. destinasi pertama pergi car boot sales kat giant shah alam tu. Dah lama tak pusing-pusing sana. Aku nak membeli gaji tak masuk lagi (T_T) memang membara! So cakap kat incik tunang, next week repeat balik sebab aku nak cari blouse dan telekung yang mana murah-murah. Oh telekung bukan untuk hantaran, nak ganti telekung baru kat rumah ni.






Sarapan kat sana. tunang cari barang dia sahaja. then bergegas keluar sebab hari dah start panas. Aku ni harap duduk shah alam, tapi sangat jarang pergi sana sebab panas dan sangat ramai orang. Kureng sedikit kawasan yang crowded. Lepas tu dekat 1 jam stuck jem nak keluar dari sana. can you imagine. aku dah naik tension. siap joget-joget dalam kereta layan lagu backstreetboy (BSB) Nampak sangat dah tua. haha.






lepas tu destinasi pertama pergi jusco Bukit tinggi, Klang. Jumpa butik favorite tunang sebab dah lama cari stokin untuk hantaran dia. Then proceed to Jusco sebab dulu aim kat situ nak beli toiletries set untuk tunang. Dah cakap dengan tunang beli barang yang akan confrim guna balik. So amik Loreal for men set. dah bungkus siap-siap tunggu pilih ikut our budget. sambil-sambil tu guna voucher RM15 masa beli hantaran dulu. dapatlah kurang tak sampai 150 pun.





Cadangan nak tengok brand Elle untuk handbag sebab dulu pernah jumpa yang menarik hati masa kat jusco sunway piramid tapi dah rosak sedikit. Tapi malangnya tak ada kat sana. Sedih! Handbag semua tak menepati citarasa. Then tunang bagi green light untuk cari kat butik kat luar jusco tu. Masuk Guess tapi kedai panas! Tak pilih barang pun tak syok. Pergi ke Vincci, dah jumpa handbag nude color yang sangat cantik. Malangkan kasut nude color yang pernah aim dulu dah habis stock size aku. Terus tak jadi beli.





Aku dah mula letih nak cari. give up pun ada. Tiba-tiba teringat Brand Charles n Keith dan aku sangat-sangat-sangat nak pergi butik tu. Nak tengok barang dia. Craving okay! Tapi tak berkesempatan. Malas nak pergi jauh-jauh sebab ada 1 outlet kat midvalley. Surf internet untuk double confrim butik dia kat Empire Shopping Gallery. Dekat sedikit, tak payah tempuh jem kan? Terus berdesup pergi sana.





Sampai-sampai terus cari tempat makan sebab tunang dah lapar. Tapi kedai makan banyak yang best cuma tak masuk selera kitorang time tu. Jalan kaki pergi subang parade. lepas makan terus cari handbag hantaran. Jumpa brand elle. Padahal dah aim nak amik 1 set handbag dan high heel dari Charles n Keith kan?





Balik ke Empire, pergi butik C&K, cari kasut, tiba-tiba jumpa 1 handbag nude color yang aku aim. Cantik. Lepas tu cari kasut untuk matching, jumpa kasut nude color yang sesuai. Adoi, terus terembat 2 handbag, last-last handbag Elle guna sendiri sebab memang cadangan nak cari handbag baru.





so settle la hunting hantaran barang-barang besar. Next hunting hantaran masa dekat-dekat majlis nanti.





9 comments:

  1. bestnye dah cari brg hantaran..hehehe=)

    ReplyDelete
  2. teaser gambar hantaran pls:) tak pepasal epa terembat 2 handbag ye?hihi

    ReplyDelete
  3. @Nabiel:

    yee...senang skit, next year banyak benda nak buat. Mama pon dah cakap arituh

    ReplyDelete
  4. @Cik Zimie:

    ala yang, xsempat nak amik gambar, kenalah tunggu time wedding nanti. tula..terembat 2 handbag.. hehehe

    ReplyDelete
  5. love nude color..mesti cantik!!

    ReplyDelete
  6. Amboiii~~ seronok nye. Teaser gambar laa sket~~ heheh i baru nk hunting rabu ni. Can't wait!

    ReplyDelete
  7. banyak sungguh dugaaan.. hikhik..akhirnya jumpa gak..

    ReplyDelete
  8. Pihak kami ada menyediakan jualan secara online barangan handbag, dompet, cadar, eyewear, belt, jam tangan, pakaian kanak2 murah dan harga berpatutan. Boleh dijadikan barangan hantaran.

    layari blog kami di ONLINE STORE
    atau PHOTO PRODUK

    ReplyDelete