DIY Project No 1 ---> bunga tangan or handbouquet

salam.

menjelang 13 mac ni (opss, terbagitahu tarikh pulak ;p) aku ada projek DIY yang SANGAT banyak! tangan gatai nak buat sendiri. tadi siang kat office search DIY handbouquet a.k.a bunga tangan. pakej yang aku amik ni tak berapa sure ada bunga tangan or not. hurm, payah sangat, last-last aku rasa better aku buat sendiri. bukan susah pun.

presenting, my DIY handbouquet....

tadaa...

all you need:

1. beli lah bunga 3 tangkai, 1 tangkai tuh adalah dalam 4 or 5 kuntum. ikutlah warna apa yang mahu. harga 1 tangkai = rm2.00, 3 tangkai x rm2.00 = rm6.00

2. riben yang sangat besar!! 1 gulung = rm8.00

3. entah apa nama tape hijau yang orang guna balut dawai tu. lupa! 1 gulung = rm1.00

4. glu gun, gunting, pemotong dawai.

cara buat:

mula-mula potong semua bunga kasi lerai dari tangkai tu. buang daun-daun yang menyemak. kalau nak letak sekali pun boleh. ikut sajalah.

balut tangkai bunga dengan tape tu. bila dah setel, mulakan balut kuntum by kuntum dengan riben. supaya bunga tangan akan nampak besar.

susun bunga ikut kreativi korang. balut semua tangkai dengan riben. potong riben dan gam lebihan riben.

then korang buat lah ikatan riben yang sangat besar kat tangkai dia.

siap!!


next mission, DIY paper bag, lagi 100 paper bag. jahit manik kat baju pun tak settle lagi. banyaknya kerja!

7 comments:

  1. wah me like the diy bouquet! babe, pinjam gambar eh. nak letak dalam blog :)

    ReplyDelete
  2. ni baru keje2 majlis tunang... lom keje2 majlis kawin... hihihi

    ReplyDelete
  3. @aku yang tak femes

    hehe, tulah kerja kawen lagi banyak nak buat diy... seronok...wah pelan2 ;p

    ReplyDelete
  4. waahhh..cantik cantik..pandai jugak kak epa gubah yee..jimat sket belanja..hehee ;)

    ReplyDelete
  5. salam..melawat sini tgk D.I.Y
    dh follow..jemput2 k blog saya ye..:)
    salam perkenalan..

    ReplyDelete