apa korang ingat dah ada degree ni terjamin untuk korang dapat kerja?

salam.

mari kita review tahun 2010 dengan 1 topik penting iaitu alam pekerjaan. sedar tak sedar dekat 1 tahun dah aku kerja. oh, i missed student life badly!!! kalau korang dah sedia maklum, aku ni dari awal tahun haritu aku dah mula masuk ke alam pekerjaan atau lebih tepat bermula januari sampai lah april aku dah start buat praktikal kat company ni. masuk saja bulan 5 aku dah mula goyang kaki sekejap kat rumah sebab tak dapat kerja lain.


oh, baru aku tahu betapa susahnya nak cari kerja!


Lepas tu jodoh aku makin kuat pula dengan company tempat aku praktikal ni. Bulan 6, dorang pun panggil lah aku balik untuk interview dan kebetulan untuk ganti tempat staff lama yang sambung belajar. walaupun gaji yang aku dapat ni tak sama banyak dengan apa yang aku bayangkan masa belajar dulu; oh, ingat gaji ribu riban! tak masyuk, tapi aku masih bersyukur dengan rezeki ni. sekurang-kurangnya dapat juga aku bantu famili dan bayar apa-apa yang patut. dari menyusahkan famili better aku kerja jela, cari pengalaman. tapi aku harap sangat impian untuk dapat kerja gomen tercapai. oh, boleh masuk dalam list azam baru setiap tahun sampailah dapat! hehe.


hurm, ada kerja kosong tak untuk saya?


apa korang ingat dah ada degree ni terjamin untuk korang dapat kerja? silap besar lah. semuanya terletak pada rezeki. ada juga kawan aku yang boleh diketegorikan best student pun dah berbulan goyang kaki kat rumah.


kalau fresh grad macam aku ni, tak payah berangan nak demand gaji tinggi-tinggi sebab kau tak ada experience okay?


sila fahami statement di atas. aku tahu memang tak boleh demand gaji, melainkan dah ada experience 3 4 tahun kerja. oleh itu, kalau dah dapat job tu terima saja lah walaupun gaji kecik. apa yang penting? bukan kerjasama tapi pengalaman yang korang dapat tu. itu yang berharga. kalau boleh kumpul segala ilmu yang akan korang dapat dari job tu. tak salah untuk kita mula dari bawah, sebab akhirnya nanti kita akan hargai titik peluh usaha kita tu nanti.


aku ni dah berlambak hantar resume, tapi tak pernah kena panggil interview pun.


hurm, korang kena ingat, setiap tahun beribu pelajar grad kat Malaysia ni. itu belum masuk student yang belajar kat oversea tu. bayangkanlah, ada 1 kerja kosong tapi yang apply 100 orang? macam mana nak dapat tu. payah kan? jangan putus asa. Insyallah rezeki tu akan tiba, cuma masa belum mengizinkan. banyakkan berdoa dan rapatkan diri dengan Tuhan dan SABAR!

diulang...

SABAR!!!


semoga tahun depan dapatlah merasa rezeki baru. Amin!

notakaki: entri ini lebih kepada memberi semangat kepada diri sendiri.

3 comments:

  1. sokong cik epa! keje dulu...dah ada pengalaman best2, agak2 dah bole cari market untuk diri sendiri, mase tu ler baru bole demand...

    1stly, majikan tu memang nak tengok, staff dia leh wat keje ke tak? sebab dalam qualification kertas tu, takde tulis this person can work nicely... =p

    ReplyDelete
  2. betol tu cik epa

    fresh graduate xleh memilih keje

    ReplyDelete
  3. cik ain: huhu, betul2...sbb tuh majikan ada takut nk amik fresh grad sbb takut xleh buat keje... terutama compny yg beso2...

    cik lya: betul!! ;)

    ReplyDelete