Al-kisah bazaar Ramadhan / Param

picture: Google picture


salam

petang nanti confrim semua orang dah berkira-kira nak pergi bazaar ramadhan nak beli juadah kan? memang bazaar ni sentiasa aku tunggu tiap-tiap tahun. kalau nak sedap, memang tiap-tiap tahun aku tunggu peniaga tu bukak gerai.


baru kejap tadi aku dengar ada seorang pemanggil kat 1 radio ni complaint pasal harga makanan kat bazaar ramadhan yang melampau tapi tak sesuai dengan kuantiti. contohnya semalam, bapak aku ada beli kuih buah melaka. korang pun sedia maklum kuih buah melaka tu hijau disaluti dengan kelapa, isi dalam dia sedikit gula melaka la kan? peh, memang favorite food aku la. sekali harap je kuih tu besar, tapi isi kosong. hah? dah la mahal, tapi isi tak ada. mencekik darah betul peniaga ni. tulah, bila time orang nak berniaga, kau ikut sibuk meniaga. cari untung je, tapi tak ikhlas dengan apa yang kau buat. lagi-lagi bulan puasa sekarang kan? hah, menjawab lah kau nanti.


tau lah barang semua naik harga, kami pembeli faham, tapi tak perlulah sampai nak menipu customer macam ni. lagi satu aku pantang kalau jumpa orang jual nasi lemak harga seringgit isi dia telur dadar yang dah dibelah 8 lepas tu belah 2. kedekut giler! apa salahnya berbakti buat amal jariah sikit. benda makan kot, tak perlu lah nak berkira sangat. aku kalau jumpa memang confrim aku tak beli dah. BANNED TERUS!


kuih pun sama. aku still jumpa orang jual kuih 3 biji seringgit. sumpah, memang selalu aku beli kat makcik tu. tak berkira langsung. sedap! yang jual kuih sebiji 40 sen tapi sedap memang aku beli. bukan selalu lah. selagi makcik jual kuih 3 biji seringgit tak pencen dari menjual kuih. haha.


kepada peniaga di bazar ramadhan, tak perlu lah nak menipu customer dan kasi alasan barang banyak naik. kami pembeli faham, naiklah harga tapi janganlah sampai kuih contohnya karipap sardin tapi dalam tu kau lebih bawang je. better tahun depan tak payah meniaga lagi kalau perangai macam tu. sekian.

4 comments: