Majalah Mangga umpama majalah playboy versi malaysia, patut diboikot, pihak berkuasa sila pantau!

dulu masa aku sekolah, aku merupakan salah seorang peminat majalah mangga. memang syok ah, tapi sejak-sejak aku tengok makin lama makin banyak gambar posing dalam kolam, buat aku terfikir, kesian artis-artis dipergunakan macam tu, semata-mata nak naikkan populariti. please! sangat low class, otak kat kepala lutut. aku ingat dah diharamkan majalah ni, rupa-rupanya, ada lagi. masih tak berubah!

eh, tolonglah, banyak lagi tempat nak ambil gambar, perlu ke daring-daring, tunjuk lurah sana, lurah sini, tertonggeng-tonggeng, tukang amik gambar yang kenyang, stim sorang-sorang. motip! buat malu kaum je!

tak payahlah kasi alasan photographer suruh! kau ada otak, boleh fikir mana baik mana buruk!

majalah ni memang hanya nak lariskan produk tapi dengan cara kotor.

sepatutnya pihak berkuasa nampak isu ni, dah lama sangat. dari aku sekolah. tak ada kesudahan! majalah mangga majalah playboy versi malaysia!

kesian pada kau! nasihat; tolonglah artis malaysia jadi artis yang berilmu, walaupun belajar setakat SPM

terus teringat kata-kata wardina. hurm....

sumber: beautifulnara

3 comments:

  1. "otak kat kepala lutut"
    cam kenal je ayat tu.. motip???? ahahaha

    ReplyDelete
  2. kannnn....choiii sgt ini mag....:p

    ReplyDelete
  3. mekap huduh....!
    wakakaka

    eh? ct nurhaliza dulu ade posing2 dalam kolam tak?
    tak berani derr... silap2 ayie campak photographer masuk kolam.

    ReplyDelete