Review E day: Pelamin + Makeup

Assalamualaikum dan hai

akhirnya, entri kali ni aku nak bercerita pasal pelamin dan makeup masa majlis pertunangan aku tempoh hari. oklah, malas nak panjang-panjang mukadimah, so straight to the point lah kan?

aku start survey untuk package pelamin dan makeup sebab aku cadang nak buat sendiri baju. konon-konon ada sentimental value lah. hehe. kebetulan, masa bulan januari 2011 harituh ada pameran pengantin kat stadium shah alam. aku pun mengendeng-ngendeng kat mak aku ajak pergilah survey, kot-kot ada yang berkenan di hati.

masuk dalam stadium, memang best lah event, sebab boleh makan free! banyak test food. mak aku syok pergi test food. sampai dah sangkut kat 1 vendor ni, tapi alih-alih tak jadi sebab vendor tuh agak jauh dan risau nanti makanan dah tak panas. tak syok ah!

1 hall aku pusing-pusing, banyak yang cantik-cantik tapi tak masuk dalam budget aku. harga yang within my budget tapi simple gila. tak berbaloi. mak aku dah nak sibuk balik, aku sempat singgah 1 booth, usha punya usha, harga memang within my budget, tapi package dia baju + makeup, aku nak pelamin + makeup + aksesori, last-last akak tuh kasi tukar. dia suruh booked date sekarang sebab time tuh ada promotion diskaun 5% mama pun suruh booked je terus, senang, tak payah nak fikir apa-apa dah kan? aku booked just rm50 je untuk block date. risau sebab date aku tuh cuti sekolah, for sure ramai yang kahwin. kesimpulan, untuk set time nikah, aku tak mahu nak amik time cuti sekolah. mahal + terpaksa berebut tarikh + risau orang kurang datang kenduri. rugi tu!

aku amik dengan Idaman Jelita. butik kat banting & shah alam. so far memang aku puas hati lah. pelamin cantik. ramai yang puji. kemungkinan untuk majlis besar amik dengan dorang jelah. senang.

pelamin datang pasang masa sabtu malam. tu pun lepas tunda-tunda sebab depan rumah aku ada kenduri kawen jiran yang bagitahu last minit. ngok! nanti story halangan-halangan yang ada sebelum event.

pelamin aku merah hati + cream. ala-ala english style sikit. pelamin package je. pakai bunga artificial sudah. tunang je kot.

pelamin siap di pasang

masa majlis

so kalau sesiapa nak tanya pasal package yang butik Idaman Jelita sediakan, boleh jenguk kat blog dia, or fanpage, tanya terus kat kak zaa, pemilik dia.


makeup pulak amik sekali dengan pelamin. price below RM1*** kalau bagitahu price pun mesti korang tak percaya. MUA mak aku mintak perempuan lah. malam sebelum majlis sms tanya kak zaa siapa yang datang makeupkan aku. ini penting, kita kena pastikan betul-betul dan cerita aturcara majlis kita.

akak yang makeupkan aku namanya kak zie. memang superb lah kak zie ni makeup. lain terus muka, walaupun buat natural makeup je. sangat-sangat puas hati. selidik punya selidik, kak zie ni memang makeup artis lah. dia tak cukur langsung kening aku. conteng-conteng je. terus lawa! hehe

confrim nikah nanti booked kak zie lagi sekali. puas hati!

tempek makeup session

see?? aku memang suka dengan makeup aku

oh, aku pakai lens beli dari Hertz Shop. tuan punya nama cik hajar. sangat sopan santun dan baik orangnya. lens warna Grey.

Blog Hertz Shop

Insyallah nanti nikah, efa order lagi lens dengan hajar.

syukur sangat-sangat sebab majlis berjalan lancar walaupun banyak dugaan sebelum majlis. lepas ni aku akan buat banyak review tentang majlis tunang aku. tunggu!

3 comments:

  1. Replies
    1. beli kat ariani saja. lepas tu jahit manik sendiri :)

      Delete
  2. Great post. I was checking constantly this blog and I am impressed!
    Very useful information specially the last part :) I care for such info much.
    I was looking for this particular information for a long time.
    Thank you and best of luck.

    my web-site ... Ranger Forum

    ReplyDelete