bebelan untuk hari ini, semalam dan kelmarin

salam.

kelmarin aku bising-bising pc office kena virus, besoknya, office aku pulak kena 'virus', habis 1 office tak ada elektrik. so bila dah tak ada letrik, aku jadi panas bontot.

kalau korang nak tahu lah, harini dah masuk hari ke 3 hokei kitorang duduk dalam gelap. bos-bos semua dah cabut larik dulu. so terpaksalah aku stay tunggu depa-depa ni settle kan kerja. kalau ikutkan aku, cabut balik dah.

masa 1st day tu duduk dalam gelap, habis sakit kepala dan sakit mata. memang balik rumah terus aku telan panadol. semalam dan harini kitorang lepak-lepak kat office atas. kerja apa semua tak boleh buat, kitorang duduk lepak-lepak dalam bilik atas sofa sebiji macam kat rumah.

heaven tau!


lokasi kejadian lepak-lepak telah berlaku



kitorang bersantai tengok cerita spontan gelak-gelak pecah perut.

aku dah risau next week (perlu ke aku risau? tak perlu kan? cuma karang letih nak soal jawab dengan bos), pasal dah start cuti CNY, besok bos dah pesan awal-awal suruh datang office. besok dorang kena lah datang settle kerja half day jugak. tak kuasa mak nak stay lama-lama besok. kalau mahu sila bayar OT. mana boleh buat kerja free. aku demand!



kesimpulan, aku lapar nak cabut balik rumah.



oh, baru teringat, banyak benda tak settle lagi ni. next week bermula segalanya. ececeh!

2 comments:

  1. hahah , pendek je akak membebel . tapi semua terselit skali . huhu~

    ReplyDelete
  2. @Nadhirah-chan

    hehe, mesti..panjang2 xde org nk bace lak ;p

    ReplyDelete