DIY Project No 2 ---> Paper Bag

السلام عليكم

entri kali ini nak cerita pasal projek diy aku. klik sini untuk nak tahu project diy no 1 aku iaitu handbouquet

ala kisahnya, memula aku ingat nak beli je paper bag untuk letak goodies untuk siapa yang datang majlis aku ni. kira punya kira punya kira, agak mahal jugaklah sebab paper bag dalam 10 keping harga dalam RM3.50 (untuk kedai area rumah aku lah) tapi ikut plan asal, memang plan untuk buat diy paper bag ni masuk dalam plan no 2 incase paper bag tak menepati ciri-ciri yang aku nak. maaf aku seorang yang agak particular terutama majlis or tugas aku.

last-last aku terfikir better buat sendiri sebab bukan banyak pun, dalam 100 paper bag pun dah cukup. lagipun barang hantaran dah siap gubah. so aku punya masa yang banyak untuk buat. 114 paper bag memang aku buat sendiri, potong, cari contoh yang sesuai, trial and error memang banyak. akhirnya aku sendiri puas hati. dah boleh cut cost.

beli 100 keping pembalut hadiah kat mydin baru RM14. terbeli 200, sangat membazir sebab pembalut hadiah tuh aku potong 4. lepas tu pergi buat sticker untuk 200 keping baru RM30.00 untuk tampal kat paper bag. contoh paper bag boleh google sendiri kat internet. senang je kerja sekarang.

sticker

gambar di cilok dari eyra zahira

aku sangat suka dengan paper bag aku. ikut tema kaler merah. corak songket. i love songket so much! khazanah yang memang aku kagumi sangat-sangat.

3 comments:

  1. sticker lebey buleh bt tampal kat dinding,tiang-tiang..~ala2 along.. ahaha..

    ReplyDelete
  2. @ScHaN ®

    hah, memang, pastu letak no tepon kan kan kan ;p

    ReplyDelete
  3. santek paper bag anda....nt nk tnya mane beli....kuikui

    ReplyDelete