update, update dan update

aku busy, aku busy..

untuk 1 minggu ni. ada 2 upcoming tender yang perlu disetel

nanti kita buat sambungan review preparation tunang.

khamis ni nak pergi interview. akhirnya! setelah 10 kali hantar resume baru 1st time kena panggil.

nak prepare pasal interview lagi. oh, barang kat triolicious enterprise dah amik, akan diupdate sedikit demi sedikit.

oklah, nak sambung taip BQ. langau ni menganggu konsentrasi aku saja.

perlukah aku buat macam kat gambar atas ni. hehe

wish me good luck guys! cuak ni! harap-harap ada rezeki aku

gambar majlis tunang dari kawan-kawan, sila jangan muntah ;p

salam.

mula-mula ingat nak cerita pasal diy, tapi malas pulak nak karang. so kesimpulan, aku nak tempek gambar jela, semua pic ni dari kamera aku sikit, kamera kawan banyak. sebab apa sikit aku punya? sebab adik-adik semua malas nak amik gambar, mentang-mentang dah upah OP. ceh~

ramai kan orang? kaum kerabat incik tunang je. belum campur sepupu sepapat abah yang berlambak kat kl ni.

with my bakal mak mertua. cuak seh. tengok gigih kan OP aku bersama cik tunang beliau merangkap kawan kat kliuc

baju ku, oh, nanti nak cerita pasal baju lah

all the hantaran. eh cukup ke? try kira, 5 balas 7

with my dak demok

dengan my gf, sayang mereka ketat-ketat

edit by cik hour

ye! kami tak boleh jumpa kamera. akan jadi gila ;p


next entri baru aku nak cerita peristiwa disebalik majlis aku ni. sekarang idea tak ada. blur kejap.

oh, besok cuti nak pergi putrajaya, selesaikan satu misi. misi terlampau. hahaha.

solution for bride2be out there! sembunyikan spare tyre anda



for those b2b kat luar sana, if nak tutup segala 'spare tyre' yang ada kat badan tu boleh cube spanx ni.

haha, padahal entri ini nak tuju kat diri sendiri. harituh masa tunang tak sempat nak guna. untuk kawen nanti, kompom aku rembat seketul.


boleh pre-order kat blog sini
Link
klik sini


wajib rembat ni, kang tak pasal-pasal, banyak mata yang duk pandang-pandang, jeling-jeling semacam. biasalah manusia :)

kau orang tak percaya, aku lagi tak percaya

apa? dah jadi tunang orang?

ramai yang tak percaya

aku pun tak percaya jadi tunang orang dah

ye sebab aku tau dulu aku ligat. hehehe

doakan yang terbaik ye?

kemungkinan blog ini akan jadi coretan preparation ke arah tu

epa sila jadi matang, dah nak jadi mak budak dah. hahaha

terima kasih semua yang terlibat!!

to mr fiance... terima kasih atas segalanya :)

DIY Project No 2 ---> Paper Bag

السلام عليكم

entri kali ini nak cerita pasal projek diy aku. klik sini untuk nak tahu project diy no 1 aku iaitu handbouquet

ala kisahnya, memula aku ingat nak beli je paper bag untuk letak goodies untuk siapa yang datang majlis aku ni. kira punya kira punya kira, agak mahal jugaklah sebab paper bag dalam 10 keping harga dalam RM3.50 (untuk kedai area rumah aku lah) tapi ikut plan asal, memang plan untuk buat diy paper bag ni masuk dalam plan no 2 incase paper bag tak menepati ciri-ciri yang aku nak. maaf aku seorang yang agak particular terutama majlis or tugas aku.

last-last aku terfikir better buat sendiri sebab bukan banyak pun, dalam 100 paper bag pun dah cukup. lagipun barang hantaran dah siap gubah. so aku punya masa yang banyak untuk buat. 114 paper bag memang aku buat sendiri, potong, cari contoh yang sesuai, trial and error memang banyak. akhirnya aku sendiri puas hati. dah boleh cut cost.

beli 100 keping pembalut hadiah kat mydin baru RM14. terbeli 200, sangat membazir sebab pembalut hadiah tuh aku potong 4. lepas tu pergi buat sticker untuk 200 keping baru RM30.00 untuk tampal kat paper bag. contoh paper bag boleh google sendiri kat internet. senang je kerja sekarang.

sticker

gambar di cilok dari eyra zahira

aku sangat suka dengan paper bag aku. ikut tema kaler merah. corak songket. i love songket so much! khazanah yang memang aku kagumi sangat-sangat.

Majlis dah selesai, Alhamdulilah, saya tunang orang :)



gambar lain akan diupload kemudian. gambar tak banyak. kena tunggu dari OP lagi 3 minggu! nak update projek DIY sekali. step by step ye?


terkilan, gambar sendiri amik dengan incik tunang tak de lak... marah beliau ;) kenalah tunggu dari kawan-kawan, kot-kot ada...

MC

kondisi demam + batuk + tekak gatal = dapat MC

tapi banyak kerja belum settle!

walaupun cuti, kena buat juga sikit-sikit

hujan dari pagi.

harap semuanya okay ahad ini

cuaca cerah + badan sehat

doa-doakanlah ye?

Majalah Mangga umpama majalah playboy versi malaysia, patut diboikot, pihak berkuasa sila pantau!

dulu masa aku sekolah, aku merupakan salah seorang peminat majalah mangga. memang syok ah, tapi sejak-sejak aku tengok makin lama makin banyak gambar posing dalam kolam, buat aku terfikir, kesian artis-artis dipergunakan macam tu, semata-mata nak naikkan populariti. please! sangat low class, otak kat kepala lutut. aku ingat dah diharamkan majalah ni, rupa-rupanya, ada lagi. masih tak berubah!

eh, tolonglah, banyak lagi tempat nak ambil gambar, perlu ke daring-daring, tunjuk lurah sana, lurah sini, tertonggeng-tonggeng, tukang amik gambar yang kenyang, stim sorang-sorang. motip! buat malu kaum je!

tak payahlah kasi alasan photographer suruh! kau ada otak, boleh fikir mana baik mana buruk!

majalah ni memang hanya nak lariskan produk tapi dengan cara kotor.

sepatutnya pihak berkuasa nampak isu ni, dah lama sangat. dari aku sekolah. tak ada kesudahan! majalah mangga majalah playboy versi malaysia!

kesian pada kau! nasihat; tolonglah artis malaysia jadi artis yang berilmu, walaupun belajar setakat SPM

terus teringat kata-kata wardina. hurm....

sumber: beautifulnara

kalau dah sombong tu, semua kerabat macam tu. huh!

haish, bila everything plan goes well, tiba-tiba saat genting, ada pulak masalah timbul! payah kalau membabitkan orang lain. orang yang rasa dialah yang berkuasa, dia lah bagus, padahal tak bagus pun.

buat sombong dari zaman tok kadok lagi.

inilah dinamakan dugaan.

darah manis kena kerumun dengan semut.


dia sabtu, aku ahad, apa masalahnya, cabut jelah. takkan nak tunggu minggu depan kot. gilakkk ini orang!

ah, serabut. sabar pa!

projek diy aku semua menjadi! insyallah akan di reveal minggu depan. tunggu!

makin nak dekat makin macam-macam kena


berita mutahir...


aku terkena food poisoning!!!

tapi still pergi office!!

tolong!!

minggu depan je wei!!