Pameran Pengantin SACC Center, 28-30 October 2011

As-salam



tema arabian night tau! gold + maroon + blue! nak tengok sangat - sangat pelamin arabian theme. boleh masuk carta nanti!



apa lagi, mari serbu pameran pengantin ni hujung minggu ni. lama dah aku tunggu pameran ni, sebab malas nak pergi jauh-jauh dan juga time pameran ni sangat sesuai dengan date aku nanti. ngam-ngam untuk mula booking or survey yang mana murah-murah.



jumpa kat sana, sebab aku memang nak pergi!



pameran pengantin ni dibawakan khas untuk anda oleh Pameran Pengantin Malaysia - by Urban Vibe Event klik untuk ke fanpage dorang.



iklan ini tidak ditaja. sekian, terima kasih :)



petua: better pergi segala pameran pengantin yang ada untuk dapat harga diskaun dan within your bajet. mesti ada angan-angan wedding, so time ni lah korang baru dapat tawar-tawar macam beli ikan di pasar. ha-ha

Bridesmaids






nak cerita perihal bridesmaids pulak. dulu masa awal-awal planning (selepas majlis tunang) aku dah berangan nak pasang bridesmaids pulak. dayang-dayang masa hari bersejarah. yela, kata raja sehari kan? haruslah ada dayang-dayangnya. bridesmaids boleh tolong angkatkan dulang-dulang hantaran aku nanti. so mula la calculate nak kena ada 9 orang bridesmaids untuk angkat setiap 1 dulang. oklah kan nak masuk dalam bajet (dalam kepala otak saja)



aku fikir-fikir balik, mana nak cekau 9 orang jadi bridesmaids aku, adik-adik aku pompuan ada 4 orang. masalahnya, kami dah beli kain untuk family lepas tunang hari tu. confrim adik-adik tak boleh join kan? kalau nak suruh bridesmaids pakai baju sama famili, kang orang ingat famili pulak. payah-payah (T_T)



so, last-last, majlis aku gamaknya tak ada lah bridesmaids, sebab majlis nikah aku buat kat rumah saja. mana sempat nak suruh dayang-dayang berbaris hantar dulang. haritu (tunang) pun dah penuh rumah, pelamin dekat separuh ruang tamu. lain lah kalau aku buat majlis kat ruang yang besar. kesian dayang-dayang nak pakai lawa-lawa tak dapat nak bergaya dengan baju dan hantaran aku. hehe



so, berangan jelah yang mampu disebabkan aku takut apa yang aku plan untuk bridesmaids tak menjadi. nanti jadi bridezila pulak! lagi haruuu



kenapa tak guna bridesmaids untuk majlis sanding? entah, tak ada fungsi kot bridesmaids time sanding. setakat nak iring naik pelamin, biasa sahaja kot. tak nampak grand sangat, bagi aku lah. tak tau orang lain. majlis sanding nak dewan, bagi aku cukup pengapit sahaja kot, penuh sangat atas pelamin, bridesmaids terlopong tak tahu nak buat apa nanti kat atas tu.





*gambar hasil google



kalau ada bridesmaids, dorang nak pakai baju warna ape ye? famili gold, me probably white, pengapit?


tema warna?


ah! tak finalize lagik!




siapa nak jadi pengapit saya?????


tata bridesmaids!! (T_T)

Wordless Wednesday - Tahniah cik Myra Miracle

memang langkah bendul, tak di sangka-sangka!

Tahniah my friend!!




NEXT!!!

Urban Decay Naked Palette




Review

untuk segmen review, wah! macam TV plak. aku dah lama nak review makeup ni. ala, siapa yang selalu usha youtube makeup channel for sure tahu pasal urban decay naked pallete ni. kegilaan! aku pun pasang lah angan-angan nak rembat seketul. akhirnya setelah berikat perut selama 2 bulan (yeke?) dapatlah seketul idaman hati. tu pun rembat kat sephora KLCC. search internet tau cari kat mana sephora ni. buta fesyen gak kadang-kadang aku ni.





so far nilah makeup yang paling aku sayang! color natural, macam-macam gaya boleh kita buat ikut tema siang or malam. janji tau teknik sahaja.





pallete ni dapat sekali dengan eyeshadow base urban decay jugak, dan juga dapat brush. brush dia aku tak pernah guna lagi. prefer yang brush lah. eyeshadow base kecik aje, tapi aku lebih suka eyeshadow base elianto kot, warna lagi menyerlah.





ni senarai color yang ada dalam pallete ni


from left : virgin / sin / naked / sidecar / buck(fav for crease area!)


from left : buck / half naked / smog / darkhorse / toasted


from left: darkhorse / toasted(fav!!) / hustle(fav!!) / creep / gunmetal

so, kat sini aku attachkan beberapa video dari makeup guru youtube yang gunakan makeup ni.


