2012



Flu di hujung tahun 2011




Tak best kan?




Kenalah malam ni duduk rumah. Sambut new year kat rumah. Plus Beliau pun kerja balik pukul 7.




Tapi, besok pagi kami nak keluar!




Misi cari tempat nak hantar jahit baju nikah. Macam wedding schedule kat dalam entri ni.




Wish me eh us luck!



Selamat Tahun baru 2012!

Melayu Klasik [IDEA]



Assalamualaikum





Diam tak diam, besok dah last day 2011. Welcome 2012. Mood badan tengah seram sejuk. Nak masuk tahun baru kot. Jadi perubahan hormon agaknya. hehe. Mood cuak dah bermula!





Back to the topic





Sebenarnya, aku malas nak reveal lagi tema masa hari sanding. Cadangan nak cerita pasal benda lain, tapi ilham tak sampai. Umpama tajuk dah ada, isi tak ada. Tapi hati meronta-ronta nak update. Macam mana tu? Seksa jiwa.





Mama dah request awal-awal suruh pakai songket masa kahwin. Disebabkan aku tak buat pun majlis berinai besar meaning, tukar-tukar baju, yang boleh terselit baju songket dalam persalinan, makanya, aku diwajibkan juga memakai baju songket nanti. Katanya macam tak kahwin kalau tak pakai songket tau.




Mula-mula jiwa macam meronta-ronta juga bila disuruh pakai baju songket. Yelah, aku berangan nak pakai baju lace meleret-leret sebab nikah dah pakai chiffon beaded. Oh, memang pasrah.





Aku minta lace + songket pun mama aku tak bagi. Nak full songket katanya. Tapi harap-harap by the time tu mama aku boleh la tukar idea. Kalau tema klasik tak leh ngam dengan jiwa aku. hehe.





Songket memang tak banyak choice. Kebetulan hari tu, aku tengok Majalah Pengantin baru depan muka Fasha Sandha, dalam tu ada 1 baju songket yang dijadikan dress. Cantik. Hope sangat kalau vendor butik aku dapat cari dress tu. Mesti aku proceed.





Kat bawah ni semua gambar yang aku cari untuk naikkan mood klasik dalam diri aku. Cantik gak sebenarnya.


Koleksi Pelamin





















Salah satu percubaan berani mati cuba gabung warna lain daripada lain. Cantik je kan?























Koleksi Baju Songket


Kalau songket for sure cantik kalau pakai aksesori macam kat atas kepala tu kan? Mama aku dah bagi green light kalau nak buka tudung. Tapi aku tak mahu lah. Nak pakai veil gantikan dengan aksesori atas kepala boleh?








Cantik sangat baju bride kat bawah ni kan? dress songket. Boleh buat tema klasik moden.

from zeryzamry



Kad Kahwin








Kalau ditengokkan, kebanyakkan tema klasik mesti warna merah + gold + brown. Agak-agaknya, kalau aku buat lain daripada yang lain okay tak? Tema klasik tapi jauh dari warna stereotype. Kalau nak tahu, tunggu next entri, warna apa yang dalam kepala otak aku sekarang. hope menjadilah.





Masih 50-50 lagi dengan tema ni. Kalau nak tahu confrim ke tak, tunggu lah majlis nanti. senang cerita kan? hehe.




Gambar semua daripada google.

Amend bilangan hantaran. Back to normal




Sebelum ni aku tak ingat samaada pernah bercerita pasal bilangan hantaran kat entri lepas. Ceritanya begini, masa merisik haritu, famili dah bincang hantaran untuk majlis nikah sekali. Kiranya dah tetap awal-awal walapun majlis tak fix date lagi. Janji time tu tunang 5 berbalas 7 dulang, nikah 7 dulang balas 9 dulang.





tiba-tiba





masa FPIL datang masa entri ni, dorang bawa berita nak naikkan dulang hantaran jadi 9 balas 11. Mama aku ikutkan nak sikit-sikit sudah. Tapi sebab pihak laki minta, kita follow sahaja. So, kami pun proceed 9-11.





Bila dah nak settle barang hantaran, tiba-tiba beliau nak ubah balik 7-9. hehe. terus mama bising. bising sikit jelah. itu beliau dah start pening nak isi apa dalam dulang lagi. Aku agree saja. Lagi sikit senang, tak payah nak fikir nak cari apa lagi. So, hari itu jumpa beliau, then kami pun proceed dengan 7-9.





Dah bagitau parent masing-masing pun. Dorang okay saja.





Ini list terbaru barang hantaran kami.



Bride ----> Groom (9 dulang)

- Jam + Cincin
- Dompet + Belt
- Perfume
- Kasut + Stokin
- Toiletries
- Tasbih + Tafsir Al-Quran
- Coklat + Manisan
- Cupcake
- Makanan *TBC





Groom ----> Bride (7 dulang)

- Sirih Junjung
- Makeup
- Perfume
- Kasut + Handbag + Jam
- Telekung + Sejadah
- Buah
- Makanan





Kalau ikutkan pada list ni, just tinggal telekung, sejadah, tasbih, tafsir dan makanan saja yang tak settle lagi. Insyallah dekat-dekat majlis baru nak settle kan. Lega rasanya, dah boleh proceed untuk benda lain.





nak tengok list lain, boleh klik, Wedding Checklist


Duit hantaran. Perlu bawa sekali dengan barang hantaran tak?




Baca tajuk kat atas confrim tau kan? Selangor sekarang dah tak wajibkan duit hantaran. Kalau ada dikira duit pemberian. Mas Kahwin memang confrim ada. Jangan confius pulak. Cuma aku nak tanya, korang b2b akan bawa tak duit hantaran sekali dalam dulang dengan barang hantaran yang lain tak?





Macam kes aku, kami famili kedua belah pihak dah setuju untuk bawa kesemua duit hantaran dalam 1 majlis tertutup famili sahaja. Sebelum majlis akad nikah kami. Maksudnya, duit hantaran mungkin tak dimasukkan dalam dulang hantaran.





Boleh ke macam tu? Risau, bukan apa. Ada dengar cerita tok kadi sibuk-sibuk nak tahu duit hantaran kita, padahal yang perlu kisah duit mas kahwin. Kang tak pasal-pasal tercampur duit hantaran dengan duit mas kahwin kita.





Boleh jadi isu tak kalau kita tak tunjuk pada orang luar duit hantaran kita? Hanya famili terdekat sahaja yang tahu.



Hunting barang hantaran part 2




Assalamualaikum semua!





Sorry, dah petang baru munculkan diri. Tadi pagi kat rumah busy sebab kitorang buat steamboat homemade. Lepas tu telan ubat selsema tengahari tadi. Then baru sekarang bangun sedarkan diri. Ya, mood tak sihat tengah menyerang kan? so for those b2b out there, jaga diri anda! Darah manis tu.





Ingat nak update story ni semalam, tapi kemalasan melanda diri. So bertangguh lah sampai ke hari ini.





Semalam, aku dengan incik tunang pergilah hunting our barang hantaran for yang besar-besar. Meaning, price over RM100 ++ lah. Tengah sales kan sekarang? so hunting and using voucher lah banyak. so sangat-sangat membantu dalam mengurangkan perbelanjaan kami.






kami pergi awal pagi, dalam pukul 8.30 pagi incik tunang dah terpacak depan rumah. destinasi pertama pergi car boot sales kat giant shah alam tu. Dah lama tak pusing-pusing sana. Aku nak membeli gaji tak masuk lagi (T_T) memang membara! So cakap kat incik tunang, next week repeat balik sebab aku nak cari blouse dan telekung yang mana murah-murah. Oh telekung bukan untuk hantaran, nak ganti telekung baru kat rumah ni.






Sarapan kat sana. tunang cari barang dia sahaja. then bergegas keluar sebab hari dah start panas. Aku ni harap duduk shah alam, tapi sangat jarang pergi sana sebab panas dan sangat ramai orang. Kureng sedikit kawasan yang crowded. Lepas tu dekat 1 jam stuck jem nak keluar dari sana. can you imagine. aku dah naik tension. siap joget-joget dalam kereta layan lagu backstreetboy (BSB) Nampak sangat dah tua. haha.






lepas tu destinasi pertama pergi jusco Bukit tinggi, Klang. Jumpa butik favorite tunang sebab dah lama cari stokin untuk hantaran dia. Then proceed to Jusco sebab dulu aim kat situ nak beli toiletries set untuk tunang. Dah cakap dengan tunang beli barang yang akan confrim guna balik. So amik Loreal for men set. dah bungkus siap-siap tunggu pilih ikut our budget. sambil-sambil tu guna voucher RM15 masa beli hantaran dulu. dapatlah kurang tak sampai 150 pun.





Cadangan nak tengok brand Elle untuk handbag sebab dulu pernah jumpa yang menarik hati masa kat jusco sunway piramid tapi dah rosak sedikit. Tapi malangnya tak ada kat sana. Sedih! Handbag semua tak menepati citarasa. Then tunang bagi green light untuk cari kat butik kat luar jusco tu. Masuk Guess tapi kedai panas! Tak pilih barang pun tak syok. Pergi ke Vincci, dah jumpa handbag nude color yang sangat cantik. Malangkan kasut nude color yang pernah aim dulu dah habis stock size aku. Terus tak jadi beli.





Aku dah mula letih nak cari. give up pun ada. Tiba-tiba teringat Brand Charles n Keith dan aku sangat-sangat-sangat nak pergi butik tu. Nak tengok barang dia. Craving okay! Tapi tak berkesempatan. Malas nak pergi jauh-jauh sebab ada 1 outlet kat midvalley. Surf internet untuk double confrim butik dia kat Empire Shopping Gallery. Dekat sedikit, tak payah tempuh jem kan? Terus berdesup pergi sana.





Sampai-sampai terus cari tempat makan sebab tunang dah lapar. Tapi kedai makan banyak yang best cuma tak masuk selera kitorang time tu. Jalan kaki pergi subang parade. lepas makan terus cari handbag hantaran. Jumpa brand elle. Padahal dah aim nak amik 1 set handbag dan high heel dari Charles n Keith kan?





Balik ke Empire, pergi butik C&K, cari kasut, tiba-tiba jumpa 1 handbag nude color yang aku aim. Cantik. Lepas tu cari kasut untuk matching, jumpa kasut nude color yang sesuai. Adoi, terus terembat 2 handbag, last-last handbag Elle guna sendiri sebab memang cadangan nak cari handbag baru.





so settle la hunting hantaran barang-barang besar. Next hunting hantaran masa dekat-dekat majlis nanti.





Honeymoon Proposal




Which one is better?






Cherating, Pahang





which have the such a beautiful scenery of beaches





Perhaps stay at Impian Resort Cherating (My favorite hotel ever!) Mengadap laut. Bangun pagi dapat air laut. Nyaman.






Or






Port Dickson, Negeri Sembilan





Stay at Grand Lexis Cherating





and have private pool inside every room. Cool, huh? Boleh berangan-angan. haha. Kalau approve kena beli bikini ni. erk!






Beliau tak tahu lagi pasal ni. hope proposal dapatlah diajukan kepada Beliau. Cewah! Hope so!






Cik ain, Selamat Pengantin Baru!! Awak pergi Grand Lexis. Nanti buat review banyak-banyak tahu. Yang best-best punya! Nanti nak hantar proposal kat bakal suami. hehe

Hari ini hari Khamis (Bebelan)





Assalamualaikum






Kan aku sudah bilang, kalau datang idea nak update blog, idea mencurah-curah macam air terjun. Kadang bila dah habis, mula kepala otak berfikir apa yang nak update. Bila tak ada idea, banyak jenguk ke group B2B 2012 lah. Banyak sembang-sembang kat sana. Tapi timeline laju giler-giler. Tak terkejar aku. so, kalau menyampuk tu dengan nada selamber saja, padahal tak tahu sangat hujung pangkal. hehe.






oh, pada siapa yang tanya kat mana aku cari kain border lace tu, kat Jakel Shah Alam ye? Tapi kalau anda jumpa kat kedai kain biasa pun ok sebenarnya. 1 spot which is at Plaza City One, sebelah semua house. korang boleh dapat kain net from RM10 semeter. Lembut! And also kain lace banyak choice. Aku hari tu sempat tawaf sana untuk cari kain net, malangnya, tak ada warna yang aku nak. So have to consider Jakel juga sebab choice dorang sangat-sangat-sangat banyak!






Kalau nak beli border lace boleh pergi Jakel. Border lace dah tak semahal dulu. before this 150++ semeter. Right now, as low as 50 semeter pun dah sangat cantik. No worries! Tambah beads sudah. Macam aku buat. Nampak kemas, padahal tak kemas sangat pun. Percubaan yang diharapkan berjaya.






Sebab mood lari nak update blog, aku dalam kondisi tak sihat. Nak demam kut! Kelmarin mulut masin cakap, dah lama tak kena demam. nah! Terus demam. Tak pe, demam tu hapus dosa kecil right?






oh, today result PMR kan? Tahniah buat semua yang berjaya. Mana tahu ada adik-adik yang jenguk blog aku. Dont worry, kalau result anda tak seperti yang dijangka. Yang penting tu SPM. tu penentu masa depan korang. Gambate!






Tahniah wana! kita boleh geng, gimme 5! Manis tak mulut along? i know lah! ada 6th sense tau!

Cincin Bride ----> Done!




Entri ke 2 untuk hari ni, cincin untuk aku dah berjaya dirembat. Kopak dompet beliau. hehe. Tapi beliau cakap okay! Kita follow aje!





