Finalize Offical Bridal Vendor (Package)







Assalamualaikum semua.


setelah berhempas pulas mencari & mencari serta terus mencari package idaman hati yang bersesuaian dengan bajet aku yang ciput (T_T) akhirnya ke penghujung. cewah! macam penghujung cinta pula. survey ni memang makan masa, bila jumpa yang berkenan, harga mak datuk! harga retis-retis, takut mak!



lagi satu, kami dah sepakat nak hire vendor untuk kedua belah pihak. sanding dan tanding. hopefully boleh dapat dengan nikah sekali. tamak aku kan? lagi 1 criteria yang perlu di ambil kira dalam pemilihan vendor, butik dalam area shah alam sahaja. tu mak aku yang suggest. kita ni anak follow sahaja cakap orang tua kan?




actually, vendor ni dah lama aku usha, cuma belum sampai jodoh untuk bersatu. sambil-sambil usha hoping another vendor boleh quote harga & package yang aku mahu, aku usha gak perkembangan butik ni. sebab masa awal-awal aku tengok baju dia masih tak banyak choice. harap sangat-SANGAT akak butik tu dapat tambah koleksi baju meletops beliau nanti.




ok, mari nak cerita package yang aku dapat;



Package Sanding
1) Pelamin dewan
2) 1 makeup
3) Sepersalinan bersanding L & P serta aksesori
4) Aksesori Lengkap L & P
5) 6 'Flower Stand'
6) hand bouquet
7) artificial flower sudah!




Package Tandang
1) Pelamin Rumah
2) 1 Makeup
3) Sepersalinan bersanding L & P serta aksesori
4) Aksesori Lengkap L & P
5) artificial flower jugak!




berjaya bodek vendor tu, akhirnya aku dapat Mini Pelamin untuk nikah. Alhamdulilah.




harga still within our budget. nak kena letak figure ke? below RMxxxx only. tak makan puluh-puluh ribu lah. jauh dari 10k. nanti ketaq lutut!




cuma aku agak risau sebab keluasan dewan tu, nanti pelamin nampak kecik. so, kenalah adjust dan bincang betul-betul dengan vendor. vendor tak pernah buat kat dewan tu lagi.




Info:


D'Yusza Galeri Pengantin

Lot BR-13 @ Barika, Tingkat 2, SACC Mall Shah Alam.




Vendor: Nikah (Pelamin Only) + Package (Sanding + Tandang) - Settle *deposit Paid




harap vendor kali ni dapat beri apa yang aku nak. dont worry saya tidak cerewat orangnya. kalau nak tahu okay ke tak, kenalah tunggu next update pasal vendor ni. Insyallah semuanya okay! PRAY!



now, pening kepala nak cara MUA & Videographer. any suggestion please, BBF?

4 comments:

  1. hi :) guna d'yusza galeri ea? sy pun guna tok wedding nanti. hopefully dia punya service ok. kalau tak, mmg kenalah. hik3

    ReplyDelete
  2. @Fariza:

    yeke? wah..nnt leh ah bgtau servis cm ne kan...ok or tak...bile wedding?

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. sis nak tanya kadar sewa dewan sirim tu ..
    n camna nak aply ya??

    ReplyDelete