SWalker


TiffanyD

Pre Wedding Photoshot by 7kalerpicture





As salam


sesi nak update cerita menarik pada minggu lepas, tak adalah menarik sangat, but aku nak cerita pasal pre wedding kitorang. dekat 2 hari aku pergi mencari barang untuk dijadikan props akhirnya, aku langsung tak guna. malas nak fikir sebab susah sangat nak cari. last-last kena gunakan expresi muka sahaja. haha


baju incik T dah lama beli, aku punya sahaja last minit cari, surf dalam internet sudah. itupun risau baju tak sampai on time. tunggu jumaat tak sampai mula cuak, sabtu tu pulak kat office ada audit, sambil-sambil audit, call pos laju nak buat self pickup, so sempatlah nak cuba fesyen sendiri.


so, nak tunjuk lah pre wedding sendiri, kalau ada siapa-siapa sudah nak tengok, sila kan? ni semua diceduk dari tukang gambar sendiri, bro izwan from 7kalerpicture. thank you bro! gambar sangat cantik, walaupun FOC. ha-ha


si wan ni buat kerja cepat. ahad malam dalam kul 8.30 habis photoshot, pagi-pagi isnin gambar dah publish kat fanpage dia. pantas macam LRT! cayalah!








suka sangat!


my favorite!








so, apa pendapat? should i hire them for my wedding? sila like banyak-banyak kalau setuju.


pengalaman betul photoshot ni, berpeluh-peluh time hujan. tu masuk terowong mana entah kat putrajaya tu, cair makeup i. bak kata wan, photoshot aku ni memang banyak scene pandang atas. oh, photographer hari tu which is wan & azra.


dah alang-alang jumpa hari itu, kitorang diskus package yang best yang dorang tawarkan. isk, tak sabar rasanya nak tengok gambar-gambar lain.


berbaloi! kalau siapa yang berminat or nak tengok work dorang boleh visit fanpage 7kalerpicture.

bebelan setelah 2 minggu dalam silent mode





Salam



Mak aii, catat rekod diam seribu kata dalam blog. macam tak percaya. saja, nak rehat-rehatkan diri sebelum membizikan diri untuk next project. eh, tak adalah, few weeks before raya, kat office busy dengan submit tender. now, busy dengan nak prepare task untuk started new projek kat perak. plus, dengan aku tak berapa sehat dari 1st day raya, baru baik batuk for 3 4 days, kena demam balik *sambil lap hingus leleh2.



masih ingatkah anda dengan entri ni. cewah!



so, kami adalah orang yang terakhir redeem hadiah ni. memang nak buat untuk prewedding betul. busy sangat la, thats why kena postponed untuk photoshoot ni. event ditunda untuk kali ke 3, so final date which will be held on 16th October 2011 in Putrajaya, Insyallah. but the major problem are konsep + baju tak dapat nak finalize lagi! gua buntu!! help help



kalau boleh tak mahu lah sesimple sangat sebab kemungkinan gambar tu akan digunakan untuk majlis akad + sanding nanti. not too much elegant takut orang cakap over sangat. tapi tak mahu konsep yang selalu dah orang buat. hah? complicated right? kesudahannya, last minute grab jelah apa yang terbit kat dalam kepala otak!



oh my God! dah masuk bulan 10. kenapa tahun ni sangat pantas! boleh slow sikit tak?



oh, next month aku pergi sabah! family trip, actually family trip without my 2 sister yang kemain busy dengan job task masing-masing. kalah menteri. terpaksa join dengan geng budak sekolah!



rasanya, sebelum aku busy dengan task lain, better aku update review yang dah berpuluh-ribu entri yang dah berjuta-kali aku kata nak update, but tak update. malas sangat lah ni.



NEXT! review session.