Tadi tak tahu nak pusing mana, terus ajak incik Tunang pergi Plaza Alam Sentral. Cadangnya nak jalan-jalan cuci mata kat sana. sekali Poh Kong buat sales! Ingatkan tak mahu tengok, sekali incik tunang ajak usha. aku apa lagi, berdesup pergi kaunter. hehe.





Sebenarnya, ikut perancangan, aku nak cari cincin mata tenggelam. Macam kat entri ni. Sebijik. Usha design yang ada, semua tak kena dengan jiwa. Cakap kat SA untuk tengok yang lain. She suggest untuk pergi kedai. Ada dekat 10 cincin try kat jari. Tapi still tak ngam dengan jiwa. Aku ni jenis bukan tengok harga. Tapi tengok design. So far design yang lower bajet mesti ngam. haha.





Dulu masa nak bertunang, kitorang cari cincin 1 minggu sebelum majlis. Pergi beli kat Tomei Giant Shah Alam sahaja. 1st kedai yang kitorang masuk. Cuba cincin sangat banyak, tapi once try cincin tunang tu, terus bersinar-sinar kat jari. Tapi gatal tak ambil lagi sebab nak tengok kat kedai lain. Masa cari kat kedai lain, kepala still ingat cincin tadi. Nak tak nak, kenalah amik. Until now, aku sangat suka dengan cincin tunang aku.





Nak tengok rupa cincin? Simpan dulu. Incik tunang tak bagi ambil gambar. Dulu masa nak bertunang, beliau bagi aku ambil gambar. Kalau nak tengok, kenalah tunggu bulan 6 nanti. Yang penting, aku sangat suka dengan cincin tu. Betul-betul nampak wedding ring. Beliau yang pilih tau! Mula-mula memang tak ngam dengan jiwa. Dalam hati cakap tak lawa, tapi SA tu cakap lawa, sebab design tu rare. Sebenarnya, berkenan dengan cincin lain. Usha lama-lama nampak cantik pula kat jari sendiri. haha. Puji diri sendiri tak ingat!





oh, tadi sebenarnya hari terakhir sales kat Poh Kong. So dapatlah free gift plus aku dapat makeup free dan photoshot. Dapat juga 1 keping 8r gambar tu. Walapun makeup tak lawa, gasaklah. Janji dapat free gift tu.






SA yang layan aku tu sangat friendly. Tapi malangnya, lupa nama dia.






Ikut perancangan awal-awal nak beli cincin kahwin. Lepas tu tukar nak beli gelang. Last-last beli cincin. Entahlah, aku lebih suka cincin dari gelang lah. Sejak azali kut.






Bride Wedding Ring - Settle





Oh, Lupa nak cerita, cincin aku adalah gold ring. Dah try matching either gold or white gold that suits me well. Gold looks perfect. So, nampak sangat aku ni Warm Undertones.





Next perancangan nak beli cincin untuk Groom. Tapi blur ah nak cari kat mana. Incik tunang prefer silver. Any suggestion tak? Nak cari design 1 mata tenggelam. Kemungkinan nak cari lepas CNY nanti.

Wedding Checklist: 7 month sebelum majlis




Legal Thing

Kursus Kahwin *Done





Nikah

MUA *Done
Bridal Package *Done
OP *Done
OV *Done
Catering *Pending
Canopy *Pending





Sanding

MUA *Done
Bridal Package *Done
OP *Done
Catering *Done
Hall Deco *Done





Tandang

MUA *Done
Bridal Package *Done
OP *Done





Batal air sembahyang

Cincin Bride *Done
Cincin Groom *Done





Hantaran (9-7)

Bride *in progress
Groom *in progress



update: 7 February 2011

My Half Year Wedding Planner





Assalamualaikum






Salam Ahad! ahad dah? cepatnya masa berlalu (T_T) macam tak cukup 24 jam. oh! nampak sangat tak pandai manage masa. hehe.





Pukul 3 aku update blog. macam tak percaya. selalu time-time macam gini sibuk nak keluar date. tapi hari ini lambat sikit. so ambil kesempatan nak update blog. Aktiviti hari ni? Mungkin jalan-jalan sambil cari barang kalau jumpa. Tak pun pergi makan Prosperity Burger. Dah keluar!





Saat aku tulis entri ni, countdown dah pun bergerak ke 5 bulan 4 minggu 2 hari. Semalam genap 6 bulan lagi sebelum majlis. Perasaan dah masuk lagi 5 bulan? cuak!





Kesempatan ni aku nak tulis lah plan kitorang for next year. Yelahh, tinggal 2 minggu nak habis tahun baru. Cepat! Rasa macam baru semalam bertunang, tiba-tiba nak kahwin. fuh!




Plan ni aku yang rancang, so beliau setuju nak follow. Tapi ianya tertakluk kepada budi bicara dan kewangan kami. hehe. mana tahu last minit boleh bertukar kan? Perancangan kat bawah ni based by month.




My Half Year Wedding Planner




Januari 2012
Hantar baju nikah bride & groom ke tailor. Masih searching nak hantar kat mana. depend on our budget also.




Februari 2012
Tentukan pengapit dan cari kain untuk Pengapit.
Mula nak draft kad kahwin kat vendor.
Buat HIV test. Talasemia mungkin, kalau aku tak pengsan mabuk darah. (-_-)




Mac 2012
Groom settle kan permohonan nikah beliau dahulu.
Also start fitting untuk baju Majlis Sanding dan Bertandang.




April 2012
Dah dapat groom punya permohonan, bride pula menyusul untuk settlekan permohonan pernikahan.
Segala Projek DIY harus di settlekan dengan segera.




Mei 2012
Start cari lokasi rumah sewa. Kalau okay, either masuk rumah terus, pelan-pelan isi barang rumah or masuk rumah awal Jun or awal Julai nanti.
Finalize dan buat confrimation dengan vendor-vendor.
Kad Kahwin akan mula dilayangkan.




Jun 2012
Majlis Kami!!




Julai 2012
Honeymoon Time.




Insyallah, ini semua perancangan kami. Moga-moga semuanya berjalan dengan lancar macam LRT.

Finalize Tarikh 2012





Assalamualaikum




Sebelum tulis entri, layan lagu kumpulan Slam, Kembali Terjalin kat Youtube.




alamak, terlajak sampai 3 lagu. okay, teruskan entri kita sambil cari mood dengar lagu. kan entri ini aku ada ceritakan mengenai kedatangan FFIL ke rumah sebab nak finalize balik dan confrimkan terus date untuk majlis besar. Tapi rasanya ramai dah perasan date tu kot, cuma aku tak mahu reveal awal-awal sebab famili ke dua belah pihak belum datang berbincang walaupun pada dasarnya, masing-masing dah setuju dengan tarikh tu.





so, berikut tarikh yang kitorang dah decide.




