Contest "What's Hot is Gettin' Hotter" by CST & LYNDARAHIM KUALA LUMPUR sudah bermula! mari-mari meng-LIKE entri saya!

salam.

yeah! akhirnya yang ditunggu dah tiba!

masa untuk voting contest yang aku join awal tahun ni. apa? lupa?

klik sini untuk refresh balik ingatan anda!



wedding dream theme: Morocco Wedding Style!!

voting berakhir 11.59pm 31 Januari 2011



mintak jasa baik korang-korang semua sangat-sangat-sangat....


sudi-sudilah meng-LIKE entri saya! NO.15 tau!! jangan lupa! marilah baca entri kat

http://epagroove.blogspot.com/2011/01/contest-whats-hot-is-gettin-hotter-by.html


kalau rasa entri saya best, boleh lah LIKE di

http://www.cstproduction.blogspot.com/



terima kasih banyak-banyak!!


XOXO!!



sila like entri NO.15...



NO.15...



NO.15....

now proceed for next step...

plan semalam success!!

alhamdulilah, 1 benda dah settle, proceed for next week.

Insyallah berjalan lancar.



pray...



...................to be continued

andai dapat kau berikan anuar zain kepadaku, mesti disuruh anuar zain nyanyi lagu ini khas untukmu.

disebabkan hari ini cuaca hujan satu hari, maka, mood aku pun berubah. feeling lebih ni. mari layan lagu ni.

khas untuk kamu! ikhlas dari hati.



Ketulusan Hati-Anuar Zain

Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Cintaku hanya indah
Hanya bahagia untuk selamanya

Apa yg kurasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau dengarkan kasihku

*
Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis
Hanya tulusnya hati
Mencintaimu tak mengenal ragu
Keyakinan hatiku hanya untuk dirimu
Selalu

Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Tak ada seribu janji
Hanya bahagia untuk selamanya

Apa yg kurasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau dengarkan kasihku

(Repeat *)

Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau dengarkan kasihku
Oooo

(Repeat *)


bebelan untuk hari ini, semalam dan kelmarin

salam.

kelmarin aku bising-bising pc office kena virus, besoknya, office aku pulak kena 'virus', habis 1 office tak ada elektrik. so bila dah tak ada letrik, aku jadi panas bontot.

kalau korang nak tahu lah, harini dah masuk hari ke 3 hokei kitorang duduk dalam gelap. bos-bos semua dah cabut larik dulu. so terpaksalah aku stay tunggu depa-depa ni settle kan kerja. kalau ikutkan aku, cabut balik dah.

masa 1st day tu duduk dalam gelap, habis sakit kepala dan sakit mata. memang balik rumah terus aku telan panadol. semalam dan harini kitorang lepak-lepak kat office atas. kerja apa semua tak boleh buat, kitorang duduk lepak-lepak dalam bilik atas sofa sebiji macam kat rumah.

heaven tau!


lokasi kejadian lepak-lepak telah berlaku



kitorang bersantai tengok cerita spontan gelak-gelak pecah perut.

aku dah risau next week (perlu ke aku risau? tak perlu kan? cuma karang letih nak soal jawab dengan bos), pasal dah start cuti CNY, besok bos dah pesan awal-awal suruh datang office. besok dorang kena lah datang settle kerja half day jugak. tak kuasa mak nak stay lama-lama besok. kalau mahu sila bayar OT. mana boleh buat kerja free. aku demand!



kesimpulan, aku lapar nak cabut balik rumah.



oh, baru teringat, banyak benda tak settle lagi ni. next week bermula segalanya. ececeh!

nazak dah ini?!!

isk, tension betul. tiba-tiba pc kat office ni diserang virus. langsung tak boleh bukak software, tapi yang pelik internet explorer boleh pulak guna. tapi lembap nak mati.


bayangkanlah korang diberi pilihan, handphone or internet, pilih salah satu saja. korang akan pilih yang mana 1?


aku?



confrim aku akan pilih internet! serius aku memang tak boleh hidup TANPA internet! jiwa kosong, minda slow, serba tak kena. oh benci perasaan tu. sebab dulu aku pernah rasa 1 bulan tak ada internet, panas bontot okay!


aku dah banyak kali call tukang repair pc ni, apa pasal entah payah nak angkat tepon. sabar jela.

k a c a k n y a ! !

can't takes my eyes of you!



wink-wink



haha, sampai ke blog pun nak bagitau.


teruja!

Pameran Pekerjaan Pemuda BN Sedia 20,000 Peluang Pekerjaan

Salam

KUALA LUMPUR: Kira-kira 20,000 peluang pekerjaan daripada 650 syarikat menanti para pencari pekerjaan pada pameran kerjaya terbesar anjuran Pemuda Barisan Nasional (BN) BNY JF 2011 dari 25 hingga 27 Mac ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Pengerusi Pergerakan Pemuda BN Khairy Jamaluddin berkata pameran tiga hari itu yang dijangka dapat menarik kira-kira 500,000 pengunjung dengan fokus untuk membantu golongan muda mendapat pekerjaan terutama siswazah lepasan institusi pengajian tinggi awam dan swasta di negara ini memperoleh pekerjaan yang setimpal dengan kelulusan mereka.

Ia juga menawarkan pelbagai bentuk bantuan kepada para pencari pekerjaan termasuk pengenalan sistem resume yang mempunyai kod bar, penghantaran resume menerusi video, klinik resume, sudut latihan praktikal, sudut pekerjaan kontrak, sudut ceramah kerjaya dan sesi latihan serta sudut peningkatan kemahiran.

"Dengan pengenalan sistem kod bar ini, calon-calon tidak perlu membawa resume kepada setiap bakal majikan, kerana dengan sistem ini ia membolehkan para majikan memperoleh informasi terkini calon-calon dengan hanya mengimbas kod bar tersebut," katanya kepada pemberita selepas majlis pra pelancaran (BN) BNY JF 2011 di sini hari ini.

Justeru, beliau berkata calon-calon digalakkan datang awal pada hari pameran berlangsung dan mendaftar di laman web www.bnyouthjobfair.com bagi mendapatkan kod bar dan maklumat lanjut mengenai pameran tersebut.

BNY JF '11 yang dijangka dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, dibuka kepada pengunjung dari 10 pagi hingga 7 petang dan tiada bayaran masuk dikenakan.

Sementara itu, Khairy berkata Pemuda BN mencadangkan kepada kerajaan supaya mewajibkan majikan yang mengiklankan pekerjaan meletakkan tangga gaji bagi setiap jawatan yang ditawarkan.

Katanya cara itu akan menggalakkan persaingan kepada majikan untuk mendapatkan bakat yang terbaik menerusi gaji yang kompetitif yang secara tidak langsung meningkatkan pendapatan rakyat negara ini.- BERNAMA


sumber: Click Here

so siapa-siapa yang tengah nak cari kerja kosong or nak upgrade kerja yang sedia ada, boleh lah free kan date 25 until 27 mac ni untuk mencari kerja kosong. tapi sebelum tu korang kena buat pre-register dulu kat www.bnyouthjobfair.com


Date : 25th - 27th March 2011
Time : 10.00 am - 8.00 pm
Venue : Tun Razak Hall 1, PWTC Kuala Lumpur


Good Luck!!

gaban tu apa kebende hah?

korang tau tak aku ni mengantuk tahap gaban!

nak update drawing latest pun malas, padahal projek dah settle lama dah.


cepatlah tengahari. aku nak balik tidur.

pakai makeup pun nak cover muka mengantuk giler.


ada jugak tersembam depan pc ni kang....


aku baru lepas ambik parent kat klia pagi semalam. pukul 2 lebih sampai rumah. pukul 3 baru tidur, pukul 8.15 pergi office.

apa pasal aku update blog pendek-pendek sekarang??

cepat macam bullet train. cuak ai!

agak-agak bilalah baju aku boleh siap ye?



aku nak jahit manik ni...






........to be continued

What a day today = HAVOC??!!

adoyai!

memang mencabar kesabaran harini. jadikan pengajaran jugak! kalau benda tu orang tua dah larang mesti ada sebab kan?


itulah degil! hah, ikutkan sangat hati tu.


kalau larang lagik tak nak dengar, bila dah kena batang hidung sendiri baru dapat rasa. hah, rasakan!


habis terbang duit aku!



sabar fa sabar!!


benda dah jadi. lepas ni suruh bakal abg ipar dia pulak nasihat. cakap kita tak mau dengar.


nasib baik tak jadi apa-apa, kalau tidak mampus aku nak jawab apa. inilah tanggungjawab kak long. korang ingat senang nak handle adik-adik yang macam-macam perangai. pening! hehe mak bapak lagi pening nak handle perangai anak-anak.

siapa yang hantar message suruh aku call 0392366388

Salam

tadi siang aku dapat sms berbunyi. tet tetttt (dah sms bunyi tu)

Sender: 63660
Message: RM0.00 Dear Mr/Ms (full name aku tau! dengan ejaan yang tepat), pls rtn call to IEJA URGENTLY at 0392366388 (11/00863)



hah, siapa ieja yang pandai-pandai suruh aku return call dia. kalau nak urgent sangat pasal apa tak nak call aku terus. tadi hp aku on 24/7 tau!

lalu, aku pun mulakan sesi investigate, macam biasa masuk google then terus taip nombor telepon tu. oh, kalau korang nak track nombor tuh valid or tak, just search je kat google, banyak info korang boleh dapat. nak tau apa aku dapat....

nombor tuh dari company Global CMC Sdn Bhd. company ni company debit collector. HQ based kat Hong Kong. tapi motif hantar message macam gitu aku pun tak tau. dari mana dapat full name aku pun tak tau. kadang-kadang aku rasa maklumat peribadi kita dah tak peribadi, bukan nak tuduh mana-mana or siapa-siapa tapi dah banyak kali kena. nampaknya sendiri kena hati-hati. macam-macam orang boleh buat once dah tau mengenai kita.


kesimpulannya: SCAM!!


kalau korang nak tau lebih lanjut, baca sendiri kat link ni KLIK HERE


kalau korang perasaan 2 komen terakhir tu macam 'geng-geng dorang' tu yang komen sendiri, umpama nak 'tegangkan benang yang basah'


peringatan: aku rasa ah-long kot, sekarang dah buat taktik baru siapa tau. depa banyak duit apa. kalau dapat nombor pelik or sms meragukan, jangan gatai-gatai tangan call balik. ignore senang cerita.

GadisDanBunge Giveaway Contest!

salam semua.

ecececeh itu saja ayat yang mampu nak diluahkan. oh man, shy shy cat ah!

ok, untuk tahun baru mulakan entri dengan join giveaway! lama tak join. tiba-tiba dapat ilham untuk join balik. giveaway kali ini dari....


macam lagu gadis dan bunga dari Rahimah Rahim. aku suka gila lagu tu! ;)


syarat-syarat penyertaan
caranya sgt mudah!!

1.buat 1 entri ("keistimewaan cinta anda dgn gambar terbaik anda bersama kekasih"dgn meletakkan link gadisdanbunge (seperti diatas) dan link blog ini (lyanamk.blogspot.com)..
2. warna yg disukai
3. tema kaler
4. kenapa anda ingin mendapatkan nya
5. tarikh tuk deliver hadiah giveaway tuh
6.tag kepada 3org B2b

PENTING!

entri perlu simple n comel
entri perlu meriah
entri juga perlu ada logo ini

now, aku nak penuhkan syarat-syarat penyertaan tu,

1. buat 1 entri ("keistimewaan cinta anda dgn gambar terbaik anda bersama kekasih"dgn meletakkan link gadisdanbunge (seperti diatas) dan link blog ini (lyanamk.blogspot.com)

hurm, gambar yang menjadi pertaruhan adalah...



