b2b selangor & Selamat berpuasa

diam tak diam dah nak masuk bulan 8. cemas! rasa pantas sangat masa berlalu. tak sempat nak bernafas. Insyallah Isnin ni kita akan mula berpuasa. so tahun ni tahun pertama aku berpuasa sebagai status tunangan orang. insyallah juga, mungkin tahun depan tukar status pula. selamat berpuasa semua! semoga kita dapat hayati, penuhi, lalui bulan ramadhan sehingga selesai.

kepada b2b dari selangor, termasuk aku ler sekali. meh meh amik banner ni. saja nak meramaikan majlis. yang ni pun aku dapat dari google je. kredit untuk tuan punya banner ni.


lepas raya la baru tangan aku gatal nak cerita pasal wed preparation. yelah, masih awal lagi kot aku rasa. kitorang plan pun semuanya akan start lepas raya. insyallah. sekarang banyak survey idea nak buat DIY. rasanya cerita pasal engagement hari tu dah habis kot. kalau aku teringat part mana yang tak cerita, nanti aku tulis lah.

Veil -sold out

salam

rasa macam nak bagi sewa veil. harga berpatutan. kalau siapa nak beli pun boleh. aku tak kisah, mana-mana yang datang dulu. kualiti memang dijamin. net & lace beli kat jakel. ada jahit manik jugak. warna peach for net. lace dark peach. siapa yang berminat boleh email di....


triolicious [at] gmail.com

sold out!!

Link
material: soft peach net / dark peach lace + manik & pearls
potongan: D shape
Paras: Pinggang
*negotiable

nak baca kisah pasal veil. klik sini

Dapat kerja lain tapi..

Last week aku dapat offer kerja. Akhirnya, setelah 2 kali pergi interview, tapi aku tolak dengan cara baik. Sebab? Jauh noks nak travel dari shah alam ke kuchai lama. Tempat jem sangat! Kerja best sebab berkaitan dengan software civil engineering. So far staff dia pun baik. Before this office dia kat kelana jaya. Dekat sikit kalau nak travel. Ni dah jauh ke sana, baik aku stay kat sini.

Kuat lagi jodoh dengan company ni. Tak apalah, mana tau ada rezeki yang lebih baik. Insyallah.

Kalau pas kawin nak duduk area puncak alam, lagi makin jauh! Niat aku, stay jelah kat shah alam sampai mak aku pencen. Tak lama dah! Tahun depan awal bulan 1. Yelah, selama ni aku dengan mak aku kongsi kereta pergi kerja sama-sama.

Oh! STRESS nak exam sabtu ni! Ya Allah! Bantulah hambaMU ni!
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Punah harapan!

Aku baru je beli ikan ni kat pasar stadium pagi semalam. Balik dari tengok wayang malam tadi dah mati!! FRUST GILERR! RIP upin & ipin (T_T)

Huwa! Sedey! Berkabung 1 minggu tak mau makan ikan! Tensen ah macam ni! Ni semua elang punya pasal! Habis ikan aku terkejut. Elang panjat-panjat bekas dia!

Naseb baik tak beli balang baru!

Mama suruh ganti dengan ikan puyu je! Tapi ikan puyu tak cantik macam upin ipin along! ;(
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

dugaan alam pertunangan

today..



3 month, 3 week, 3 day bergelar tunangan orang. laa, baru 3 bulan, pesal rasa macam 3 tahun. HA-HA. bercinta rasanya dah 10 bulan. kenal nak masuk 4 tahun dah. tu belum tolak campur lost contact. harap akan berterusan ke alam rumahtangga seterusnya sampailah ke akhir hayat. AMIN!

sebenarnya aku tengah stress tahap gaban ni. tengah duk study dan struggle for this upcoming exam. susah nak mampus! (T_T) soalan simple tapi dah tinggal dekat 10 tahun mana haku nak ingat! so kenalah study balik jadi budak sekolah. i like!

aku nak cerita pasal dugaan bertunang. yelah, orang tua-tua ada cakap, masa tunangan ni macam-macam lah dugaan yang datang. menguji kesabaran untuk pasangan. terpulang dengan cara bagaimana kita nak handle dugaan tu.

untuk kes aku ni, sebelum bertunang dugaan yang dasyat aku dah kena. aku nyaris-nyaris TAK JADI nak tunang sebab ada 1 hamba allah selang dua rumah dari aku KEBETULAN buat kenduri tarikh lebih kurang sama dengan aku. hah? mau tak hangin! yelah, dia buat kenduri kat rumah, confrim-confrim pasang khemah, confrim-confrim khemah lalu depan rumah aku. habis tu, khemah aku nak letak mana? haru tak?

jiran ni pula jenis keras kepala badget bagus sebab kad baru edar hari isnin, kenduri sabtu, tak sampai seminggu baru nak hantar kad. macam harem! itupun lepas tengok rumah aku ada buat renovation, takut-takut dia tak boleh pasang khemah kan.

