Vendor Engagement Day






bila dah start kemas-kemas entri dalam blog baru perasan yang aku review vendor untuk majlis tunang tak habis. ni lah masalah kalau lambat update. banyak story tertinggal. aku review juga lah supaya boleh jadi guide untuk bakal-bakal bagi merancang majlis dorang.





so total overall cost untuk majlis tunang aku dalam 5k-6k. so, penting sangat untuk b2b sekalian take note segala perbelanjaan korang supaya korang dapat tengok mana duit-duit korang pergi. sekarang untuk preparation wedding pun aku akan catat dan simpan segala resit yang ada dalam excel dan juga dalam note book.






kali ni aku nak review (tapi ingat-ingat lupa) khemah. khemah ni ambil dekat area rumah aku sahaja. khemah bogel. meaning tak ada langsir pun. simple sudah. jimat kos. package 2 buah khemah, 8 meja bulat, 80 kerusi plastik tak ada sarung, kipas dan juga meja buffet. kalau tak silap aku, khemah harga khemah tu RM160 sebuah. meja bulat RM10, 1 kerusi RM1, meja buffet RM50. overall tak lebih RM500 la. kalau tak silap.






info: TJ Canopy, Shah Alam, Selangor






untuk package makan pula, mak aku ambil dengan kawan dia. dia charge 1 kepala RM10. so amik untuk 100 jemputan. lauk tengahari lah. nasi putih, masak lemak daging salai, sambal udang, sayur, ulam-ulam, kuih 2 jenis, air 2 jenis, lepas tu dah lupa. lauk banyak giler. sedara masa siap tapau bawak balik. oh, kitorang tak amik pelayan pun. habis majlis kemas-kemas letak tepi, bungkus lauk lebih, makan untuk 2 hari. sangat banyak. ramai puji lauk sedap. puas hati.




oh, dia ada kedai kat section 11 shah alam.




ok, rasanya dah settle kot cerita pasal vendor, persiapan tunang. kalau tak silap lah. kalau ada lagi, aku sambung cerita okay!

No comments:

Post a Comment