Finalize Tarikh 2012





Assalamualaikum




Sebelum tulis entri, layan lagu kumpulan Slam, Kembali Terjalin kat Youtube.




alamak, terlajak sampai 3 lagu. okay, teruskan entri kita sambil cari mood dengar lagu. kan entri ini aku ada ceritakan mengenai kedatangan FFIL ke rumah sebab nak finalize balik dan confrimkan terus date untuk majlis besar. Tapi rasanya ramai dah perasan date tu kot, cuma aku tak mahu reveal awal-awal sebab famili ke dua belah pihak belum datang berbincang walaupun pada dasarnya, masing-masing dah setuju dengan tarikh tu.





so, berikut tarikh yang kitorang dah decide.




Nikah = 16 Jun 2012 (sabtu)


Sanding = 17 June 2012 (ahad)


Tandang = 24 June 2012 (ahad)





tapi yang tak finalize lagi are masa nikah dan tempat nikah. Masa tu either pagi or lepas zohor. Tapi yang runsingkan aku, tempat nikah. boleh pulak abah aku cakap nak nikah kat masjid padahal kat rumah dah ada pelamin nikah. penat-penat aku pujuk vendor minta pelamin nikah. tolak certain package yang dah include dalam package yang aku nak. Terus mengadu kat mama. Tapi time bincang between keluarga masing-masing, mama tak leh nak cakap apa lagi. Then remind balik kat mama, nasib baik mama dah tahu, so mama sangat agree la kalau nikah kat rumah. tapi dia pun ada bagi backup plan in case abah aku stick with his decision which is kat masjid.




so, 2 benda tu aku akan update kemudian.





oh, sebenarnya, date 17 June tu kebetulan jatuh time birthday aku. Happy Birthday to me. Birthday on wedding date. Perasaan? Tak tahu lah. Excited kut! Memang tak rancang sebenarnya sebab famili aku tak mahu nikah time cuti sekolah. Check kalendar week after cuti sekolah jatuh kebetulan masa birthday aku. so alang-alang dah kan? Beliau pun tak kisah dan cakap hadiah birthday lah nanti ye?





Hari tu ada tanya opismate berbangsa cina pasal date kahwin aku. Ikut kalendar cina lah of course. Dia pun cakap date tu okay for get married. Eh, next year tahun Naga. Orang Cina cakap tahun Naga is tahun buat anak tau! HA-HA. Berusaha ya b2b 2012 sekalian.






lepas tu, check kalendar 2012, rupa-rupanya, time tu juga ada Fathers Day dan juga Isra' Miraj. Sebelah utara dapat cuti Isra' Miraj. So bolehlah famili sebelah sana nak datang kenduri nanti. Hurm, nak dijadikan cerita kan? Kebetulan.





Syukur sangat-sangat. time tu nanti ada 4 special day lah for my famili. hope akan meriah dan majlis berjalan lancar. Amin. Excited!






Finalize date Nikah + Sanding + Tandang - Settle

2 comments:

  1. waaaa..
    kawin time besday.. bestnyer!
    msti best sambut dua peristiwa ptg dlm satu hari jerk! tahniah tau! suka2..

    *tahun buat anak yeee.. hehehehe.. mau2..

    ReplyDelete
  2. waaaa.... best ye
    tahniah in advance epa~

    ReplyDelete