Amend bilangan hantaran. Back to normal




Sebelum ni aku tak ingat samaada pernah bercerita pasal bilangan hantaran kat entri lepas. Ceritanya begini, masa merisik haritu, famili dah bincang hantaran untuk majlis nikah sekali. Kiranya dah tetap awal-awal walapun majlis tak fix date lagi. Janji time tu tunang 5 berbalas 7 dulang, nikah 7 dulang balas 9 dulang.





tiba-tiba





masa FPIL datang masa entri ni, dorang bawa berita nak naikkan dulang hantaran jadi 9 balas 11. Mama aku ikutkan nak sikit-sikit sudah. Tapi sebab pihak laki minta, kita follow sahaja. So, kami pun proceed 9-11.





Bila dah nak settle barang hantaran, tiba-tiba beliau nak ubah balik 7-9. hehe. terus mama bising. bising sikit jelah. itu beliau dah start pening nak isi apa dalam dulang lagi. Aku agree saja. Lagi sikit senang, tak payah nak fikir nak cari apa lagi. So, hari itu jumpa beliau, then kami pun proceed dengan 7-9.





Dah bagitau parent masing-masing pun. Dorang okay saja.





Ini list terbaru barang hantaran kami.



Bride ----> Groom (9 dulang)

- Jam + Cincin
- Dompet + Belt
- Perfume
- Kasut + Stokin
- Toiletries
- Tasbih + Tafsir Al-Quran
- Coklat + Manisan
- Cupcake
- Makanan *TBC





Groom ----> Bride (7 dulang)

- Sirih Junjung
- Makeup
- Perfume
- Kasut + Handbag + Jam
- Telekung + Sejadah
- Buah
- Makanan





Kalau ikutkan pada list ni, just tinggal telekung, sejadah, tasbih, tafsir dan makanan saja yang tak settle lagi. Insyallah dekat-dekat majlis baru nak settle kan. Lega rasanya, dah boleh proceed untuk benda lain.





nak tengok list lain, boleh klik, Wedding Checklist


5 comments:

  1. suria dlu masa bertunang 5-7, pastu igt nk 5-7 jgak utk kawen, tp tetiba tunang nk tukar 7-9, dia kata ksian nti suria dpt kurang..hihi

    *bru beli belt & wallet, yg lain smua pn x beli lg...asik postpone je ;D

    ReplyDelete
  2. kalau dulang sikit pun, u still leh gabung benda dlm dia.. boleh bg byk jugak!! hehehe

    ReplyDelete
  3. @Suria:

    hehehe, tula...masa tunang kasi 5-7 saja. banyak bagi benda makan. so kahwin ni byk brg2 nak gune la :)

    ReplyDelete
  4. @aLya:

    yup, sebab last min dah tukar kan? barang dah banyak beli. kena lah gabung. pihak laki ckp xde org nak bwk balik byk2 dulang kot.. hehe

    ReplyDelete
  5. Pihak kami ada menyediakan jualan secara online barangan handbag, dompet, cadar, eyewear, belt, jam tangan, pakaian kanak2 murah dan harga berpatutan. Boleh dijadikan barangan hantaran.

    layari blog kami di http://kb8282onlinetempah.blogspot.com
    atau http://s1000.photobucket.com/user/kb8282enterprise/library/

    ReplyDelete