Nikah = 16 Jun 2012 (sabtu)


Sanding = 17 June 2012 (ahad)


Tandang = 24 June 2012 (ahad)





tapi yang tak finalize lagi are masa nikah dan tempat nikah. Masa tu either pagi or lepas zohor. Tapi yang runsingkan aku, tempat nikah. boleh pulak abah aku cakap nak nikah kat masjid padahal kat rumah dah ada pelamin nikah. penat-penat aku pujuk vendor minta pelamin nikah. tolak certain package yang dah include dalam package yang aku nak. Terus mengadu kat mama. Tapi time bincang between keluarga masing-masing, mama tak leh nak cakap apa lagi. Then remind balik kat mama, nasib baik mama dah tahu, so mama sangat agree la kalau nikah kat rumah. tapi dia pun ada bagi backup plan in case abah aku stick with his decision which is kat masjid.




so, 2 benda tu aku akan update kemudian.





oh, sebenarnya, date 17 June tu kebetulan jatuh time birthday aku. Happy Birthday to me. Birthday on wedding date. Perasaan? Tak tahu lah. Excited kut! Memang tak rancang sebenarnya sebab famili aku tak mahu nikah time cuti sekolah. Check kalendar week after cuti sekolah jatuh kebetulan masa birthday aku. so alang-alang dah kan? Beliau pun tak kisah dan cakap hadiah birthday lah nanti ye?





Hari tu ada tanya opismate berbangsa cina pasal date kahwin aku. Ikut kalendar cina lah of course. Dia pun cakap date tu okay for get married. Eh, next year tahun Naga. Orang Cina cakap tahun Naga is tahun buat anak tau! HA-HA. Berusaha ya b2b 2012 sekalian.






lepas tu, check kalendar 2012, rupa-rupanya, time tu juga ada Fathers Day dan juga Isra' Miraj. Sebelah utara dapat cuti Isra' Miraj. So bolehlah famili sebelah sana nak datang kenduri nanti. Hurm, nak dijadikan cerita kan? Kebetulan.





Syukur sangat-sangat. time tu nanti ada 4 special day lah for my famili. hope akan meriah dan majlis berjalan lancar. Amin. Excited!






Finalize date Nikah + Sanding + Tandang - Settle

Sabah Trip; Part Four [Final]



sambungan (Part 3 click here)... part four (4) FINAL!!





adoi, boleh terlupa part last ni. sorry!





Hari Rabu which is our last day kat KK. Pusing-pusing area airport dan bandar KK sahaja. check out awal, pukul 10 pagi. terus gerak pergi sarapan kat area town. lepas sarapan, abah cakap nak bawa pergi Pasar Filipina. Betul-betul tepi laut. shopping kat situ, bau air masin wooo. ni gambar jalan-jalan kat sana. kitorang just jalan kaki pergi tempat tu. jauh gak! dah lah terik!


























untuk beliau. Jumpa kedai jual alat anda!





di Pasar Filipina, borong pearls tak ingat! murah-murah!




Rare sangat kan? sea horse kering. nak makan ke? untuk berubat kot. euwww





then aku dah start pening kepala. Masuk kereta terus gerak nak pergi tengok KKIA sebab mama cakap perfume kat sana murah. singgah makan tengahari kat sana. MCD sahaja. aku pun berjaya rembat seketul perfume. hehe.




habis shopping dan makan, terus gerak ke Terminal 2. Hantar kereta sewa, terus check in dan prepare untuk pulang!
















Bye-bye, Kota Kinabalu (KK) such great trip over there! mesti datang balik nanti. mana tahu boleh honeymoon kat sana kan?

Happy 9 month aniversary!!





today 13 december, genap 9 bulan jadi tunangan orang. cukup 10 hari dah beranak tau! hehe






current mood: idea nak update blog tak ada, dalam kepala tengah fikir nak design DIY veil nikah! Pening betul! tolong! idea please. Panjang ke pendek? bulat ke lonjong?






6 months 4 days to go...

Senarai Semak Bakal Pengantin [Detail]




Assalamualaikum





Seperti yang aku janjikan, kat bawah ni list secara detail untuk merancang wedding korang. Oh, lupa aku save dari siapa. Maaf. Malas cakap eh tulis panjang-panjang, enjoice!




Berikut adalah senarai semak untuk majlis perkahwinan atau persandingan. Sebaik sahaja kedua-dua belah keluarga telah menetapkan hari persandingan, maka perkara-perkara di bawah boleh dijadikan landasan dalam memastikan kelancaran majlis perkahwinan anda.



Bakal pengantin lelaki dan perempuan perlulah berbincang terlebih dahulu tentang beberapa perkara seperti berikut:



8 – 6 BULAN SEBELUM perkahwinan:


Bagi pengantin lelaki dan perempuan:

• Berbincang hal-hal perkahwinan (adat perkahwinan) dengan ibu bapa dari kedua-dua belah pihak bakal pengantin.
• Menentukan perbelanjaan yang akan dikeluarkan oleh kedua-dua belah pihak pengantin untuk majlis perkahwinan tersebut.
• Menentukan konsep majlis perkahwinan (hantaran, pelamin, bilik tidur dan lain-lain hiasan) yang anda ingini.(Majlis di hotel atau taman.)
• Rujuk direktori perkhidmatan perkahwinan (jurusolek, koleksi pakaian pengantin, bunga, kad jemputan perkahwinan dan lain-lain) di majalah, internet, buku atau melalui rakan-rakan yang telah berkahwin bagi mendapatkan gambaran awal.
• Mengenalpasti baju pengantin serta tetapkan bilangan pakaian persalinan yang diingini. (bagi yang bertudung, pastikan anda memilih pakaian yang disediakan sekali dengan pakaiannya)
• Tempah jurusolek/juruandam untuk majlis perkahwinan anda
• Mencari rumah baru, sama ada sewa atau membelinya.
• Kenalpasti Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam (swasta) yang berdekatan dengan kawasan anda, untuk mendaftar kursus pra perkahwinan.



Bagi pengantin lelaki:

• Semak semula jumlah sebenar wang hantaran yang dikenakan, (jika berlaku perubahan pada wang hantaran yang telah ditetapkan pada hari pertunangan anda) dan lain-lain hantaran.




5 BULAN SEBELUM perkahwinan:


Bagi pengantin lelaki dan perempuan:

• Menghadiri kursus pra perkahwinan di tempat dan pada tarikh yang telah ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam swasta.
• Menempah tok kadi untuk majlis pernikahan anda.
• Menempah videografi atau jurufoto untuk merakamkan detik-detik indah majlis perkahwinan anda.
• Membeli cincin kahwin.
• Tentukan sama ada anda ingin memasak sendiri atau menggunakan khidmat katerer. Jika ingin menggunakan khidmat katerer bincangkankan menu hidangan untuk majlis anda, serta harga yang ditawarkan.
• Menyediakan senarai tetamu yang akan dijemput
• Menempah sekumpulan pemuzik dan DJ (jika perlu)
• Lakukan rawatan muka, badan dan rambut.
• Jika ingin berbulan madu (dalam negara atau luar negara), tentukan tempat dan budjet untuknya. Segerakan bayaran pendahuluan bagi mengelakkan tempat ditempah orang lain.




