Review E day: Barang Hantaran Perempuan + Lelaki

Assalamualaikum WBT

akhirnya, baru nak review barang hantaran. maaf ambil masa yang agak lama untuk buat sambungan review. kerja kat office banyak giler, nak-nak masa tu sorang diri kena handle 3 tender. tensen mak datuk! sekarang baru clear water no buaya ;p

tema hantaran dari pihak perempuan ke pihak lelaki; merah + putih.

tema hantaran dari pihak lelaki ke pihak perempuan; hitam + putih.

hantaran aku, mak aku yang banyak deco. aku hanya tengok dan perati dan komen sikit-skit. malas nak usik. biasalah, mak mak yang pandai dan kreatif. tangan keras pulak time tu.


Ni Hantaran dari Pihak Perempuan ke Pihak Lelaki

Sirih Junjung (deco by kawan opis mama)

Kain Nikah (kain chiffon + sampin beli kat jakel)

Mini Cakes + Cupcakes (mutiara cupcakes)

Potpuri (kedai 5 ringgit tapi get it for free sebab redeem point)

Manisan / Gula-Gula

Kuih Tradisional (inport dari kampung)

Buah-Buahan

hantaran ni semua mak aku yang gubah. rasanya dalam beratus gak habis untuk deco, bekas-bekas, riben, bla bla bla. semuanya beli kat nilai 3. sebenarnya aku nak polisterin bentuk lain. tapi dah habis. so lepas ni, kalau aku jumpa bentuk tu, confrim aku rembat terus. tak mau dah lambat, nanti menyesal!

Ni pulak hantaran dari pihak lelaki ke pihak perempuan

Cincin

Sirih Junjung

Kain Nikah (chiffon beaded sama rembat kat jakel jugak)

Buah-Buahan

Cake

hantaran sebelah incik tunang, aku tak tau lah berabis berapa banyak. pergi tanya dia sendiri. huhu

next review.... pe ye? yang korang nak tau?

No comments:

Post a Comment