Exam Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) Gred M41 2011


mesti ramai yang ada apply dah dapat panggilan untuk seat exam ni or still ada yang tertunggu-tunggu surat panggilan untuk peperiksaan PTD yang akan berlangsung pada 16 julai 2011 nanti. syukur kepada siapa yang berjaya menempatkan diri ke langkah pertama sebelum bergelar PTD. kalau berjaya, boleh lah ke next step iaitu program assessment centre (PAC).

sebenarnya, ramai yang cakap exam ni susah gila! yelah, soalan banyak, ada 5 seksyen. masa memang sangat terhad. soalan pulak kebanyakan pasal isu semasa luar negara amnya dan juga dalam negara kita sendiri. lebih kepada soalan SPM la kot. lepas tu ada soalan a,b,c dan juga soalan esei dalam bahasa melayu dan english.

Exam PTD ni ada 1 bahagian yang dibahagikan kepada 5 seksyen iaitu:
--> seksyen A - Pengetahuan Am mengenai Malaysia dan Alam Sekeliling
--> seksyen B - Daya Menyelesaikan Masalah
--> seksyen C - Pengertian dan Kefahaman terhadap Esei-esei
--> seksyen D - Esei bahasa Melayu
--> seksyen E - Esei bahasa Inggeris

so, aku nak ucapkan tahniah lah kat siapa yang dapat panggilan tu. kena study betul-betul. Insyallah ada rezeki boleh masuk ke next step.
Link
oh, untuk calon exam tu, mana tau tercari-cari buku mengenai PTD atau soalan PTD (soalan PTD adalah rahsia, mungkin dapat mirip-mirip soalan pun jadilah, supaya kita tak stress nanti bila tengok soalan) boleh la singgah kat sini

so pada siapa yang tak tahu apa tu PTD, boleh baca penerangan kat sini.

dengar cerita, tahun ni batch PTD dibuka sekali saja. sebelum ni 2 3 kali batch kena panggil. oh! PTD kena apply thru SPA juga ye? so GOOD LUCK!

1 comment:

  1. oh, untuk calon exam tu, mana tau tercari-cari buku mengenai PTD atau soalan PTD (soalan PTD adalah rahsia, mungkin dapat mirip-mirip soalan pun jadilah

    ReplyDelete