ok, rasanya tu yang terbaik kot. dengan muka berminyak masing-masing. haha. tapi bagi aku gambar ini paling bermakna. terima kasih kepada adik yang datang ramai-ramai dengan kawan dia. gambar ni diambil masa 10/10/10 best kan? kononnya jadi memorable pasal time ni lah masing-masing sudah stick dengan decision untuk melangkah ke next step. ala-ala beliau 'will you marry me' then masa ni lah aku dah tetap keputusan, 'yes i do!' haha, sila jangan muntah ijo okay?

by the way, nak cerita keistimewaan kasih fairytale kami. kena ke? malu lah ai!

kitorang actually dah kenal lama, since 2008, kenal macam mana pun aku boleh lupa. bila tanya kat beliau, beliau cakap suruh fikir sendiri. ada ke patut? dah aku tak ingat, nak buat macam mana. kononnya malas nak ingat sebab masa tuh aku dah frust lah dengan beliau. ada ke patut beliau cakap gambar kat dalam friendster (zaman-zaman friendster lah, mirc lah) kakak dia? logik tak? tak kan? tapi masa tu aku dapat tangkap dah sikit-sikit just tunggu masa nak tanya balik lah

lepas tu aku pun macam tersuka lah kat beliau. eh eh masa tu aku tak tau dia berdua. punahlah harapanku. dah lah time tu aku baru je lepas break. nampak tak remuk jiwaku macam

kaca pecah berderai.

ok fine, aku kan jiwa kental, tak mudah lemas dalam cinta, cewah! aku pun teruskan hidup macam biasa. pergi kelas balik kelas. then one day macam mana boleh terdetik jumpa beliau kat ktm sg buloh. masa tu rasa macam member-member jelah pasal beliau dah banyak kali ajak jumpa tapi ada je halangan. tapi aku dapat rasa beliau memang suka kat aku tapi biasalah, orang punya kan? aku act normal je lah. eh, masa mula-mula nak jumpa berdebar gak lah.

lepas dari pertemuan pertama, kitorang tak pernah jumpa balik. seperti biasa ada macam-macam halangan. time tu fikir memang tak ada jodoh lah tu. tapi dulu pernah terdetik, agaknya kalau jumpa balik tu mesti ada jodoh. huhu. tapi tak berharap sangatlah. masa tu beliau ada kehidupan beliau, aku ada kehidupan aku.

suddenly september 2010 bermula semula kisah kami. lepas 2 tahun kami jumpa face to face untuk kali ke2 dan buat masing-masing terfikir mungkin inilah jalan dia. Alhamdulilah, doa dipanjatkan, perhubungan direstui. harap berkekalan hendaknya. doa-doakan lah ye?

2. warna yg disukai

i love red! tak boleh tengok warna merah. jatuh cinta terus!


3. tema kaler

theme warna dah dapat kalau boleh peach + red roses + soft pink. boleh?


4. kenapa anda ingin mendapatkan nya

mestilah nak sebab ianya free. huhu. no lah, sebab dibuat oleh gadis cantik! mesti nanti aku akan berseri-seri dapat aura dari cik lyanamk kan kan kan?


5. tarikh tuk deliver hadiah giveaway tuh

kalau boleh sehari sebelum majlis lah. tarikh kalau menang baru cerita. malu ai nak cerita sini. dalam tahun ni gak lah. yang, i kat shah alam, boleh hantar. haha budget menang je ;p

6.tag kepada 3org B2b

nak tag untuk jelitawan yang bertuah!
- cik myra
- cik ain
- cik bear

Contest "What's Hot is Gettin' Hotter" by CST & LYNDARAHIM KUALA LUMPUR

Salam.

suddenly on very fine day. eceh! fine lah sangat sebab kat office tak ada job. macam biasa jenguk facebook tersayang terus terpadang, eh-eh ada contest ma! nak join lah. yelah from such very creative and successful Malaysian Entrepreneur iaitu CST Production & Lynda Rahim. woot-woot! contest dikenali sebagai "What's Hot is Gettin' Hotter" by CST & LYNDARAHIM KUALA LUMPUR

ok, macam biasa bila dah join contest mestilah ada syarat dia. korang boleh baca sendiri lah kat link atas tu, masuk contest ni korang kenalah try buat karangan mengenai tajuk yang dah tersenarai. aku pilih...

