Dapat kerja lain tapi..

Last week aku dapat offer kerja. Akhirnya, setelah 2 kali pergi interview, tapi aku tolak dengan cara baik. Sebab? Jauh noks nak travel dari shah alam ke kuchai lama. Tempat jem sangat! Kerja best sebab berkaitan dengan software civil engineering. So far staff dia pun baik. Before this office dia kat kelana jaya. Dekat sikit kalau nak travel. Ni dah jauh ke sana, baik aku stay kat sini.

Kuat lagi jodoh dengan company ni. Tak apalah, mana tau ada rezeki yang lebih baik. Insyallah.

Kalau pas kawin nak duduk area puncak alam, lagi makin jauh! Niat aku, stay jelah kat shah alam sampai mak aku pencen. Tak lama dah! Tahun depan awal bulan 1. Yelah, selama ni aku dengan mak aku kongsi kereta pergi kerja sama-sama.

Oh! STRESS nak exam sabtu ni! Ya Allah! Bantulah hambaMU ni!
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment