Review: Manly 120 eyeshadow palette. kalau korang rasa nak cantik macam Michelle Phan or Tiffany D, mari baca entri ini.

salam.

aku baru perasan sejak akhir bulan november hari tu, aku sangat addicted dengan makeup. okay, dulu pernah masa zaman diploma then time kerja sekejap sebab masa tu ada duit untuk beli barang makeup. now, kegilaan tu kembali. bukan maksudnya sebelum ini aku tak makeup. NO! sebelum ni makeup sangat diperlukan untuk menutup segala tanda-tanda tak cukup tidur masa study, walaupun time study bukan nak tunjuk kat siapa-siapa pun. benda wajib yang perlu dicalit kat muka ni, foundation, compact powder dan paling penting, EYELINER!! nampak tak kepentingannya setelah di capslock?!

sejak kegilaan bermain facebook makin berkurang, aku pun pergi ke youtube dengan niat nak tengok klip-klip video orang, tiba-tiba terfikir apa kata kita belajar menggunakan eyeshadow yang daboommm...

before this selalu surf belajar makeup thru this one very gorgeous lady named Michelle Phan!

see, she gorgeous right?

lepas tu lama jugaklah diam untuk tidak melihat gadis-gadis cantik bermakep.

suddenly, one fine day...

TERaccidentally buka 1 video called makeupbytiffanyd. oh my god! terus jatuh cinta mahu belajar makeup yang sangat cantik dari beliau. memang tak tipu. i love & envy her style of makeup.

in her video, dia suka sangat buat cute face yang kadang-kadang buat aku gelak sorang-sorang.

banyak video dia kat youtube. korang boleh search sendiri. and also banyak makeup style dan tips-tips yang dia sudi share with all viewer.

so, for those yang beginner macam aku ni, boleh la belajar style makeup simple and natural dari 2 makeup idol aku ni. senang sangat. so practice make perfect tau!

Disebabkan kegilaan yang melampau dengan idol tu, mestilah kena praktis jugak kan? baru boleh jadi terer. dengan berbekalkan bekalan bahan makeup dan warna yang terhad, aku harus fikir mana nak cari variety color of eyeshadow yang banyak but murah dan berbaloi-baloi. surf punyer surf, jumpa solution! Manly 120 eyeshadow palette ! nah, hambik kau! 120 color! macam-macam ada. price range rm70-rm90. korang boleh search sendiri untuk dapatkan harga yang berbaloi dengan budget anda!

so far yang aku pakai, warna tahan lama, banyak choice of color disamping harga yang murah. nak dapatkan banyak warna, contoh; aku dari dulu suka warna eyeshadow elianto yang pekat dan tahan lama but now variety warna dah kurang + dengan harga dah naik dari RM5 to RM6, memang tak berbaloi lah kan? so better cari manly ni. memang aku suggest lah for those yang tercari-cari kan? definitely this one is better. value for money!

meh meh aku tunjuk!

kotaknya putih!

inside; black color! nampak anggun di situ

tadaaa, presenting 120 eyeshadow palette! colorful kan?

part this one tak buka plastik lagi... aku tak try lagi warna ni

yang ini dah selamat aku tenyek kat muka sendiri dan muka adik-adik. HA-HA. paksa adik-adik untuk dimakeupkan oleh aku.

satu je problem makeup ni. ianya mudah pecah dan sangat rapuh. so handle with care!

next mission; untuk beli makeup brush 24 piece. dah jumpa supplier but duitnya tak ada. so end of this month lah. jangan ada 'orang tu' marah sudahlah. ;p

9 comments:

  1. brush 24 peice tu bp? klw murah habaq mai kat aku no.. :)

    ReplyDelete
  2. oh..dalam rm60 free postage...ko beli kt sini murah...tgh offer kalo xsilap...
    http://www.one2buy.com/

    ReplyDelete
  3. ak beli makeup 120 kaler tuh kt website tuh laa

    ReplyDelete
  4. mak ai.. juling mata tengok kaler2 die.. kalo ai, tatau nak pakai yg mane satu..

    ReplyDelete
  5. hi efa...wah wah wahhh! nanti dah mekap, tepek gambar tau. menarik jugak web yang efa share tu.

    sy ade beli mekap pallete beberapa bulan lepas,
    just share link...sy beli kat sini :
    http://angelinajoyce.wordpress.com/

    ReplyDelete
  6. myra: huhu...mmg pon..skng juling mate nk mix n match kaler ;p
    ain: wah..malu ah nak tempek muke..i makeup bese2 sj...

    ReplyDelete
  7. Hi ! it's One2Buy here and we are surprise that, you have review on this item. we had send you a discount code for 24 brushes, kindly check your email.

    ReplyDelete
  8. macam mane nak beli? saya nak beli sangat

    ReplyDelete