akibat terlampau meronggeng semalaman

semalam pergi kenduri kawen incik shayang, eh, salah taip, kenduri kawen member baik incik shayang, malangnya sekeping gambar pun tak amik, semua kat kamera member dia.

but what a small world!

kebetulan, member baik dia punya bini member sekolah teknik aku. jumpa lah suku sakat masa kat muadzam shah, baru tau pengantin baru tu satu poli dengan dia.

memang terasa dunia itu kecil!


kesimpulan. badan sangat letih, pinggang aku sakit sebab semalam pakai heel 3 inci, ok, mak tak pernah noks pakai 3 inci lama-lama. laju je aku masuk kereta nak tukar pakai sandal.

berita baik, mesin jahit mak aku dah okay, setel kain langsir untuk bilik aku, AKU DAH PANDAI JAHIT LANGSIR!! nampak tak aku dah jadi anak dara mithali...

kau ada? tak ada kan? berlagak siot.

habib ke poh kong? cecite cecite...

nantilah aku story ye?

entri telah diedit pada 17 mac 2011. malas nak buat entri baru

Yes, everyone really can fly


yes!!

akhirnya berjaya booked flight pergi kota kinabalu, sabah bulan november ni. flight harga RM10 pergi, RM10 balik! haha. tak percaya kan? well! tapi lepas add up insurance + makan + charge beg + pilih seat + tax harga jadi RM70++

tapi korang kena ushakan sikit cari tarikh yang harga RM10 tu. selected je! line sangat panas macam goreng pisang panas.

hanya di AirAsia! Now Everyone Can Fly

next mission nak pergi buat pasport pergi Bandung. boleh carik barang kawen! ;p

ok! nak sambung buat paper bag!

diy veil, perlu or tak?

salam.

agak-agak sempat tak buat diy veil? kain net kat jakel berape ringgit ye? semalam pergi jalan tar nak survey veil, dalam semua house veil paras pinggang pun dah rm150++ kain keras, tak best sangat. area luar dia boleh dapat rm28-rm35, design memang sebiji design indon. tak lawa! kain lagik keras.

tapi mama ada selendang nikah dia, sangat cantik. tapi selendang la, buat veil pun boleh. berat la sikit tapi sangat cantik! haritu ada usha2 veil dalam blog, sewa baru rm50, cantik! payahlah nak decide! kalau nak diy pun senang, just beli kain net dalam 1meter or 1 1/2 meter, cariklah lace murah2, jahit manik.

hurm, tengoklah macam mana. hehe

envy betul dengan veil ni

DIY Project No 1 ---> bunga tangan or handbouquet

salam.

menjelang 13 mac ni (opss, terbagitahu tarikh pulak ;p) aku ada projek DIY yang SANGAT banyak! tangan gatai nak buat sendiri. tadi siang kat office search DIY handbouquet a.k.a bunga tangan. pakej yang aku amik ni tak berapa sure ada bunga tangan or not. hurm, payah sangat, last-last aku rasa better aku buat sendiri. bukan susah pun.

presenting, my DIY handbouquet....

tadaa...

all you need:

1. beli lah bunga 3 tangkai, 1 tangkai tuh adalah dalam 4 or 5 kuntum. ikutlah warna apa yang mahu. harga 1 tangkai = rm2.00, 3 tangkai x rm2.00 = rm6.00

2. riben yang sangat besar!! 1 gulung = rm8.00

3. entah apa nama tape hijau yang orang guna balut dawai tu. lupa! 1 gulung = rm1.00

4. glu gun, gunting, pemotong dawai.

cara buat:

mula-mula potong semua bunga kasi lerai dari tangkai tu. buang daun-daun yang menyemak. kalau nak letak sekali pun boleh. ikut sajalah.

balut tangkai bunga dengan tape tu. bila dah setel, mulakan balut kuntum by kuntum dengan riben. supaya bunga tangan akan nampak besar.

susun bunga ikut kreativi korang. balut semua tangkai dengan riben. potong riben dan gam lebihan riben.

then korang buat lah ikatan riben yang sangat besar kat tangkai dia.

siap!!


next mission, DIY paper bag, lagi 100 paper bag. jahit manik kat baju pun tak settle lagi. banyaknya kerja!

update sekejap pun jadilah, tangan gatai kalau tak update blog.


anda berada dalam kawasan ZON BUSY!!

maaf, blog mungkin kurang update.

situasi amat kritikal.

banyak benda perlu dibereskan.

jangan rindu. hehe

counting days~

darah aku tengah manis sangat ke sekarang?

Salam


aku masih dalam mood demam. demam start hari sabtu. doktor cakap kalau rabu tak kebah lagi, kena check darah.


bapak aku cakap, 'along tengah darah manis tu, sebab tu demam-demam'




haiyaaaaaaa

First Stage is DONE!!

Alhamdulilah...

semua dah selesai....







......to be continued