Review E day: Baju Tunang

salam.

bersambung dalam entri yang dah banyak kali tertangguh. kali ni aku nak cerita perihal baju tunang pulak. baju tunang aku ni tempah kat tailor je. tak mampu nak pakai designer (T_T) tapi alhamdulilah, berjaya juga siap berpandukan dengan gambar yang aku print then bagi kat tukang jahit. masa nak tunggu baju siap, memang cuak tak hingat! aku risau je baju tu tak jadi seperti yang aku bayangkan. nak dijadikan cuak lagi, tinggal tak sampai sebulan lagi, baju aku tak siap-siap. tailor cakap siap tengah bulan 2, aku mesej akak tu, tak berjawab. last-last ajak mak aku pergi kedai dia, orang tu cakap tailor aku tuh dah tak kerja sana. peh! mana tak lagi cuak. mak aku dah bising-bising. aku terpaksa remain cool lagi. dalam hati siapa lah yang tahu kan?


akhirnya, baju selamat tiba kat rumah aku, test! nasib baik ok, but longgar sikit sebab kain chiffon tu memang tak leh cucui biasa. hantar dry cleaning. selepas dekat 1 minggu bersengkang mata nak siapkan jahit manik, baru hantar dry cleaning area rumah. lepas dry cleaning baru fit sikit. yang pastinya, hantar dry cleaning pun kecut sikit.


oh, kain dia aku beli kat jakel. 4 meter plain chiffon bidang 60, 4 meter satin. so dapatlah impian aku nak buat berombak-ombak sikit tang kain dia. tu pun puas survey dan tanya orang yang pernah buat design kain macam tu. design baju kurung moden saja. harga kain + tailor +manik jahit sendiri, lebih kurang RMxxx gak lah. tak sampai lah harga ribu-riban. very affordable for me as orang yang baru kerja time tu kan? komen?? sangat puas hati! terfikir baju tu aku nak pakai balik bila ye?

nampak tak ombak-ombak tu?

alamak, tak jelas pulak!

yang ni ok kot, kain berombak + design manik pearl

right now, nak hantar baju kat tailor sama mungkin tak lah kot, sebab dah tak ada kedai. so still hantar kat kedai sama but owner lain dah. haritu dah tanya harga untuk jahit baju nikah. material still chiffon, but chiffon beaded. nak buat design apa ye yang tengah in sekarang?

6 comments:

  1. wahhhh berbaloi lah kan.hehe.xsbr nk tggu cik epa kawin.nk tgk bajuuuu :P

    ReplyDelete
  2. @sizuka[Izzati]

    huhu, doa2kan lah, ni tengah survey nak buat design ape pulak ye?

    ReplyDelete
  3. hurm baju cantik and nice jer suka la :)
    boleh tak curik cikit idea hehehe :)

    ReplyDelete
  4. salam, nak tanya, untuk kain tu,guna kan berapa meter ye? berminat nk wat kain camtu,tapi tak tau kene gune berapa meter....

    emel sy ye : nisadawi88@gmail.com

    ReplyDelete