dugaan alam pertunangan

today..



3 month, 3 week, 3 day bergelar tunangan orang. laa, baru 3 bulan, pesal rasa macam 3 tahun. HA-HA. bercinta rasanya dah 10 bulan. kenal nak masuk 4 tahun dah. tu belum tolak campur lost contact. harap akan berterusan ke alam rumahtangga seterusnya sampailah ke akhir hayat. AMIN!

sebenarnya aku tengah stress tahap gaban ni. tengah duk study dan struggle for this upcoming exam. susah nak mampus! (T_T) soalan simple tapi dah tinggal dekat 10 tahun mana haku nak ingat! so kenalah study balik jadi budak sekolah. i like!

aku nak cerita pasal dugaan bertunang. yelah, orang tua-tua ada cakap, masa tunangan ni macam-macam lah dugaan yang datang. menguji kesabaran untuk pasangan. terpulang dengan cara bagaimana kita nak handle dugaan tu.

untuk kes aku ni, sebelum bertunang dugaan yang dasyat aku dah kena. aku nyaris-nyaris TAK JADI nak tunang sebab ada 1 hamba allah selang dua rumah dari aku KEBETULAN buat kenduri tarikh lebih kurang sama dengan aku. hah? mau tak hangin! yelah, dia buat kenduri kat rumah, confrim-confrim pasang khemah, confrim-confrim khemah lalu depan rumah aku. habis tu, khemah aku nak letak mana? haru tak?

jiran ni pula jenis keras kepala badget bagus sebab kad baru edar hari isnin, kenduri sabtu, tak sampai seminggu baru nak hantar kad. macam harem! itupun lepas tengok rumah aku ada buat renovation, takut-takut dia tak boleh pasang khemah kan.

start dari jiran tu bagi kad, terus mak aku cakap, risau takut kenduri aku tak jadi. kang malu dengan rombongan pihak laki. takut dorang cakap apa lak kan? yelah, kenduri anak first kot. terus dah patah semangat. setiap hari mak aku cakap 'tak seronok dah nak buat kenduri macam ni' baru nak syok-syok sebab nak jadi tunang orang. lepas dah jadi kes ni, terus planning kitorang yang smooth tu dah jadi lintang pukang. bagitahu balik kat orang khemah kitorang cerita sebenar. dekat 3 4 kali gak dia datang nak adjust dan bincang nak solve balik masalah yang timbul. tukang khemah pun pening kepala, sebab kesian yang kitorang time tu. hilang seri kejap rumah tu. huh

memang teruk gak berperang. hari kenduri dia hujan dengan lebat. time kenduri dia lah, rumah aku sibuk keluar masuk. aku siap pergi amik cakes usung bawa masuk rumah. sedara mara datang dari jauh redah je bawak beg baju. siap dorang teruja ingat kenduri aku grand. haha

mula-mula jiran tu suruh guna khemah dia je, tapi mak aku berkeras nak guna khemah sendiri. lepas kitorang boikot, bising-bising, habis kenduri dia, malam sabtu terus khemah depan rumah aku kena cabut. kebetulan orang pelamin datang naik lori khemah dah tak ada, senang masuk. mak aku terus call orang khemah kitorang, dia janji nak datang pagi time kenduri tu untuk pasang khemah. dan alhamdulilah, majlis kitorang pun berjalan lancar. amik gambar outdoor pun cantik sebab langit cerah.

oh that day juga, ada khemah dia tak habis pasang, semua tetamu ingat kenduri aku grand gila sebab pasang khemah sampai hujung jalan. haha. sengal di situ.

kalau ingat-ingat balik gerun sebab mak aku siap dah cakap, kenapa lah tak bagitau awal-awal, boleh lah kitorang adjust mana patut, tukar tarikh ke apa kan. orang tu patut bincang dengan kami. khemah kitorang langsung tak lalu depan rumah dia. DUGAAN! inilah masalahnya kalau duduk area rumah taman.

so far lepas dah bertunang ni, rasanya still boleh tempuh lah dugaan yang kecik-kecik. alhamdulilah. gaduh sikit-sikit tu adat lah kan. masing-masing nak kenal hati budi masing-masing right?

tapi, yang pasti kalau kita nak menuju ke jalan yang betul, insyallah, Allah buka jalan untuk kita.

6 comments:

  1. wa dear, dugaan tu..jgn time nikah kenduri kawin plak sama..tak pun,korg dua duduk 1 pelamin..jgn dear..:)

    ReplyDelete
  2. gaduh kecik tu biasa la <--- pasni kita buat gaduh stail WWE nak? stail tarik2 rambut.. ahaha

    ReplyDelete
  3. @Cik Puan Tecik

    isk2 jangan lah, tu lepas ni buat kenduri kat dewan pulak. senang cerita

    ReplyDelete
  4. @ScHaN ®

    hamboiii, xmo la, nanti i kalah...

    ReplyDelete
  5. hurm nur doakan kekal hingga jinjang pelamin yaa insyallah moga bahagia slaloo yaa

    ReplyDelete
  6. kalau ingat-ingat balik gerun sebab mak aku siap dah cakap, kenapa lah tak bagitau awal-awal, boleh lah kitorang adjust mana patut, tukar tarikh ke apa kan. orang tu patut bincang dengan kami. khemah kitorang langsung tak lalu depan rumah dia. DUGAAN! inilah masalahnya kalau duduk area rumah taman.

    ReplyDelete