Finalize Venue Majlis




Venue Majlis



sebenarnya, lepas majlis tunang tu, famili aku dah start bincang next majlis nak buat kat mana. memandangkan aku ni duduk kat rumah bandar / taman yang jiran masing-masing dah besar, tunggu masa nak dikahwinkan, serta masing-masing tak beragak ada 3 biji kereta paling cikai, dan jugak sebab terbesar, selepas insiden majlis tunang aku, klik untuk refresh balik. Ngeri ingat balik. Dugaan mak noks! oh by the way, jiran aku yang selang 3 / 4 rumah pun terkena jugak, lagi haru, 2 majlis nikah. hah, kan susah?



so mama aku decide untuk buat kat dewan. jenguh gak cari dewan yang sempurna. ada yang ok, tapi jauh, dekat pulak, dewan buruk. yang best tapi harga, mak datuk!



tapi abah aku pulak, nak buat kat rumah sebab nanti kenduri tak rasa meriah. hah, kan dah bercanggah pendapat! aku sebagai anak, hanya follow yang mana senang. ingatkan senang nak decide tempat ni, kalau ada banyak pendapat, aku pun lama-lama pening!



so dekat 3 or 4 bulan lepas tunangan, mama aku buat keputusan drastik untuk booking dewan dulu. dewan mana? dewan sirim lah! baru-baru ni ada kenduri buat kat dewan sirim, pergi bukan sebab nak tengok pengantin, sebab aku dah bising-bising nak tengok rupa sebenar dewan tu. kesimpulan, aku suka dewan tu! yang penting sejuk, selesa dan besar!



Majlis Sanding:


Dewan Serbaguna Sirim
Seksyen 2, Shah Alam, Selangor



bila dah finalize untuk majlis sanding, serta merta kat rumah akan dijadikan majlis akad nikah. yelah, abah aku bising nanti tak rasa meriah kenduri sebab tak buat kat rumah kan? mama aku pun sokong sebab nak suruh sedara mara abah yang ramai kat sini, datang rumah. depa mana pernah datang rumah kita (T_T)



Majlis Ijab & Kabul:


Rumah Sendiri
Seksyen 19, Shah Alam, Selangor



Majlis tandang, mana lagi, rumah incik tunang lah :


Rumah Sendiri
Kuang, Selangor




venue: Ijab & Kabul / Sanding / Tandang - Settle



yang tak settle, masa akad nikah. belum finalize! pagi ke petang?? mana yang lebih afdal?

5 comments:

  1. semoga majlis berjalan dengan lancar...
    AMIN..

    ReplyDelete
  2. duduk seksyen 19 ke? masa kecik2 dulu duduk sana. he

    nikah petang ke pagi ke malam ke tak ada beza pada saya. yg penting, selamat nikah. hek

    ReplyDelete
  3. @dhiera:

    yup, duk sec19, duk area mane dulu? betul gak kan? slalu dgr org ckp lepas asar, nak buat malam tapi takut xleh amik gmbr byk2 plak :)

    ReplyDelete
  4. dear, photographer yg hebat bagi lah dalam apa juga keadaan atau waktu mesti dia boleh snap gambar yg cantik lagi kreatif!

    kite duk sana sampai umur 5 tahun je. he. rumah dekat dgn sekolah. selang 1 deret ke depan dari rumah ayah ziana zain tu~

    ReplyDelete