Cincin Bride ----> Done!




Entri ke 2 untuk hari ni, cincin untuk aku dah berjaya dirembat. Kopak dompet beliau. hehe. Tapi beliau cakap okay! Kita follow aje!





Tadi tak tahu nak pusing mana, terus ajak incik Tunang pergi Plaza Alam Sentral. Cadangnya nak jalan-jalan cuci mata kat sana. sekali Poh Kong buat sales! Ingatkan tak mahu tengok, sekali incik tunang ajak usha. aku apa lagi, berdesup pergi kaunter. hehe.





Sebenarnya, ikut perancangan, aku nak cari cincin mata tenggelam. Macam kat entri ni. Sebijik. Usha design yang ada, semua tak kena dengan jiwa. Cakap kat SA untuk tengok yang lain. She suggest untuk pergi kedai. Ada dekat 10 cincin try kat jari. Tapi still tak ngam dengan jiwa. Aku ni jenis bukan tengok harga. Tapi tengok design. So far design yang lower bajet mesti ngam. haha.





Dulu masa nak bertunang, kitorang cari cincin 1 minggu sebelum majlis. Pergi beli kat Tomei Giant Shah Alam sahaja. 1st kedai yang kitorang masuk. Cuba cincin sangat banyak, tapi once try cincin tunang tu, terus bersinar-sinar kat jari. Tapi gatal tak ambil lagi sebab nak tengok kat kedai lain. Masa cari kat kedai lain, kepala still ingat cincin tadi. Nak tak nak, kenalah amik. Until now, aku sangat suka dengan cincin tunang aku.





Nak tengok rupa cincin? Simpan dulu. Incik tunang tak bagi ambil gambar. Dulu masa nak bertunang, beliau bagi aku ambil gambar. Kalau nak tengok, kenalah tunggu bulan 6 nanti. Yang penting, aku sangat suka dengan cincin tu. Betul-betul nampak wedding ring. Beliau yang pilih tau! Mula-mula memang tak ngam dengan jiwa. Dalam hati cakap tak lawa, tapi SA tu cakap lawa, sebab design tu rare. Sebenarnya, berkenan dengan cincin lain. Usha lama-lama nampak cantik pula kat jari sendiri. haha. Puji diri sendiri tak ingat!





oh, tadi sebenarnya hari terakhir sales kat Poh Kong. So dapatlah free gift plus aku dapat makeup free dan photoshot. Dapat juga 1 keping 8r gambar tu. Walapun makeup tak lawa, gasaklah. Janji dapat free gift tu.






SA yang layan aku tu sangat friendly. Tapi malangnya, lupa nama dia.






Ikut perancangan awal-awal nak beli cincin kahwin. Lepas tu tukar nak beli gelang. Last-last beli cincin. Entahlah, aku lebih suka cincin dari gelang lah. Sejak azali kut.






Bride Wedding Ring - Settle





Oh, Lupa nak cerita, cincin aku adalah gold ring. Dah try matching either gold or white gold that suits me well. Gold looks perfect. So, nampak sangat aku ni Warm Undertones.





Next perancangan nak beli cincin untuk Groom. Tapi blur ah nak cari kat mana. Incik tunang prefer silver. Any suggestion tak? Nak cari design 1 mata tenggelam. Kemungkinan nak cari lepas CNY nanti.

8 comments:

  1. wahh..
    bnda paling penting dah setel..
    tinggal utk groom ek..
    sy dua2 belah lagi belum..
    nnt dhh beli utk groom share ek..
    sbb sy pn xtau nk belikan apa.. silver, palladium, tataulah..
    ngeee... ;p

    ReplyDelete
  2. waahh...menarik tak review dear? hehe...miza memang suka bab2 cincin nih...huhu..

    ReplyDelete
  3. epa..takde ke gambar cincin yang similar like your ring... (nak jugak nengok tuu)

    ReplyDelete
  4. saya kurang suke cincin..cincin yg ade 2 ni pon sy gilir2 pakai..voley x?hehe..so sy prefer gelang tgn la.n utk incin MA pon xbeli lagi..nnt la beli sme2..emm.tau x harga2 cncin silver?nak kire bujet.hihi~

    ReplyDelete
  5. epa, saya pun tak tahu nak cari cincin silver dekat mana ni~ wuwuwu

    ReplyDelete
  6. Saya dokan semuanya berjalan lancar...teringat lak masa nak kawin dengan si isteri yang tercinta...

    ReplyDelete
  7. wah tunjuk la teaser cincin.hihi kite laks suka rantai/gelang tgn.cincin ni cam rimas sket huhu.

    ReplyDelete
  8. hehe, dah try carik kat google, tapi cincin rupa mcm tu xde plak... tak leh nk buat teaser :)


    Insyallah, kalau jumpa tempat crk cincin lelaki efa akan review. rsnye better go for silver la, sbb Nabi pun pakai perak sampai Baginda wafat kan?

    ReplyDelete