My Dream Wedding...

jeng jeng jeng. cik epa bercerita tentang angan-angan perkahwinan dia! ahaks!

aku mengimpikan perkahwinan ala...

Morocco Wedding Style

oh, jatuh cinta dengan style macam ni, dulu pernah pergi kenduri kahwin ala morocco style! Gorgeous sangat-sangat-sangat! nampak tak keterujaan di situ.

1) lokasi

buat kat garden macam ni pun cantik. hijau! sejuk mata memandang. pondok dan meja sebijik kat gambar tu like port untuk lepak-lepak lepas makan.

2) kenderaan rasmi...

aku teringin nak naik unta! so sebelum sampai ke tempat kenduri aku akan diarak naik unta dengan diiringi macam ni..

Bala tentera yang gagah perkasa berjuang untuk negara. haha, macam nak pergi perang. taliban! lantak ah! kata impian wedding kan?

oh, tak ketinggalan, aku kalau boleh nak kena usung masuk ke dalam khemah guna ini...

panggil apa entah benda ni? syok oh! macam betul-betul raja sehari lah! siap kena lambung-lambung tu!


3) khemah...

kalau aku dapat khemah makan macam ni, memang dream ah! cun giler!

one of my favourite okay?

kalau tak mampu dapat yang atas tu, macam ni pun jadilah.

4) dekorasi

ini antara dekorasi yang WAJIB ada bila dah buat morocco wedding style. setiap meja tetamu akan ada. terutama teko besi ala-ala lampu ajaib aladin tu. hah, korang berani gosok ah lampu ajaib tu, terus keluar jin! ho ho ho


5) Baju pengantin

wedding dress pun mesti lah ala-ala morocco style gak kan? tak kira untuk groom or bride. nasib ah untuk incik bakal ye?

baju untuk si suami. jubah yang buat sang suami kelihatan kacak ah! ;p

ni untuk si isteri. kembang-kembang i like. dont forget mahu pakai crown jugak!

nak pakai henna macam ni. ni memang impian tinggal kenangan. sedih!

6) entertainment

kalau boleh ada tarian joget morocco tu. macam ni. agak-agak boleh import dorang tak?

oh, yang ni cekci sikit... terbeliak biji mata!

kalau tak dapat nampaknya kenalah guna alternatif lain macam joget lambak or zapin kan?
lepas tu pengantin joget-joget dengan famili. haha. joget je ye kau! tak kuasa mak!

7) wedding cake

kalau dah kenduri kahwin mesti ada acara potong kek kan? contoh rupa kek aku nanti macam kat atas. of course morocco style juga! tak kira! hehe

8) gift

sebagai tanda terima kasih dari pihak keluarga pengantin, mestilah ada gift kan? gift pun mesti morocco style jugak. nampak klasik dan elegan. macam ni...


9) sampingan...

kat mana nak cari tempat macam ni kat Malaysia? kalau dapat boleh ambik gambar wedding ah! baru sesuai dengan konsep!

so far itulah wedding dream aku! sejak terjatuh cinta siap terbayang-bayang bestnye kalau dapat wedding majlis macam ni. angan-angan je kot. sob sob sob!

nak ucap terima kasih banyak-banyak kat cst production & lyndarahim kuala lumpur sebab sudi buat contest macam ni. memang admire sangat-sangat dengan hasil kerja beliau & beliau!

Insyallah ada rezeki boleh menang! good luck untuk yang join juga!

Millions thanks to

LYNDARAHIM KUALA LUMPUR

&

CST PRODUCTION


*Source: Google Image