Wedding Tickers








still counting. Doa-doakan lah ye? Masuk 1xx pula.



Perasaan? Biasa jek. HA-HA belum masuk fasa mencemaskan ala bridezilla lagi.


hunting barang hantaran




Assalamualaikum





Rasa macam pukul 12 tengah malam, padahal baru pukul 10. tadi siang aku keluar rumah pagi-pagi cadangannya nak sarapan sama-sama dengan tunang. MENGADA! Last-last tak tahu nak pusing mana, pergi KL lebih tepat, Jalan TAR. Pusing-pusing sana dari pukul 10 pagi sampai pukul 2 petang. bayar parking dekat 15 ringgit. mahal betul! nasib baik sempat selesaikan misi cari barang hantaran. dapatlah masing-masing 2 jenis. so, checklist dah start bergerak sedikit demi sedikit. walapun tinggal 6 bulan lagi before kenduri, kitorang dah start beli time sales giler-giler. peh! kat Sogo macam pasar jual ikan. dapatlah couple set perfume within our badget. Almaklumlah kami bakal pengantin badget ciput tapi perasan nak majlis grand. HA-HA





dari Jalan TAR -> Semua House -> City One Plaza -> Jakel KL -> Sogo -> Makan -> Sogo balik lepas tu hujan rushing bawa paper bag besar nak ke kereta. lepas tu berdesup pergi Jusco Bukit Tinggi, tak jumpa barang pergi pulang Jusco Bukit Raja, kepala aku dah start pening. dah tak larat cakap dengan incik Tunang, kita sambung cari next month. Sales kan sampai hujung tahun. sempat! Nak shopping barang kat Jusco sahaja sebab niat nak collect point dapat redem voucher kan? Yup, para pengantin harus berbelanja dengan bijak dan berhemah!





Perhatian, semua Mall sales. barang pun banyak choice sampai rabun mata. banyak misi DIY dalam kepala ni. nanti kita reveal.




oh, kepada siapa nak tengok checklist aku mungkin nak buat sebagai panduan, boleh click link kat bawah ni. sharing is caring. oh, kalau nak tengok vendor boleh klik kat link yang berwarna biru kat setiap list tu.





Epa Wedding Checklist





Nak tanyalah, b2b lain rasa, bila masa yang sesuai untuk shopping barang hantaran? Barang yang mana korang akan dahulu kan? Korang akan beli time sales sahaja or tak kisah bila-bila? Mesti beli barang yang ada less or sanggup beli barang idaman walaupun tak ada less?


Link

Sabah Trip; Part Three





sambungan (Part 2 click here)... part three (3)




Hari terakhir kami berada di Sabah. Cadangnya nak jalan-jalan dekat-dekat area town sahaja. sebab trip semalam penat dan jauh gila. so mulakan dari sarapan mencari nasi lemak tapi hampa. nasib baik jumpa roti canai depan 1 Borneo.




oh, ni lokasi tempat penginapan kitorang. betul-betul bawah shopping mall terbesar kat kota kinabalu.








tempat makan





Lepas dah selesai melantak. teruskan perjalanan ke bandar Kota Kinabalu. Jalan-jalan sambil nikmati pemandangan.










lepas tu entah macam mana boleh jumpa tempat obsevation ni. nama tempatnya Bukit Bendera. Ingat kat Penang sahaja ke yang ada. Sabah pun ada tau!






Bandar KK



mengadap laut








Turun Bukit Bendera jumpa Kota Kinabalu wetland centre. singgah tapi tak masuk dalam sebab tak larat jalan plus burung tak datang time-time. kawasan ni open space, so burung akan datang ikut musim.












Kawasan Kampung Air







Kami singgah juga ke Lok Kawi Wildlife Park. Tengok binatang liar! best!
















































then teruskan perjalanan ke Beufort. Konon nak tengok Labuan. Jauh gak! Last-last patah balik sebab dah lewat malam sangat. Malam tu makanan kami ditaja oleh sepupu abah yang duduk Sabah. Makan kat Chinese Restoran. Tapi tak amik gambar sebab bateri dah kong lupa charge. lepas makan balik tidur la sebab besoknya nak balik semenanjung dah!




bersambung.....



Senarai Lagu untuk ditimbang-timbangkan. erk!






Assalamualaikum




mari update laju-laju sebab mata dah mula rasa mengantuk. nak cerita hape? tadi browse video nikah orang lain sambil cuci mata then terus touching sorang-sorang. sedih sangat. nanti macam mana time aku pulak? (T_T) banjir kot. so berikut aku nak listkan lagu kategori love song yang sangat sesuai untuk dijadikan background dalam video nikah korang. boleh diconsiderkan antara best hits now days!



1) The Power of Love - Celine Dion






2) For The Rest of My Life - Maher Zain






3) Ketulusan Hati - Anuar Zain






4) Penghujung Cintaku - Pasha & Adelia






5) Marry You - Bruno Mars






5 je? nantilah, bila dapat ilham lagu mana, aku akan update balik entri ni. korang pulak suka lagu apa ye? any suggestion?


