siapa yang hantar message suruh aku call 0392366388

Salam

tadi siang aku dapat sms berbunyi. tet tetttt (dah sms bunyi tu)

Sender: 63660
Message: RM0.00 Dear Mr/Ms (full name aku tau! dengan ejaan yang tepat), pls rtn call to IEJA URGENTLY at 0392366388 (11/00863)



hah, siapa ieja yang pandai-pandai suruh aku return call dia. kalau nak urgent sangat pasal apa tak nak call aku terus. tadi hp aku on 24/7 tau!

lalu, aku pun mulakan sesi investigate, macam biasa masuk google then terus taip nombor telepon tu. oh, kalau korang nak track nombor tuh valid or tak, just search je kat google, banyak info korang boleh dapat. nak tau apa aku dapat....

nombor tuh dari company Global CMC Sdn Bhd. company ni company debit collector. HQ based kat Hong Kong. tapi motif hantar message macam gitu aku pun tak tau. dari mana dapat full name aku pun tak tau. kadang-kadang aku rasa maklumat peribadi kita dah tak peribadi, bukan nak tuduh mana-mana or siapa-siapa tapi dah banyak kali kena. nampaknya sendiri kena hati-hati. macam-macam orang boleh buat once dah tau mengenai kita.


kesimpulannya: SCAM!!


kalau korang nak tau lebih lanjut, baca sendiri kat link ni KLIK HERE


kalau korang perasaan 2 komen terakhir tu macam 'geng-geng dorang' tu yang komen sendiri, umpama nak 'tegangkan benang yang basah'


peringatan: aku rasa ah-long kot, sekarang dah buat taktik baru siapa tau. depa banyak duit apa. kalau dapat nombor pelik or sms meragukan, jangan gatai-gatai tangan call balik. ignore senang cerita.

2 comments: