Bridesmaids






nak cerita perihal bridesmaids pulak. dulu masa awal-awal planning (selepas majlis tunang) aku dah berangan nak pasang bridesmaids pulak. dayang-dayang masa hari bersejarah. yela, kata raja sehari kan? haruslah ada dayang-dayangnya. bridesmaids boleh tolong angkatkan dulang-dulang hantaran aku nanti. so mula la calculate nak kena ada 9 orang bridesmaids untuk angkat setiap 1 dulang. oklah kan nak masuk dalam bajet (dalam kepala otak saja)



aku fikir-fikir balik, mana nak cekau 9 orang jadi bridesmaids aku, adik-adik aku pompuan ada 4 orang. masalahnya, kami dah beli kain untuk family lepas tunang hari tu. confrim adik-adik tak boleh join kan? kalau nak suruh bridesmaids pakai baju sama famili, kang orang ingat famili pulak. payah-payah (T_T)



so, last-last, majlis aku gamaknya tak ada lah bridesmaids, sebab majlis nikah aku buat kat rumah saja. mana sempat nak suruh dayang-dayang berbaris hantar dulang. haritu (tunang) pun dah penuh rumah, pelamin dekat separuh ruang tamu. lain lah kalau aku buat majlis kat ruang yang besar. kesian dayang-dayang nak pakai lawa-lawa tak dapat nak bergaya dengan baju dan hantaran aku. hehe



so, berangan jelah yang mampu disebabkan aku takut apa yang aku plan untuk bridesmaids tak menjadi. nanti jadi bridezila pulak! lagi haruuu



kenapa tak guna bridesmaids untuk majlis sanding? entah, tak ada fungsi kot bridesmaids time sanding. setakat nak iring naik pelamin, biasa sahaja kot. tak nampak grand sangat, bagi aku lah. tak tau orang lain. majlis sanding nak dewan, bagi aku cukup pengapit sahaja kot, penuh sangat atas pelamin, bridesmaids terlopong tak tahu nak buat apa nanti kat atas tu.





*gambar hasil google



kalau ada bridesmaids, dorang nak pakai baju warna ape ye? famili gold, me probably white, pengapit?


tema warna?


ah! tak finalize lagik!




siapa nak jadi pengapit saya?????


tata bridesmaids!! (T_T)

No comments:

Post a Comment