*edit entri. dapat ilham dari malam tadi. he-he


6) Halo - Beyonce




7) Sampai Syurga - Faizal Tahir




8) Teman Terulung - Anuar Zain *suggestion from FY



9) Permata untuk Isteri - Kopratasa




10) Because You Love Me - Celine Dion




11) All My Life - KC & Jojo




12) L.O.V.E - Nat King Cole




13) From This Moment - Shania Twain


Budget Videographer







Assalamualaikum semua!





Ada beberapa perkara yang masih belum settle seperti mencari dan hire official videographer semasa event ijab & Qabul nanti, di sini aku listkan beberapa videographer budget (maksudnya mereka semua berada di bawah RM1k sahaja) yang berjaya aku jejak sepanjang pencarian tak henti-henti. dah nama pun budget videographer kan? so harga memang terjamin di bawah paras bahaya tapi hasil yang mereka beri boleh dikatakan pada tahap yang boleh korang ulang tayang banyak kali sambil senyum simpul. boleh imagine kan?





pencarian aku ni hanya membabitkan untuk 1 majlis. contohnya, aku cari untuk majlis nikah sahaja sebab sanding lain hari. kalau nak tanya pakej sanding + nikah or sanding + nikah + tandang, korang boleh email sendiri. jangan risau, ini diantara yang terbaik yang aku dapat cari. tapi kalau tak menepati taste korang, maaflah ye? tapi janganlah harapkan nak video macam or sebijik CST production tapi budget ciput, memey ah tak dapet!





Senyom
Email: senyomvid@gmail.com
Facebook: Senyom
Pakej:
PAKEJ SOLO [tunang/akad nikah/resepsi]
· rakaman bermula dari Mekap sehingga sesi majlis
· 1 musika video [durasi max 5 minit]
· format berbentuk DVD dan HD





DMZ Design*
Email: wedding@dmzdesign.net
Facebook: DMZ Design
Website: http://wedding.dmzdesign.net/
Pakej:
Half Day Videography package
1 videographer
4 hours coverage
Full edited movie (length up to 1 hour)
1 video clip/montage
Output in DVD with casing (3 copies)

*ada promotion tengah berlangsung untuk b2b wedding next year.




Masputeh**
Email: masputehfotovideo@gmail.com
Facebook: Masputeh Fotovideo
Website:http://www.masputeh.wordpress.com
Pakej:
cover start make up hingga hbs majlis,
F.O.C outdoor jika ada (hari yg sama),
2 org videografer,
final output dvd movie (durasi minimum 25 minit),
F.O.C nikah highlight/video klip (durasi minimum 4 minit)


**harga kemungkinan akan naik untuk tahun hadapan. cepat booked untuk dapat harga lama


***
IndahKarya
Email: indahkaryaproduction@gmail.com
Facebook: IndahKarya Production
Website: http://indahkaryaproduction.blogspot.com/
Pakej:
Single Event (Pertunangan / Akad Nikah / Bersanding) 5 manhour
5 minutes video highlights (HD Video)
-Full event video (1 hour)
-2 cinematographer


*** have some issue now, so not recommended at all. MAAF IK.



yang mana 1 pilihan kalbu ku? tunggu next entri lah. tak syok reveal awal-awal. tak suprise katanya.






oh, amaran! harga ini mungkin berubah dari masa ke semasa, sebab aku dah start cari lama. so aku tak jamin kalau harga untuk next year kemungkinan akan or tidak berubah. semuanya tertakluk kepada budi bicara vendor itu sendiri. tapi dengar-dengar cerita harga kemungkinan akan naik next year, so untuk selamat, better bincang betul-betul dengan vendor anda.

Corsage







Assalamualaikum




dari semalam masa tengah hangat perlawanan bola sepak antara Malaysia & Indonesia, aku hangat mencari bahan DIY. terfikir dalam kepala otak nak buat DIY apa. tangan ni kalau tak buat DIY tak rasa macam buat persiapan pun. surf punya surf terfikir nak buat DIY untuk di pakai masa hari bahagia nanti. untuk famili-famili kan? ada bunga ke, something kat baju masing-masing for sure sangat cantik. sambil boleh lah bagi penghargaan untuk famili yang dah susah payah tolong untuk majlis kita.




Corsage. kalau wedding orang putih banyak guna. cantik sangat. fikir, better DIY banyak contoh. salah satu daripada Intan. Dia guna untuk buat Hand Bouquet from fabric. cantik sangat! very creative person. sangat envy! oh, dia pun ada tunjuk tutorial. senang sangat!




picture from her blog




picture from here



Contoh lain, from crepe paper. ni murah dan senang. semua guna example dari HB. but kita boleh olah guna kreaviti sendiri, right?



taking from here



picture from here



selain dari guna fabric or crepe paper, mungkin boleh try guna felt. speechless!! ni yang tak sabar nak try ni. please, DIY mood, datanglah!




picture from here




picture from here




mari cuci mata dulu, mana tahu get some idea lepas ni. balik kerja boleh DIY terus :) excited!!




picture from here




picture from here




picture from here




picture from here




okay, cukup-cukup lah. hope datanglah idea dan mood DIY nanti. selamat mencuba kawan-kawan. bye!