start dari jiran tu bagi kad, terus mak aku cakap, risau takut kenduri aku tak jadi. kang malu dengan rombongan pihak laki. takut dorang cakap apa lak kan? yelah, kenduri anak first kot. terus dah patah semangat. setiap hari mak aku cakap 'tak seronok dah nak buat kenduri macam ni' baru nak syok-syok sebab nak jadi tunang orang. lepas dah jadi kes ni, terus planning kitorang yang smooth tu dah jadi lintang pukang. bagitahu balik kat orang khemah kitorang cerita sebenar. dekat 3 4 kali gak dia datang nak adjust dan bincang nak solve balik masalah yang timbul. tukang khemah pun pening kepala, sebab kesian yang kitorang time tu. hilang seri kejap rumah tu. huh

memang teruk gak berperang. hari kenduri dia hujan dengan lebat. time kenduri dia lah, rumah aku sibuk keluar masuk. aku siap pergi amik cakes usung bawa masuk rumah. sedara mara datang dari jauh redah je bawak beg baju. siap dorang teruja ingat kenduri aku grand. haha

mula-mula jiran tu suruh guna khemah dia je, tapi mak aku berkeras nak guna khemah sendiri. lepas kitorang boikot, bising-bising, habis kenduri dia, malam sabtu terus khemah depan rumah aku kena cabut. kebetulan orang pelamin datang naik lori khemah dah tak ada, senang masuk. mak aku terus call orang khemah kitorang, dia janji nak datang pagi time kenduri tu untuk pasang khemah. dan alhamdulilah, majlis kitorang pun berjalan lancar. amik gambar outdoor pun cantik sebab langit cerah.

oh that day juga, ada khemah dia tak habis pasang, semua tetamu ingat kenduri aku grand gila sebab pasang khemah sampai hujung jalan. haha. sengal di situ.

kalau ingat-ingat balik gerun sebab mak aku siap dah cakap, kenapa lah tak bagitau awal-awal, boleh lah kitorang adjust mana patut, tukar tarikh ke apa kan. orang tu patut bincang dengan kami. khemah kitorang langsung tak lalu depan rumah dia. DUGAAN! inilah masalahnya kalau duduk area rumah taman.

so far lepas dah bertunang ni, rasanya still boleh tempuh lah dugaan yang kecik-kecik. alhamdulilah. gaduh sikit-sikit tu adat lah kan. masing-masing nak kenal hati budi masing-masing right?

tapi, yang pasti kalau kita nak menuju ke jalan yang betul, insyallah, Allah buka jalan untuk kita.

Exam Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) Gred M41 2011


mesti ramai yang ada apply dah dapat panggilan untuk seat exam ni or still ada yang tertunggu-tunggu surat panggilan untuk peperiksaan PTD yang akan berlangsung pada 16 julai 2011 nanti. syukur kepada siapa yang berjaya menempatkan diri ke langkah pertama sebelum bergelar PTD. kalau berjaya, boleh lah ke next step iaitu program assessment centre (PAC).

sebenarnya, ramai yang cakap exam ni susah gila! yelah, soalan banyak, ada 5 seksyen. masa memang sangat terhad. soalan pulak kebanyakan pasal isu semasa luar negara amnya dan juga dalam negara kita sendiri. lebih kepada soalan SPM la kot. lepas tu ada soalan a,b,c dan juga soalan esei dalam bahasa melayu dan english.

Exam PTD ni ada 1 bahagian yang dibahagikan kepada 5 seksyen iaitu:
--> seksyen A - Pengetahuan Am mengenai Malaysia dan Alam Sekeliling
--> seksyen B - Daya Menyelesaikan Masalah
--> seksyen C - Pengertian dan Kefahaman terhadap Esei-esei
--> seksyen D - Esei bahasa Melayu
--> seksyen E - Esei bahasa Inggeris

so, aku nak ucapkan tahniah lah kat siapa yang dapat panggilan tu. kena study betul-betul. Insyallah ada rezeki boleh masuk ke next step.
Link
oh, untuk calon exam tu, mana tau tercari-cari buku mengenai PTD atau soalan PTD (soalan PTD adalah rahsia, mungkin dapat mirip-mirip soalan pun jadilah, supaya kita tak stress nanti bila tengok soalan) boleh la singgah kat sini

so pada siapa yang tak tahu apa tu PTD, boleh baca penerangan kat sini.

dengar cerita, tahun ni batch PTD dibuka sekali saja. sebelum ni 2 3 kali batch kena panggil. oh! PTD kena apply thru SPA juga ye? so GOOD LUCK!

hasil tangkapan dari budak tak pro...

alalala, bila tengok orang lain pro edit gambar aku pun nak join, tapi tak jadi. haritu, saja jalan-jalan jenguk blog kawan-kawan, singgah kat blog adik ini, lama tak teguran macam dulu-dulu ye dik? sizuka-world-of-life student malaysia yang ada kat NZ. pandai betul la amik gambar, aku ni nak sangat belajar amik angle gambar yang cantik-cantik. pastu edit guna photoscape saja. aku ni takat nak edit gambar shawl basic pandailah. kalau nak bermain dengan warna terus fail (T_T) sekarang angan-angan nak rembat dslr sebiji untuk majlis. kat rumah dah ada sebiji, tapi malas gila nak try, HA-HA

ni picture hasil dari tangkapan kat area putrajaya hari tu. ada gambar raw dan edit.












ah! terus jatuh cinta dengan camera ini, best gila wooo! panas hati je tengok mama yang rembat. huhu

Beribu Sesalan



Ku susuri malam ini
Yang tidak berbintang sunyi sepi
Juga rembulan dah menghilang
Dalam kelam ku sendiri

Ku mencari hembus bayu
Yang selalu berbisik madah rindu
Kini membisu dalam sayu
Tidak ku temu suaramu

Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu

Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini diiringi
Kisah janji dimungkiri lagi

Sia-sia ku
Mencintaimu
Setia padamu
Percayakanmu

Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu

Beribu sesalanku

by: Ning Baizura, Shila Amzah, Jaclyn Victor


ubah entri, mesti boring cerita sama. mari layan lagu ini beramai-ramai. lagu ni sangat banyak syok! jenuh nak download. rupa-rupanya, salah tajuk *erk! on the way! jumpa dah! boleh dengar banyak kali.