GadisDanBunge Giveaway Contest!

salam semua.

ecececeh itu saja ayat yang mampu nak diluahkan. oh man, shy shy cat ah!

ok, untuk tahun baru mulakan entri dengan join giveaway! lama tak join. tiba-tiba dapat ilham untuk join balik. giveaway kali ini dari....


macam lagu gadis dan bunga dari Rahimah Rahim. aku suka gila lagu tu! ;)


syarat-syarat penyertaan
caranya sgt mudah!!

1.buat 1 entri ("keistimewaan cinta anda dgn gambar terbaik anda bersama kekasih"dgn meletakkan link gadisdanbunge (seperti diatas) dan link blog ini (lyanamk.blogspot.com)..
2. warna yg disukai
3. tema kaler
4. kenapa anda ingin mendapatkan nya
5. tarikh tuk deliver hadiah giveaway tuh
6.tag kepada 3org B2b

PENTING!

entri perlu simple n comel
entri perlu meriah
entri juga perlu ada logo ini

now, aku nak penuhkan syarat-syarat penyertaan tu,

1. buat 1 entri ("keistimewaan cinta anda dgn gambar terbaik anda bersama kekasih"dgn meletakkan link gadisdanbunge (seperti diatas) dan link blog ini (lyanamk.blogspot.com)

hurm, gambar yang menjadi pertaruhan adalah...



ok, rasanya tu yang terbaik kot. dengan muka berminyak masing-masing. haha. tapi bagi aku gambar ini paling bermakna. terima kasih kepada adik yang datang ramai-ramai dengan kawan dia. gambar ni diambil masa 10/10/10 best kan? kononnya jadi memorable pasal time ni lah masing-masing sudah stick dengan decision untuk melangkah ke next step. ala-ala beliau 'will you marry me' then masa ni lah aku dah tetap keputusan, 'yes i do!' haha, sila jangan muntah ijo okay?

by the way, nak cerita keistimewaan kasih fairytale kami. kena ke? malu lah ai!

kitorang actually dah kenal lama, since 2008, kenal macam mana pun aku boleh lupa. bila tanya kat beliau, beliau cakap suruh fikir sendiri. ada ke patut? dah aku tak ingat, nak buat macam mana. kononnya malas nak ingat sebab masa tuh aku dah frust lah dengan beliau. ada ke patut beliau cakap gambar kat dalam friendster (zaman-zaman friendster lah, mirc lah) kakak dia? logik tak? tak kan? tapi masa tu aku dapat tangkap dah sikit-sikit just tunggu masa nak tanya balik lah

lepas tu aku pun macam tersuka lah kat beliau. eh eh masa tu aku tak tau dia berdua. punahlah harapanku. dah lah time tu aku baru je lepas break. nampak tak remuk jiwaku macam

kaca pecah berderai.

ok fine, aku kan jiwa kental, tak mudah lemas dalam cinta, cewah! aku pun teruskan hidup macam biasa. pergi kelas balik kelas. then one day macam mana boleh terdetik jumpa beliau kat ktm sg buloh. masa tu rasa macam member-member jelah pasal beliau dah banyak kali ajak jumpa tapi ada je halangan. tapi aku dapat rasa beliau memang suka kat aku tapi biasalah, orang punya kan? aku act normal je lah. eh, masa mula-mula nak jumpa berdebar gak lah.

lepas dari pertemuan pertama, kitorang tak pernah jumpa balik. seperti biasa ada macam-macam halangan. time tu fikir memang tak ada jodoh lah tu. tapi dulu pernah terdetik, agaknya kalau jumpa balik tu mesti ada jodoh. huhu. tapi tak berharap sangatlah. masa tu beliau ada kehidupan beliau, aku ada kehidupan aku.

suddenly september 2010 bermula semula kisah kami. lepas 2 tahun kami jumpa face to face untuk kali ke2 dan buat masing-masing terfikir mungkin inilah jalan dia. Alhamdulilah, doa dipanjatkan, perhubungan direstui. harap berkekalan hendaknya. doa-doakan lah ye?

2. warna yg disukai

i love red! tak boleh tengok warna merah. jatuh cinta terus!


3. tema kaler

theme warna dah dapat kalau boleh peach + red roses + soft pink. boleh?


4. kenapa anda ingin mendapatkan nya

mestilah nak sebab ianya free. huhu. no lah, sebab dibuat oleh gadis cantik! mesti nanti aku akan berseri-seri dapat aura dari cik lyanamk kan kan kan?


5. tarikh tuk deliver hadiah giveaway tuh

kalau boleh sehari sebelum majlis lah. tarikh kalau menang baru cerita. malu ai nak cerita sini. dalam tahun ni gak lah. yang, i kat shah alam, boleh hantar. haha budget menang je ;p

6.tag kepada 3org B2b

nak tag untuk jelitawan yang bertuah!
- cik myra
- cik ain
- cik bear

2 comments: