Sabah Trip; Part One






Assalamualaikum semua!



oh! rindu giler kat blog ni. akhirnya baru aku dapat nak update trip pergi sabah. cadangnya siang tadi, tapi masuk kerja terus berlambak kerja atas meja. gua jadi panasss! kena lah settle job dulu baru boleh usha-usha blog. so entri kali ni nak cerita lah pasal trip pergi sabah kan. oh, entri sebelum telah berjaya di updatekan oleh panel jemputan. HA-HA terima kasih pada beliau. oh, by the way, itu bukan bihun ye? tapi nasi beriyani. maaf atas missunderstanding, mungkin beliau lupa nak zoom dekat-dekat gambar tu.



family trip kali ni just pergi 6 orang saja. 2 orang adik tak dapat ikut. sorang kerja. sorang student. payah nak deal. so aku dapatlah pergi sebab tak pernah pergi sabah. lagi satu, selalu dengar sabah jem. so aku nak pergi tengok sabah bila jem! tak boleh terima dek akal betul!



seawal jam (oh, skema giler ayat!) 7 pagi kitorang dah kecoh-kecoh gerak pergi LCCT. flight pukul 10.20 pagi. sementara tunggu parent kitorang pergi hantar kereta kat parking office bapak aku (jimat duit, tak payah bayar parking mahal-mahal, tak jauh pun) kitorang pusing-pusing dalam LCCT. usha-usha barang kot-kot ada berkenan. boring pusing-pusing, masuk toilet. boring lagi, lepak-lepak kacau adik-adik.



entri ni banyak gambar! amaran!









Cuaca time flight sangat best! yelah, terbang pagi kan? flight pulak memang tepat! tak ada delay pun. duduk dalam flight selama 2 jam setengah bosan giler. makan, ambil gambar, lepas tu tidur. nak cuci mata pun tak best! tak ada menda menarik pun!









dalam pukul 1 lebih kitorang dah sampai kat Terminal 2, airport KK (Kota Kinabalu) bincang-bincang nak decided pergi mana dulu. balik hotel dulu. letak barang-barang. terus gerak pergi cari makan. lapor! oh, kitorang stay kat Tune Hotel, KK. sebelah shopping mall terbesar kat KK ni, 1 Borneo. for those nak stay kat budget hotel, this number 1 hotel should recommend! bersih dan selesa. disebabkan kitorang booked hotel dengan flight sekali, so kena add on such as tv, aircon, towel, sabun. merepek kan? but if korang booked hotel sahaja, its all ready included. oh, hanya terdapat katil queen size, tv, aircon, kipas yang sangat laju tak payah ambil set aircon pun boleh, hot & cold shower.



ohh, pintu bilik air ye kawan-kawan









settle pasal angkut barang ke bilik, kitorang terus keluar pergi cari makan lah. 1 thing yang aku nak buat which is cari gerai yang jual kelapa bakar. terpengaruh dengan JJCM pergi sabah makan kelapa bakar. comment? yup, 1st thing yang korang harus cari is kelapa bakar! best giler! isi kelapa rasa macam lempeng kelapa. tapi nak tunggu air dan isi sejuk tu, memang makan masa. kitorang siap tapau bawak balik, balik hotel aku bedal sorang. sebab aku ni hantu kelapa gak! oh, sila makan kelapa bakar dengan lokan bakar! memang terbaik!



fresh kelapa in the house



kelapa bakar! i miss it so much!



lokan! terbaik!



sambil pusing-pusing area KK, nampak signboard Karambrunai. Dulu pernah berangan mahu honeymoon kat situ. such romantic place! tempat damai & tenang. singgah sahaja kat sini.



nak masuk kena bayar. tapi hotel guest free. terus tak jadi singgah



Dinner time! oh, sebelum dinner kitorang pergi tengok movie town area KK (maaf lupa nama tempat) tengok real steel. then habis terus pecut diri masing-masing pergi ke area pasar filipina nak makan ikan bakar. fresh! wa cakap sama lu!



muka dah start penat giler!



oh, ni seaweed tau! sedap! walaupun dalam picture nampak tak menarik



ikan ni sangat best. rasanya ada kat sabah saja kot. Ikan Putih. isi lembut & manis



sotong berlada.



dekat pukul 12 malam baru sampai hotel. badan dah penat giler. mandi terus tidur. kena cari tenaga untuk next day trip pulak!



kat KK ni, pukul 6 dah magrib ye? isyak masuk pukul 8. rasa diri macam kena jet lag. HA-HA padahal sabah je kot!



bersambung......

2 comments:

  1. seaweed tuh mcm pelik jaa tapi maybe sedap kan
    best nyer dapat makan ikan fresh2 :)

    ReplyDelete
  2. @cik nur:

    memang pelik tapi sedap tau. pergi sabah try la...

    ReplyDelete