3 BULAN SEBELUM perkahwinan:


Bagi pengantin lelaki dan perempuan:

• Memilih dan mencetak kad jemputan kahwin.
• Mengesahkan tempahan di hotel atau taman termasuk jumlah meja dan kerusi, menu dan sebagainya.
• Melakukan pemeriksaan kesihatan di klinik atau hospital.
• Rawatan intensif muka, badan dan rambut.


Bagi pengantin lelaki:

• Memaklumkan kepada saudara-mara tentang hari berlangsungnya majlis pernikahan anda.
• Mengenalpasti beberapa orang (saudara mara atau jiran-jiran) yang akan menyertai rombongan pihak lelaki.


Bagi pengantin perempuan:

• Kenalpasti dua orang saksi untuk majlis pernikahan anda.
• Bagi wanita yang kematian bapa, sila pastikan siapa wali nikah anda. Jika anda tidak mempunyai wali nikah, sila dapatkan wali hakim, dari mana-mana Jabatan Agama Islam untuk menikahkan anda.




2 BULAN SEBELUM perkahwinan:


Bagi pengantin lelaki dan perempuan:

• Membeli barang kemas
• Tentukan pengapit anda, jika perlu carikan baju yang bersesuaian untuk pengapit anda.
• Menghantar kad jemputan kepada para tetamu yang ingin dijemput.
• Merujuk kepada Jabatan Agama Islam dan Pejabat Islam Daerah untuk proses mendaftar pernikahan anda.




3 MINGGU SEBELUM perkahwinan:


Bagi pengantin lelaki dan perempuan:

• Pastikan pakaian pengantin anda telah siap dan ambil pakaian tersebut jika anda telah berpuashati.
• Pastikan ada seseorang yang akan menjaga barang-barang anda semasa majlis perkahwinan berlangsung.


Bagi pengantin perempuan:

• Pilih gaya rambut yang anda ingini semasa majlis perkahwinan anda (bagi yang bertudung, pastikan gaya tudung yang akan dikenakan pada majlis perkahwinan anda nanti).




3 – 1 HARI SEBELUM perkahwinan:


Bagi pengantin lelaki dan perempuan:

• Menghias pelamin, bilik tidur pengantin, membuat sirih junjung dan lain-lain hantaran.
• Sediakan seterika, papan seterika, cermin, jarum dan benang, bagi memudahkan anda jika berlaku kecemasan.
• Jika perlu ingatkan tetamu anda tentang majlis perkahwinan anda melalui telefon.
• Hubungi jurufoto, juruvideo dan lain-lain (kompang, silat dan sebagainya) anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut.
• Sediakan (packing) barang-barang yang perlu dibawa ke majlis tersebut. Elakkan melakukannya di saat-saat akhir kerana dikhuatiri ada barang yang tertinggal.
• Mandi air panas bersama aromaterapi untuk kesegaran badan.
• Tidur awal dan bersedia untuk menghadapi hari bahagia anda.


Bagi pengantin lelaki:

• Tentukan siapa yang akan menjadi jurucakap bagi rombongan pihak lelaki dan tuan ruamh pada majlis pernikahan.


Bagi pengantin perempuan:

• Hubungi hair dresser anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut.
• Kenalpasti siapakah yang akan ditugaskan untuk menyambut tetamu pada hari perkahwinan anda. (begitu juga bagi majlis di pihak lelaki)




PADA HARI PERNIKAHAN:


Bagi pengantin lelaki dan perempuan:

• Pastikan anda membawa kad pengenalan, gambar, dan apa-apa dokuman yang diperlukan semasa majlis ijab dan kabul.


Bagi pengantin lelaki:

• Pastikan anda telah menyediakan wang mas kahwin pada hari pernikahan anda.
• Pastikan wang hantaran (terutamanya wang tunai) diamanahkan kepada orang yang boleh dipercayai.
• Pastikan anda telah menyediakan wang (upah) untuk diberikan kepada tok kadi.
• Cincin / gelang tangan / rantai.
• Sirih junjung dan lain-lain hantaran.
• Pihak lelaki dan pengiring mestilah datang lebih awal sekurang-kurangnya setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan.
• Pastikan mereka yang menjadi saksi dan wali turut ada pada majlis pernikahan tersebut.
• Pastikan tok kadi yang akan menikahkan anda, telah diberitahu lebih awal tentang hari pernikahan anda.
• Pada malam majlis pernikahan, majlis persalinan baju (jika perlu) diadakan. Pakaian yang biasa dipakai ialah baju yang menjadi kebanggan sesebuah negeri seperti baju Sari, Cheongsam, Minangkabau, Jawa, Mendaling dan lain-lain.




PADA HARI PERKAHWINAN:


Bagi pengantin lelaki dan perempuan:

• Ambil sarapan seawal tujuh pagi, bagi mengelakkan anda lapar, mengantuk dan tidak bermaya.
• Jangan takut untuk menghadapi hari bahagia anda. Bertenang dan sentiasa senyum.
• Pastikan majlis anda berjalan lancar seperti yang telah dirancangkan.


Bagi pengantin lelaki:

• Pastikan anda datang tepat pada masanya atau sekurang-kurangnya sepuluh minit awal dari waktu yang telah ditetapkan
• Pastikan kesemua hantaran telah dibawa termasuk sirih junjung


Bagi pengantin perempuan:

• Pastikan anda telah bersiap satu setengah jam lebih awal sebelum pengantin lelaki sampai ke rumah anda.




3 HARI SELEPAS perkahwinan:

• Melawat keluarga dan sanak saudara kedua-dua pihak.

ilham direct dari otak





Assalamualaikum.





kita nak cerita pasal apa ye? mari update blog dengan enak sebab bos tak ada balik kampung. yahoo! Isnin selangor cuti pulak. 'Ayahanda Kita' Sultan Selangor punya birthday besok. So berjimba-jimba.





eh, besok FMIL & FFIL mahu datang ke rumah untuk buat last confrimation untuk majlis besar next year. ala, sembang-sembang bakal besan sahaja. tak ramai datang pun. 1 kereta saja kot esok. so hari ni kenalah kemas rumah dan settlekan apa-apa yang patut. minggu ni tak dapatlah dating. wah kau! mentang-mentang dekat, asyik jumpa saja. sebab tu mama suruh kahwin awal. hehe





aku kelmarin dah serbu jakel beli border lace nak buat veil. beli terus simpan. boleh? malas gila nak DIY lagi, nak settle DIY benda lain dulu. sambil-sambil tu surf internet untuk cari ilham. kelmarin mama pun dah pesan suruh settle kad kahwin cepat-cepat. gila ah! lambat lagi. katanya nak pass kat orang kampung (kedah & perak) untuk edar-edar kat sana.





banyak benda tak settle lagi ni. semua tunggu next year, sebab mama dah nak start pencen middle january ni. lepas tu semua aku serah kat mama. bagi duit sahaja. dalam kepala otak, fikir macam mana nak design bilik pengantin ni???




semalam juga ada kekuatan (cewah) nak tanya abah aku nanti boleh ke tolong nikahkan anaknya ni. huh, jawapan yang sama macam mama, 'tengoklah macam mana, suruh tok iman lah nikahkan' (-_-) abah aku cuak lah tu. hehe. tak apalah, tunggu dekat-dekat nanti aku tanya balik, mana tau tukar fikiran pula kan? aku plan nak cakap awal-awal supaya abah tahu hasrat aku, then suruh dia fikir-fikir balik, cari kekuatan. so, tunggu dan lihat sahaja nanti.





sebenarnya aku nak cerita benda lain, tertulis benda lain. kita KIV lah cerita tu. oh, b2b 2012, siapa yang belum join group 'b2b 2012' kat facebook, sila-silakan. sangat best! kita kongsi everything! dari kaca mata b2b. best sangat! timeline memang laju bergerak. nice to meet b2b semua!




by the way, million thanks for those yang sudi follow dan exchange link dengan aku. especially b2b kesayangan semua! blog anda menjadi ilham dalam persiapan kita. terharu sangat-sangat-sangat.

Senarai Semak Bakal Pengantin [simple]





Assalamualaikum





Aku dah kata, kalau update blog ni, mesti ikut mood. Sekali mood datang, mencurah-curah idea dalam kepala otak. Kalau tak, berminggu-minggu tak update.




Okay, kali ni entri berkisar mengenai (ayat karangan betul) senarai semak khas buat b2b kat luar sana. yang ini aku ceduk sebiji-sebiji dari BakalPengantin.com





Ini versi simple, mudah dan tak pening kepala. nanti aku update versi yang panjang pulak. Harap dapat menjadi panduan untuk korang dan aku.





12 BULAN SEBELUM MAJLIS PERKAHWINAN


1) Memilih tarikh untuk majlis pernikahan dan persandingan
2) Memilih lokasi majlis, waktu jamuan dan tempahan makanan
3) Menentukan gaya serta tema majlis persandingan
4) Mengaturkan bajet
5) Memilih perancang majlis perkahwinan yang terbaik dan mengikut kemampuan anda
6) Mengumpul nama tetamu
7) Memilih pengapit, pengiring serta pengacara majlis
8) Memilih cincin pernikahan
9) Memilih kek pengantin
10) Memesan cenderahati untuk tetamu




5 BULAN SEBELUM MAJLIS PERKAHWINAN


1) Menyelesaikan semua urusan persandingan(membayar deposit, pergi memilih dan mencuba kelengkapan pakaian).
2) Memilih dan menentukan semua kelengkapan perkahwinan (kad undangan, kek perkahwinan, bunga tangan, jurugambar, jurusolek dan lain-lain)
3) Menghubungi kadi dan pejabat agama Islam
4) Menghubungi saksi pernikahan
5) Membuat rawatan ke spa





2 BULAN SEBELUM MAJLIS PERKAHWINAN


1) Menyenaraikan nama tetamu
2) Membuat perancangan majlis bersama pengacara majlis
3) Merencanakan bulan madu
4) Mengaturkan tempat tinggal saudara yang datang dari jauh
5) Memastikan rawatan spa secara intensif
6) Memastikan bunga telur dan cenderahati yang telah ditempah siap
7) Memastikan ukuran baju anda sesuai dengan bentuk tubuh anda dan pasangan





SEBULAN SEBELUM MAJLIS PERKAHWINAN


1) Mula mengirim kad undangan untuk saudara jauh
2) Memastikan cincin anda dalam ukuran yang betul
3) Berbincang dengan jurufoto konsep gambar yang anda inginkan
4) Menempah penginapan untuk percutian bulan madu
5) Memastikan semua keperluan majlis perkahwinan, persandingan dan resepsi lengkap
6) Memilih muzik atau lagu ketika majlis perkahwinan berlangsung

AA Promo! Tahan Nafsu jek!

AA dah mula buat promotion!!






AA dah mula buat promo tiket 10 sen. tadi aku dah jumpa pergi phuket 10 sen. tapi kena hari biasa. Mula-mula confident nak book date bulan june lepas tandang, tengok harga kenapa mahal sangat, rupa-rupanya promo untuk bulan julai until oktober next year. oh! mama ku dah book pergi bandung bulan 10 sempena birthday abah katanya. aku pula kena standby jaga adik-adik yang dah besar. malas betul, dah la time tu dah berlaki. HA-HA tapi dengar-dengar company trip bakal husband pergi bali bulan 10 next year gak. so boleh buat honeymoon. kalau dapatlah. tak harap sangat.






so, sedih la aku sorang-sorang sebab lepas diskus dengan bakal husband, beliau pun cakap susah nak cuti time weekday. nanti site tempat kerja dia haru biru. aku keluar dating cari hantaran lepas pun orang kat site dia dah sibuk call-call. macam mana mahu ditinggalkan pulak kan? aku? no hal je, nak cuti senang. bos leh kautim. cayalah!






b2b lain, good luck ye survey honeymoon anda! aku pergi dalam Malaysia saja. next time pergi luar Malaysia.

10 bulan 10 hari.







Selepas pertemuan petang tu, tiba-tiba....





kring kring... (HA-HA, bajet bunyi hp sendiri macam tu. Gasak ah!)






K : next year, bulan 6, lepas tu 2013 bulan 4 pulak (suara excited! Aku mula dah start pelik)



D: Kenapa?



K: Yelah, 10 bulan 10 hari kan? (confident giler ah time cakap)



D: *blur~



K: yelah, time tu bulan 4. kan birthday abang.



D: Hah, yela. (kira bulan guna jari. tiba-tiba, macam ting *mentol keluar kat kepala) Hey, 9 bulan 10 hari lah!



K : (suara tahan malu) yeke? tak kisahlah. kalau ada rezeki dapat baby time tu. anak abah la dia...



D: Yelah. anak abah ye? hehe







Suka hatilah wahai kanda. kang masuk pulak pakcik tu. Ampun!

Free [Wordless Wednesday]



Indah pagi ni sebab....







aman duniaku sekejap!



yahooo!!

Shawl + Inner + Veil Nikah






Assalamualaikum





Tengok tajuk kat atas confrim dah tahu nak cerita apa kan? so journey bermula dalam misi mencari kat net untuk dijadikan veil nikah. yup, kain net. aku tahu ramai b2b nak buat veil dari kain chiffon. masa tunang aku pakai kain net. lepas tu macam bekenan pulak dengan veil dari kain chiffon. last minute tukar balik kepada net. entahlah, aku lebih suka kain net tu dijadikan veil sebab veil kan dari net. chiffon tu nanti nampak macam sama dengan shawl pulak. pada aku lah.







aku berjaya rembat kain net yang sangat lembut harga berpatutan. Jakel kan tengah sales. masa tu search kat area city one plaza, tak jumpa warna yang aku nak. pergi Jakel KL, sangat banyak variety warna veil. nak tak nak, terembat 1 meter bidang 60 kain net, half price. berbaloi lah rasanya sebab masa tunang kain net veil harga sama tapi keras sikit. Kali ni net tuh sangat lembut dan tak kejung sangat. Warna kain net which is cream more to brown. Maybe try to get border lace in white or brown.






tunggu masa dan ilham datang untuk cari border lace kat jakel sementara tengah sales ni. Lepas tu teruskan misi untuk DIY lah. Design veil masih tak jumpa. tunggu next update! Otak tak tetap pendirian lagi.



Veil * Settle -----> DIY






tadi siang masa lunch time dengan mamaku, secara tidak sengaja pergi rembat sehelai shawl satin untuk Nikah Time kat Carefour Shah Alam. Aku dah usha lama nak cari shawl chiffon or satin. memandangkan stok sendiri dah tak ada warna pilihan, terpaksa tokey shawl merembat shawl kat tempat lain. Tapi warna shawl agak gelap sedikit dari baju. harap-harap masuk lah warna tu. ala-ala experimental warna aku nak try ni. so, kesimpulan, shawl berjaya dirembatkan.



Shawl Nikah *Settle






tadi masa cari-cari barang untuk customer, rupa-rupanya aku still ada stok inner warna yang dekat-dekat sama dengan baju Nikah aku. Nasib baik. Jimat duit dan tak payah nak peningkan kepala mencari. Tapi sebenarnya aku nak cari inner biasa, tak mahu inner awning. Inner yang aku jumpa inner awning, (Stok inner lama dalam simpanan aku) Mungkin inner tu aku akan tetaskan untuk keluarkan awning dia. tak syok nanti husband nak kiss dahi terganggu dengan awning aku. HA-HA. boleh?



Inner Nikah *Settle ------> DIY





Tema warna persalinan untuk Groom & Bride masa nikah adalah Dust Brown. Final.

AzamHashim - Photography [Promotion]





Promotion!! Special for those b2b out there!




BOOK NOW! GET MORE! FREE ALBUM!















Click here to book

PromotionPeriod: 1 Nov 2011 - 31 Dec2011

Booking: Click here -> http://on.fb.me/gVXg3d




Contact Person : azamhashim
email : enquiry@azamhashim.com / azam_hashim@hotmail.com
website : www.azamhashim.com
blog : blog.azamhashim.com
facebook : AzamHashim-Photography



Kursus Kahwin * Done






Assalamualaikum




Alhamdulilah, selesai hari ni. Setelah berhempas pulas (yeke? teruk benar bunyinya) selama 2 hari berkampung kat Bangunan Sultan Idris Shah, Shah Alam, kitorang dah berjaya menamatkan kursus kahwin. Syukur, semuanya berjalan lancar. Wedding checklist pun dah start cross. lepas ini, Insyallah bulan 2 or 3 buat ujian HIV dan Talasemia. HIV wajib, Talasemia sampingan. saja nak buat sekali, dah alang-alang cucuk jarum di badan. ouch! jangan pengsan sudah. dahlah aku ni mabuk darah.





so far kursus sangat best! cuma suasana sangat sejuk sebab sekarang musim hujan kan? dengar ceramah sure mengantok. nasib baik dapat ustaz-ustaz yang buat lawak tak henti-henti. sampai kembung pipi aku gelak. hari ni kronik sikit gelak kitorang. adoi! tapi good effort la kan? supaya peserta tak terlelap.





setiap hari kena harung 4 sesi ceramah. rasanya yang paling penting, ceramah pertama sebab cerita prosedur pernikahan / ijab qabul. tapi kepala ni banyak yang blur lagi. oh, dalam ceramah tu juga cakap, Selangor dah tak wajibkan duit hantaran. dorang dah ubah jadi duit pemberian. kiranya tak wajib la duit hantaran tu. tapi kalau nak bagi alangkah bagusnya!





oh, lagi satu, next year dorang dah start nak buat online system untuk isi borang nikah. kalau korang perasan, borang-borang yang sebelum ni korang boleh download, dah dilinkkan kepada online system. diulang, korang just isi online semua borang. tapi jangan tanya aku, sebab aku blur juga, nanti nak try call pejabat agama if isi borang macam biasa, dorang still boleh terima or tak.





lagi satu, mulai tahun depan juga, sebelum ni kalau anak sulong perempuan nak bernikah, wajib disertakan sijil nikah ibubapa kan? lepas ni anak perempuan nak kahwin, tak kira anak sulong, tengah or bongsu, semua kena sertakan sijil nikah parent.





okla, cerita isi kandungan ceramah. Dalam ceramah tu, kita akan dapat knowledge terutama nya dalam hubungan suami isteri, pengurusan kewangan dan masa, komunikasi suami isteri, kesihatan dalam rumah tangga, cerai, rujuk, taklik, tangani stress dalam rumah tangga.






bagus jugalah, at least kita dapat gambaran macam mana alam berumahtangga. Ia akan buat kita terfikir, perancangan perkahwinan ni, bukan sahaja masa nak buat preparation wedding, tapi kehidupan selepas berkahwin. Adakah kita cukup persiapan mental dan fizikal. penting tu! Jangan sebab hal-hal kecil, akan timbul masalah yang lagi besar.





apa yang aku dapat dari kursus kahwin ni, alam rumahtangga ni, komunikasi sangat sangat sangat penting. belajar bertolak ansur dan berbincang dan paling penting, dapatkan restu orang tua. baru hidup kita diberkati, Insyallah.





Alamak, macam serius pulak entri ni. Almaklumlah, lain macam feeling baru balik dari kursus ni. HA-HA.




by the way, kursus ni RM80 untuk 2 hari. dapat 3 kali makan setiap hari. dapat pamplet dan sijil. kalau nak apply, boleh buat website Jais (Click Here) then download borang terus fax kan. call untuk buat double check tarikh kita pilih. oh, kursus sampai hujung tahun dah penuh. kena tunggu next year pulak.












gigih benar la aku pergi tangkap gambar nak masuk dalam blog ;p





Kursus Kahwin - *Settle






Good Luck!

