selamat hari raya aidilfitri 2011



entri tulis dengan laju-laju sekali. besok dah jumaat, last day kerja. yippie! sekarang mood raya, nak buat kerja pun malas. ingat raya-raya-raya. tahun ni kami semua raya di kedah. dekat 1 minggu, tapi raya ke empat kena rush balik sini sebab nak pergi member bertunang. orang kampung dia dekat duduk diam-diam kat sana. jangan rindu ;p


oh, takut tak sempat nak wish raya. kesempatan ni, aku nak ucapkan selamat hari raya. maaf zahir batin. kot-kot terkasar bahasa terguris kata-kata dalam blog aku. hati-hati di jalanraya kat siapa-siapa yang balik kampung. jemput lah singgah rumah raya nanti!


untuk tunang tersayang, jaga diri kat sana. selamat hari raya maaf zahir batin. 0-0 tau! nak duit raya boleh? haha. nanti kita raya sama-sama ye? sebagai tunangan. tunggu kepulanganku nanti.

Lintas langsung

Bersiaran langsung dari tempat parking depan maybank seksyen 20 shah alam. Boleh pulak kereta aku mati kat sini. Bateri weak! Menunggu bapak aku came to the rescue! Habis dah tak comel. Macam mana ni?!
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

maybank2.com, mari buat magic.

As Salam

Rasanya mesti ramai yang dah tau pasal maybank2u ada hantar email konon-kononnya account maybank kita kena flagged, bla bla bla kan? dulu kita tahu trick, klik saja reply, then check kat email address yang kita nak reply, keluar alamat email bukan dari maybank2u kan? contohnya maybank2u@yahoo.com so terang-terang kita tahu taktik pembohongan dia. kalau korang pakai email yahoo, email-email dari ala-ala maybank sure masuk spam. now, depa dah tukar taktik untuk mengaburi mata kita. klik reply but then keluar alamat email contohnya seperti sebiji macam maybank2u. example m2u@maybank.com.my hah. mesti kita cuak gila babeng, ingat betulkan account kita flagged.



yang penting jangan panik. kita kena check betul-betul. jangan jadi mangsa kat orang yang jahat ni. tadi aku saja try guna taktik sendiri. mula-mula korang mesti dapat email macam ni.



korang cuba try Click Here. nanti akan pergi ke page sebiji macam maybank2u punya official website.



tricknya start di sini. cuba korang try masuk username sesukahati korang. jangan masuk yang betul punya. kalau masuk yang betul punya, aku memang tak bertanggungjawab langsung dengan apa yang bakal terjadi.


contohnya



nampak tak? konon-konon gambar kita unavailable. cer tengok, ejaan unavailable pun salah! password korang hentam juga, aku letak epasangatcomelbetul. lepas tu klik login.




haha, miracle kan? korang boleh masuk tanpa guna original username & password. bohong betul. lepas tu kan tadi konon-konon cakap gambar kita unavailable then lepas kita login dia akan proceed baru kan? cer korang try pilih gambar, then request for TAC. confrim lepas.




haha, TAC successful. tak boleh blah kan?




selamat mencuba! hehe. jangan mudah tertipu ye? pesanan khidmat masyarakat dari epa sendiri. oh, maybank pun ada keluar notis yang depa tak pernah bagi email kat customer directly, so be careful!

SimplySiti Produk Halal?



minggu lepas kecoh-kecoh produk simplysiti dah jadi tak halal disebab dikatakan ada bulu babi kat berus dia. terus tokti buat pengumuman cakap produk ni halal. tapi for sure ramai yang cakap, yela, pengarah urusan confrim buat statement cakap produk dia halal. tanpa ragu-ragu, aku pun check website Jakim untuk kepastian.



klik untuk tumbesaran yang gemilang


entri kat website jakim tu baru dikemaskini 7hb ogos (semalam)


so, kalau rasa dengar-dengar ura-ura sesuatu produk tu halal or haram, better rajin-rajinkan diri untuk surf website jakim untuk dapat kepastian betul-betul.


mula-mula lip gloss, lepas tu pencuci muka, then krim muka, lipstik. memang best produk simplysiti. berbaloi dengan harga yang agak mahal, tapi puas hati. nanti aku buat review produk simplysiti yang aku dah guna.


oh, mak aku yang influence suruh guna simplysiti sebab dia yang guna dulu.