nothing much to say






feeling berdating masa bercinta / bertunang mungkin lain berbanding feeling berdating time dah kahwin. MUNGKIN? so, hargai setiap saat bila kita bersama dengan orang tersayang.




mood: berlari-lari di atas awan nano nano nano nano




Vendor Engagement Day






bila dah start kemas-kemas entri dalam blog baru perasan yang aku review vendor untuk majlis tunang tak habis. ni lah masalah kalau lambat update. banyak story tertinggal. aku review juga lah supaya boleh jadi guide untuk bakal-bakal bagi merancang majlis dorang.





so total overall cost untuk majlis tunang aku dalam 5k-6k. so, penting sangat untuk b2b sekalian take note segala perbelanjaan korang supaya korang dapat tengok mana duit-duit korang pergi. sekarang untuk preparation wedding pun aku akan catat dan simpan segala resit yang ada dalam excel dan juga dalam note book.






kali ni aku nak review (tapi ingat-ingat lupa) khemah. khemah ni ambil dekat area rumah aku sahaja. khemah bogel. meaning tak ada langsir pun. simple sudah. jimat kos. package 2 buah khemah, 8 meja bulat, 80 kerusi plastik tak ada sarung, kipas dan juga meja buffet. kalau tak silap aku, khemah harga khemah tu RM160 sebuah. meja bulat RM10, 1 kerusi RM1, meja buffet RM50. overall tak lebih RM500 la. kalau tak silap.






info: TJ Canopy, Shah Alam, Selangor






untuk package makan pula, mak aku ambil dengan kawan dia. dia charge 1 kepala RM10. so amik untuk 100 jemputan. lauk tengahari lah. nasi putih, masak lemak daging salai, sambal udang, sayur, ulam-ulam, kuih 2 jenis, air 2 jenis, lepas tu dah lupa. lauk banyak giler. sedara masa siap tapau bawak balik. oh, kitorang tak amik pelayan pun. habis majlis kemas-kemas letak tepi, bungkus lauk lebih, makan untuk 2 hari. sangat banyak. ramai puji lauk sedap. puas hati.




oh, dia ada kedai kat section 11 shah alam.




ok, rasanya dah settle kot cerita pasal vendor, persiapan tunang. kalau tak silap lah. kalau ada lagi, aku sambung cerita okay!

Sabah Trip; Part Two



Link

sambungan (part 1 click here)...
part two (2)




the next day nya, kitorang bangun pagi-pagi bersiap dengan harapan tinggi melangit nak pergi tengok mount Kinabalu. Woot!! akhirnya, dapat juga jejak kaki kat kaki Gunung Kinabalu sudah! tak kuasa nak panjat. semput mak! so, lets picture do the taking. sangat banyak. enjoice!




our road trip to Mount Kinabalu started here. Perjalanan nak ke Kundasang sangat bengkak bengkok. Jalan Sempit. bayangkan bengkak-bengkok naik gunung tertinggi di Asia. What do you expect kan? oh, on the way ni, kiri kanan sangat banyak gereja. turun ke area kundasang baru nampak sebiji masjid. tu pun lepas 2 hours road trip.




see that! here our mountain



oh, ni padi bukit. Jarang jumpa beras Padi bukit sebab pengeluaran agak terhad, lebih kepada local people yang makan. tapi teringin nak rasa. apa beza padi sawah & padi bukit.




makin dekat dah ke destinasi.




see, kalau tak salah, ni nak sampai highest point mountain walking in Asia. if i not wrong lah.




kawasan populasi manusia di lereng gunung Kinabalu bah!




kami singgah di kawasan Nabalu. banyak giler souvenirs yang boleh rembat kat sini. sini kawasan sejuk tau.
















labu air




banyak lizard. maybe kepercayaan dorang.








lepas tu kami bergerak ke pintu masuk Kinabalu Park. sini check point untuk sesiapa yang nak daki gunung. oh, boleh masuk sini pusing-pusing naik kereta.




















tunggang kami sepanjang di sabah








ni area perkampungan kundasang. tepi jalan banyak jual fresh sayur-sayuran. kalau dekat rumah, confrim borong sekotak 2 tu.




singgah solat kat area kundasang, terus perjalanan ke daerah Ranau. Cadangannya nak pergi tengok bunga terbesar kat dunia. Reflesia. Tapi sebab jauh lagi perjalanan tambah hari dah petang sangat. kenalah patah balik ikut jalan tadi sebelum hari gelap.











on the way balik, area nabalu dah start kabus. syok giler! sejuk!








See, sebelum mount kinabalu hilang dari pandangan. Kitorang berhenti singgah kat Nabalu balik. lepak-lepak nak tengok mount kinabalu hilang dari pandangan. he-he












Sampai KK balik dalam pukul 5.30 petang. Time tu dah start maghrib, makan dulu lah sebelum balik hotel.























Malam tu tengok wayang lagi. kali ni kat 1 Borneo sahaja. tengok Tower Heist. Habis wayang pukul 11.30 malam, balik hotel terus tidur. Simpan tenaga untuk last day kat KK.




bersambung....