Kad Kahwin edisi budget





Review kad kahwin pulak.



aku dan incik tunang planning nak buat kad kahwin 1000 pieces setelah mendapat persetujuan penyimpan mohor besar a.k.a parent masing-masing. yela, dorang nanti nak bedak-bedak antara famili walaupun ini kenduri aku. al-maklumlah, 1st kenduri nanti. so, kebetulan ada pulak pameran pengantin minggu lepas kat sacc convention centre, aku pun ambil kesempatan nak usha kad kahwin yang dikatakan jauh lebih murah berbanding korang pergi sendiri kedai. yela, dalam harga minimum 70sen untuk minima 1000 pieces, korang dah boleh dapat paper bag + bunting + TQ tag. murah siotttt!!! lagipun, once korang dah buat booking, tak ada tempoh akhir pun, janji jangan hilangkan resit sudahlah.



Eh, tips penting dari aku, kalau ada pameran, better korang letak booking dulu walaupun wedding korang lambat lagi. bukan apa, sekarang price makin naik, harga kad + pelamin + katering memang akan naik mendadak started next year.



aku tak tipu punya sebab memandangkan tahun ni setiap event pameran pengantin aku dah bawak balik pamplet, aku buat perbandingan pamplet awal tahun ini dengan pamplet hujung tahun, barang sama, tapi harga dah naik 10 sen. 10 sen tu banyak wooo! bak kata incik tunang, biar bajet kecik, tapi nampak grand! HA-HA i like!



oh, pameran tu aku pergi masa 1st day. dalam kepala otak target kad kahwin below 50 sen + paper bag + bunting + TQ tag. Malangnya, untuk dapat banyak barang, price started 70 sen ke atas. ah, buat apa kad kahwin mahal-mahal, last-last orang campak dalam tong sampah. sedih! tapi reality hidup sebab aku pun buat macam tu jugak! so, bincang-bincang, stick with the plan, searching for below 50 sen kad!



akhirnya, pusing-pusing, jumpa vendor yang design below 50 sen sangat menarik, simple but nice! terus letak booking, senyum sampai telinga sebab kad kahwin dah settle. boleh lah start fikir untuk next list.



Detail kad yang aku dapat:

- 1000 piece card (1 Color - Artcard)
- 1020 sampul bercetak
- 2 bunting (2ft x 6ft)



so, ni vendor kad kahwin aku


True Love
Website: http://www.truelove.com.my
HQ address: Lorong Brunei 2, Off Jalan Pudu, 55100 Kuala Lumpur
Email: vgpudu@yahoo.com
Shah Alam branch: Jalan Plumbum V 7/V, 40000 Shah Alam.
Email: vgshahalam@yahoo.com



so, aku lebih selesa berurusan dengan branch shah alam. so, bulan 3 next year akan jenguk ke kedai untuk start buat kad. now, have to come out design yang suit dengan theme wedding, nanti cerita pasal theme wedding sebab dah nak start finalize dah ni. tunggu!



Kad Kahwin - settle *deposit paid



besok sesi jumpa OP yang kitorang dah setuju untuk hired. siapa? tunggu jugak review dari aku.

4 comments:

  1. Eh, vendor kita sama. Cuma Rilla ambil branch Ampang. Memang lepas compare2, harga diorang paling murah.

    ReplyDelete
  2. @Rilla:

    oh, yeke? samelah, hope dpt ape yg kite jangka kan? mtk2 hasil marvelous! ;)

    ReplyDelete
  3. thanks yaa act nur tgh survey2 untuk kawan nur punya weeding hehehe

    ReplyDelete