Perodua tweckbot





tadi pagi team perodua tweckbot datang kat rumah aku untuk buat pemeriksaan 15 poin percuma untuk kereta aku. senang saja, hanya tweet kat @myperodua bila tengok lokasi dorang. mana tahu kalau dekat-dekat dengan rumah korang, dorang akan datang dan buat checking. sempena penghargaan pihak perodua kepada semua pembeli kenderaan perodua. yup, hanya untuk yang pakai kereta keluaran perodua sahaja. yang pakai proton, sila duduk diam-diam di sana.



ni senarai checking kereta aku. yup, memang dah kena servis pun. tayar pun kena tukar baru. duit oh duit, silalah turun dari langit! oh, lagi satu, kalau bawa resit ini ke selected pusat servis perodua, boleh dapat diskaun 15% lagi untuk sparepart.




free gift! apa benda entah ni. aku sangkut kat aircon sudah.




Thanks team perodua tweckbot sebab sudi servis cik merah saya! yeay, mood balik kampung.... next week harus servis kereta!

hey, rindu KAMU

*schedule post

my e-day

tiba bulan puasa, mesti teringat kat gadis berdua ni. rindunya! zaman-zaman mula berjinak dengan bisnes dengan mereka ni.

wajib repeat masa raya nanti okay? take care, my besties!

Al-kisah bazaar Ramadhan / Param

picture: Google picture


salam

petang nanti confrim semua orang dah berkira-kira nak pergi bazaar ramadhan nak beli juadah kan? memang bazaar ni sentiasa aku tunggu tiap-tiap tahun. kalau nak sedap, memang tiap-tiap tahun aku tunggu peniaga tu bukak gerai.


baru kejap tadi aku dengar ada seorang pemanggil kat 1 radio ni complaint pasal harga makanan kat bazaar ramadhan yang melampau tapi tak sesuai dengan kuantiti. contohnya semalam, bapak aku ada beli kuih buah melaka. korang pun sedia maklum kuih buah melaka tu hijau disaluti dengan kelapa, isi dalam dia sedikit gula melaka la kan? peh, memang favorite food aku la. sekali harap je kuih tu besar, tapi isi kosong. hah? dah la mahal, tapi isi tak ada. mencekik darah betul peniaga ni. tulah, bila time orang nak berniaga, kau ikut sibuk meniaga. cari untung je, tapi tak ikhlas dengan apa yang kau buat. lagi-lagi bulan puasa sekarang kan? hah, menjawab lah kau nanti.


tau lah barang semua naik harga, kami pembeli faham, tapi tak perlulah sampai nak menipu customer macam ni. lagi satu aku pantang kalau jumpa orang jual nasi lemak harga seringgit isi dia telur dadar yang dah dibelah 8 lepas tu belah 2. kedekut giler! apa salahnya berbakti buat amal jariah sikit. benda makan kot, tak perlu lah nak berkira sangat. aku kalau jumpa memang confrim aku tak beli dah. BANNED TERUS!


kuih pun sama. aku still jumpa orang jual kuih 3 biji seringgit. sumpah, memang selalu aku beli kat makcik tu. tak berkira langsung. sedap! yang jual kuih sebiji 40 sen tapi sedap memang aku beli. bukan selalu lah. selagi makcik jual kuih 3 biji seringgit tak pencen dari menjual kuih. haha.


kepada peniaga di bazar ramadhan, tak perlu lah nak menipu customer dan kasi alasan barang banyak naik. kami pembeli faham, naiklah harga tapi janganlah sampai kuih contohnya karipap sardin tapi dalam tu kau lebih bawang je. better tahun depan tak payah meniaga lagi kalau perangai macam tu. sekian.

Wordless wednesday #nombor berapa ntah, LUPA!

(T_T)
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone