Vendor yang marvellous; Videographer dan Gamelan. Haruslah meronta-ronta nak book!



skip dulu cerita tertangguh pasal preparation pertunangan tempoh hari, walaupun dah berbasi. haha! untuk preparation wedding, benda yang selalu aku survey adalah videographer. banyak jugaklah dengan masing-masing ada special offer. kalau pergi pameran pengantin pun, benda 1st aku carik videographer. Yang ini aku suggest lah untuk b2b yang masih mencari-cari diantaranya:

1) Wira Visual (so far paling best di antara best!! confrim nak book tapi date masih tak finalize)
2) Myshots Wedding
3) Tupaitv (recommended by my friend, tak usha lagi price dia)
4) Krulmatric





aku ni memang seorang yang cukup suka warisan melayu terutama songket! mungkin sanding nak pakai songket lah! tapi kalau jumpa baju yang lagi menarik, confrim tak jadi. oh, aku juga sangat sukakan gamelan. teringin nak belajar main. rasa macam relex je. dulu selalu nampak orang main gamelan untuk event. teringin sangat-sangat nak ada gamelan for my evet but mesti mahal giler (T_T) kalau ada orang sponsor pun manyak syok! kebetulan pergi pameran pengantin kat selayang mall hari tu, nampak booth gamelan. tapi orang tak ada pulak. so rembat kad saja. cari dalam facebook terus mesej tanya price. memang price dia antara yang termurah kat malaysia RM1xxx dah siap dengan kompang. agak-agak leh bagi silat free juga tak? Vendor: Adunan Gamelan Irama Melayu

teruja tak? aku sangat teruja! memang nak book awal kalau ikut hati aku ni.

Review E day: DIY Veil


haha. ye, aku sedar, dah banyak entri pasal engagement preparation tertangguh. now, mood tengah ada its better to do so. right now, before puasa, kat office sangat busy dengan 3 tender yang nak kena submitted within short period. enough there!

DIY veil timbul selepas aku usha punya usha tengok dah ramai sangat b2b lain buat veil. lagipun, hari tu aku dah sempat usha veil area alam sentral dan semua house, tapi tak ada design yang aku nak! (T_T) sadis okay! yang murah tapi design, erk! incik bf (untuk masa tu lah kan?) pun cakap tak lawa langsung. aku pun gagahkan kembali ke jakel dengan mak aku yang masa tu lagi 30 minit nak tutup, jumpa lah kain net warna peach. tapi kain ni macam keras sikit lah, yang mahal sikit tak ada warna pulak!

belek punya belek nak cari kain lace untuk buat patch lace kat veil tu. ramai yang suggest guna border lace. tapi harga mak datuk RM1xx semeter. pengsan! so guna lace biasa sudah yang ada border kat hujung dia. amik 1/2 meter je bajet cukup lah untuk 1 meter kain net, rupa-rupanya besok aku kena kembali untuk rembat lagi 1/2 meter baru puas hati. bunga dia jenis sebiji-sebiji, aku potong then tampal keliling untuk jadikan border sendiri. jahit manik untuk bagi kain net tu jatuh elok.




kos untuk veil aku tu, 1 meter net dan 1 meter lace tak sampai RM1xx. murah kan? of course lah, marilah diy ramai-ramai! lagi puas hati sebab apat design yang kita nak sangat-sangat.

harituh, masa jalan-jalan area jalan tar, jumpa kedai borong pengantin. jumpa kain net yang sangat lembut. semeter RM10 ++ je. (T_T) nangis wei! azam nak buat veil nikah confrim beli net kat situ!

Review E day: Baju Tunang

salam.

bersambung dalam entri yang dah banyak kali tertangguh. kali ni aku nak cerita perihal baju tunang pulak. baju tunang aku ni tempah kat tailor je. tak mampu nak pakai designer (T_T) tapi alhamdulilah, berjaya juga siap berpandukan dengan gambar yang aku print then bagi kat tukang jahit. masa nak tunggu baju siap, memang cuak tak hingat! aku risau je baju tu tak jadi seperti yang aku bayangkan. nak dijadikan cuak lagi, tinggal tak sampai sebulan lagi, baju aku tak siap-siap. tailor cakap siap tengah bulan 2, aku mesej akak tu, tak berjawab. last-last ajak mak aku pergi kedai dia, orang tu cakap tailor aku tuh dah tak kerja sana. peh! mana tak lagi cuak. mak aku dah bising-bising. aku terpaksa remain cool lagi. dalam hati siapa lah yang tahu kan?


akhirnya, baju selamat tiba kat rumah aku, test! nasib baik ok, but longgar sikit sebab kain chiffon tu memang tak leh cucui biasa. hantar dry cleaning. selepas dekat 1 minggu bersengkang mata nak siapkan jahit manik, baru hantar dry cleaning area rumah. lepas dry cleaning baru fit sikit. yang pastinya, hantar dry cleaning pun kecut sikit.


oh, kain dia aku beli kat jakel. 4 meter plain chiffon bidang 60, 4 meter satin. so dapatlah impian aku nak buat berombak-ombak sikit tang kain dia. tu pun puas survey dan tanya orang yang pernah buat design kain macam tu. design baju kurung moden saja. harga kain + tailor +manik jahit sendiri, lebih kurang RMxxx gak lah. tak sampai lah harga ribu-riban. very affordable for me as orang yang baru kerja time tu kan? komen?? sangat puas hati! terfikir baju tu aku nak pakai balik bila ye?

nampak tak ombak-ombak tu?

alamak, tak jelas pulak!

yang ni ok kot, kain berombak + design manik pearl

right now, nak hantar baju kat tailor sama mungkin tak lah kot, sebab dah tak ada kedai. so still hantar kat kedai sama but owner lain dah. haritu dah tanya harga untuk jahit baju nikah. material still chiffon, but chiffon beaded. nak buat design apa ye yang tengah in sekarang?

Wedding Checklist: 12 month sebelum majlis



Venue

Nikah *Pending
Sanding *Done
Tandang *Done





Date

Nikah *Done
Sanding *Done
Tandang *Done





Survey

Bridal Package *Done
Official Photographer *Done
MUA*Done




List of Hantaran *Done




Mas Kahwin *Done



Updated: 19 January 2012

i'm 26 today! Syukur!

Happy Birthday to me!!!
yeay! syukur! alhamdulilah. besday bersama family & tunang tersayang! ahaks!

i'm 26 & fabulous!!!

Demam Nora elena

Akhir! Sudah ku temu dengan novel ni! Asyik habis je! Laris macam goreng pisang panas! Berkat ceri beri dah 2 hari! Adoi! ;p
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Untuk beliau

Baik! Saya janji tidak akan melakukan aksi sedemikian lagi! *tangan kat bahu, mata pandang atas

Haha! Silalah terima hakikat yang saya seorang yang suka makan! Jadi anda haruslah berubah jadi macam tu :p

Serius? Masa 3tahun lepas anda taff? Macam tak percaya?!
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone