mari review azam tahun baru 2010 dan update azam 2011

salam.

tinggal 3 hari lagi sebelum tahun baru 2011 datang. tata 2010. diharap akan menjadi kenangan terindah dalam hidup kita. harapan tahun 2011 akan menjadi tahun yang lebih baik dan bermakna. Amin!

entri kali ni dah banyak kali aku tunda. sebab nak cari masa sesuai untuk publish. mari kita review azam tahun baru 2010 aku. dah tercapai ke belum. ke kena postponed?



azam tahun baru untuk awal muharram dan 2010

1. mahu dapat kerja tetap
- pending
2. mahu start buat saving untuk masa depan - current! adalah sikit-sikit, kadang-kadang terbabas jugak!
3. mahu konvo - success!!
4. sambung master - pending. mungkin bukan masa terdekat lah. sebab? jeng jeng jeng
5. relationship progress(cara calon suami terus, xmo cintan cintun, buang mase jek :p) - success!! insyallah akan bergerak ke next step
6. develop new biz - success! alhamdulilah, bisness sedang berjalan dan harap maju lagi lah.
7. bantu family - current! dapatlah tampung dan tolong sikit-sikit. semoga akan berterusan.

azam tahun baru 2011!

1. cari kerja tetap. kalau boleh kerja gomen.
2. kena terusan buat saving!
3. tolong family lagi dan lagi dan lagi.
4. harap bisness ada terus success lagi, kalau dapat buka butik pun best!
5. relationship kalau boleh move to next step. doa-doakan lah!

harap tercapailah impian 2011. korang punya azam baru ape?

No comments:

Post a Comment