antara lagu-lagu pengantin yang wajib dipasang masa kenduri nanti.

salam 1 malaysia semua.

disebabkan baru lepas makan ubat selesema ni. kepala pun dah bengong2 sebab tadi kemas rumah kena habuk. so tengah fikir nak update apa untuk next entri. sekarang dah slow update entri la. tahun lepas entri dekat 3 ratus. tahun ni dah bulan 12 tapi entri baru seratus lebih.

oh, dah nak habis tahun ni. cepat betul masa berlalu. tup tup dah nak habis tahun. insyallah next entri nak review azam tahun ni yang dah tercapai dan belum.

bila masuk hujung tahun ni, confrim banyak undangan majlis perkahwinan dan tunang kan? so saya nak share di antara lagu ferevet kawin yang mungkin akan dipasang untuk majlis kawin saya. haha. bila? tunggu. insyallah. mana tahu tahun depan hujung tahun dah tukar status. siapa menduga kan?


tajuk lagu: bunga rampai.
bila dengar terus berkobar-kobar nak kawin. sila-sila cepat hantar meminang. hahaha.



tajuk lagu: selamat pengantin baru
mesti dipasang berulang kali time nak bersanding. haha



tajuk lagu: direnjis-renjis
hah, mestilah time nak renjis atas pelamin tu dipasang ye?



tajuk lagu: joget malam berinai
hah, rasa nak joget2 lah malam berinai nanti ;p

oklah. cukup 4 lagu. antara lagu-lagu evergreen la. memang best untuk dipasang.

selamat pengantin baru untuk bakal dan yang dah lepas kawin. lagu-lagu di atas dituju kepada anda. semoga berbahgia sampai ke akhir hayat.

notakaki: haha, tak pernah buat entri ni. nampak sangat sudah matang. alamak tahun depan 26 la. haiyooooo. mungkin next year akan banyak entri. hehe. dabel meaning tuh ;p

2 comments:

  1. efa skrang banyak update pasal kawin2 la... dah ade ura2 kah?

    hehehehe

    ReplyDelete