Pengakuan






i have to admit yang aku suka baca blog b2b lain. sejak menjak nak dekat ni. setiap hari tunggu b2b dalam list update entri. tolonglah update blog anda selalu. HA-HA. nak sendiri update malas gak kadang-kadang. ah, ilham tu datang bila bos ada depan mata, macam mana nak update. bos pulak suka lalu depan ulang alik. mana tak tensen.





b2b lain, update la entri anda selalu. saya suka baca persiapan anda. boleh? suka hati aku je kan?




entri merapu kali ni. maaf.

Budget Videographer [Important!]






IndahKarya (IK)





Sebelum ni, vendor ini (IK) aku dah recommend for those yang mencari bajet videographer. sila lihat entri ini. few days ni, their got some issue with their client. as for me yang recommend kepada b2b di luar sana, sorry IK if i have to say, not recommended at all. but if mereka sudah berubah, mungkin ada aku akan fikirkan semula.





sesiapa yang dah booked dengan IK, better dapatkan confrimation dari mereka. try bincang juga dengan ex-b2b or b2b lain.






benda nak jadi kan? patutlah, nak book dorang tapi asyik ada masalah, benda yang halang. banyak dari terlepas dengan promo dorang. Ada hikmah di sebaliknya. alamak, macam kasi hint aku amik OV yang mana kan? tunggu.






nampaknya, my list become shorter. tinggal 3. actually still waiting for a feedback from few OV vendor. Masih berharap. Kalau dah dapat, aku update list tu okay?






Good Luck B2B 2012!

Azam Baru






Assalamualaikum





Eh, hari ni dah masuk 1 december kan? Pantas berlalu. kita pula baru lepas sambut Maal Hijrah iaitu permulaan tahun baru dalam kalender Islam. Dah alang-alang kita dah masuk tahun baru Islam dan tahun baru Masihi ni, aku nak review azam baru untuk 1433 hijrah & 2012 sekaligus. Senang cerita. So azam aku untuk tahun akan datang ialah......




menjadi sesorang yang lebih baik dari sebelum ini





yeah, semua orang mesti macam tu kan? berubah menjadi lebih baik. Tiap hari bangun dari tidur berharap hari yang bakal dilalui menjadi lebih baik dari semalam kan?





wishlist sampingan (azam tahun baru Insyallah akan tercapai)


1) Nak kurus before wedding (ala turun 3-4kg cukup)

2) being as wifey *blushing

3) Move from negative to positive

4) increase investment

5) baby, hope so *Pray

6) Give fully support & guide my sibling & Parent

7) Find new job (move to new environment)





harap azam baru 2012 akan tercapai. korang macam mana? azam 2011 banyak dah tercapai? tak tercapai boleh carry forward for next year kan?





Good Luck!

Wedding Tickers








still counting. Doa-doakan lah ye? Masuk 1xx pula.



Perasaan? Biasa jek. HA-HA belum masuk fasa mencemaskan ala bridezilla lagi.


hunting barang hantaran




Assalamualaikum





Rasa macam pukul 12 tengah malam, padahal baru pukul 10. tadi siang aku keluar rumah pagi-pagi cadangannya nak sarapan sama-sama dengan tunang. MENGADA! Last-last tak tahu nak pusing mana, pergi KL lebih tepat, Jalan TAR. Pusing-pusing sana dari pukul 10 pagi sampai pukul 2 petang. bayar parking dekat 15 ringgit. mahal betul! nasib baik sempat selesaikan misi cari barang hantaran. dapatlah masing-masing 2 jenis. so, checklist dah start bergerak sedikit demi sedikit. walapun tinggal 6 bulan lagi before kenduri, kitorang dah start beli time sales giler-giler. peh! kat Sogo macam pasar jual ikan. dapatlah couple set perfume within our badget. Almaklumlah kami bakal pengantin badget ciput tapi perasan nak majlis grand. HA-HA





dari Jalan TAR -> Semua House -> City One Plaza -> Jakel KL -> Sogo -> Makan -> Sogo balik lepas tu hujan rushing bawa paper bag besar nak ke kereta. lepas tu berdesup pergi Jusco Bukit Tinggi, tak jumpa barang pergi pulang Jusco Bukit Raja, kepala aku dah start pening. dah tak larat cakap dengan incik Tunang, kita sambung cari next month. Sales kan sampai hujung tahun. sempat! Nak shopping barang kat Jusco sahaja sebab niat nak collect point dapat redem voucher kan? Yup, para pengantin harus berbelanja dengan bijak dan berhemah!





Perhatian, semua Mall sales. barang pun banyak choice sampai rabun mata. banyak misi DIY dalam kepala ni. nanti kita reveal.




oh, kepada siapa nak tengok checklist aku mungkin nak buat sebagai panduan, boleh click link kat bawah ni. sharing is caring. oh, kalau nak tengok vendor boleh klik kat link yang berwarna biru kat setiap list tu.





Epa Wedding Checklist





Nak tanyalah, b2b lain rasa, bila masa yang sesuai untuk shopping barang hantaran? Barang yang mana korang akan dahulu kan? Korang akan beli time sales sahaja or tak kisah bila-bila? Mesti beli barang yang ada less or sanggup beli barang idaman walaupun tak ada less?


Link

Sabah Trip; Part Three





sambungan (Part 2 click here)... part three (3)




Hari terakhir kami berada di Sabah. Cadangnya nak jalan-jalan dekat-dekat area town sahaja. sebab trip semalam penat dan jauh gila. so mulakan dari sarapan mencari nasi lemak tapi hampa. nasib baik jumpa roti canai depan 1 Borneo.




oh, ni lokasi tempat penginapan kitorang. betul-betul bawah shopping mall terbesar kat kota kinabalu.








tempat makan





Lepas dah selesai melantak. teruskan perjalanan ke bandar Kota Kinabalu. Jalan-jalan sambil nikmati pemandangan.










lepas tu entah macam mana boleh jumpa tempat obsevation ni. nama tempatnya Bukit Bendera. Ingat kat Penang sahaja ke yang ada. Sabah pun ada tau!






Bandar KK



mengadap laut








Turun Bukit Bendera jumpa Kota Kinabalu wetland centre. singgah tapi tak masuk dalam sebab tak larat jalan plus burung tak datang time-time. kawasan ni open space, so burung akan datang ikut musim.












Kawasan Kampung Air







Kami singgah juga ke Lok Kawi Wildlife Park. Tengok binatang liar! best!
















































then teruskan perjalanan ke Beufort. Konon nak tengok Labuan. Jauh gak! Last-last patah balik sebab dah lewat malam sangat. Malam tu makanan kami ditaja oleh sepupu abah yang duduk Sabah. Makan kat Chinese Restoran. Tapi tak amik gambar sebab bateri dah kong lupa charge. lepas makan balik tidur la sebab besoknya nak balik semenanjung dah!




bersambung.....