Congratulation skuad Harimaumalaya! Malaysia Menang piala AFF Suzuki. Khairul Fahmi tangan macam magnet!


salam semua!

akhirnya kejuaraan piala AFF suzuki milik kita. milik malaysia wooo, setelah 14 tahun menanti untuk dapat. tahniah semua! tahniah Malaysia. tahniah skuad harimaumalaya, tahniah k. rajagopal.

semalam aku banyak update thru twitter. yang paling best, trending topic in worldwide nama #Khairul Fahmi dan #congratulationmalaysia

dasyat woooo!!

mula-mula memang dasyat ar tangan khairul fahmi che mat the goal keeper! macam magnet kot. memang kita kena belasah kaw-kaw! siap kena kepung dengan 3 player indon tau! walaupun keputusan 2-1 kita kalah gol, tapi akhirnya kita menang bergaya dengan aggregate. haha, sejak tengok bola ni baru aku pandai pasal aggregate bola ni.

tapi paling banyak aku suke player safee sali dan player no 12. oh apakah nama kamu ye? biasalah perempuan mesti tengok jejaka kacak berlari-lari di padang bola.

source: google image

muda-muda player kita ni kan? memang bagus coach k. rajagopal beri kepercayaan kepada player muda yang semangat sangat tinggi!

yeay! majulah sukan untuk negara.

oh, khairul fahmi ada awek yang cun ye? mari jenguk blog dia! http://jejariruncing.blogspot.com/2010/11/how-i-met-your-incik-apex-part-1.html

dear eila, hope your relationship will lasting for ever! sweet ah korang!

source: elia personal blog

besok kita cuti wo! terima kasih perdana menteri!!

siapa rajin boleh pergi sambut team malaysia balik kat airport klia pukul 2 petang ini kalau tak silap.

mari review azam tahun baru 2010 dan update azam 2011

salam.

tinggal 3 hari lagi sebelum tahun baru 2011 datang. tata 2010. diharap akan menjadi kenangan terindah dalam hidup kita. harapan tahun 2011 akan menjadi tahun yang lebih baik dan bermakna. Amin!

entri kali ni dah banyak kali aku tunda. sebab nak cari masa sesuai untuk publish. mari kita review azam tahun baru 2010 aku. dah tercapai ke belum. ke kena postponed?



azam tahun baru untuk awal muharram dan 2010

1. mahu dapat kerja tetap
- pending
2. mahu start buat saving untuk masa depan - current! adalah sikit-sikit, kadang-kadang terbabas jugak!
3. mahu konvo - success!!
4. sambung master - pending. mungkin bukan masa terdekat lah. sebab? jeng jeng jeng
5. relationship progress(cara calon suami terus, xmo cintan cintun, buang mase jek :p) - success!! insyallah akan bergerak ke next step
6. develop new biz - success! alhamdulilah, bisness sedang berjalan dan harap maju lagi lah.
7. bantu family - current! dapatlah tampung dan tolong sikit-sikit. semoga akan berterusan.

azam tahun baru 2011!

1. cari kerja tetap. kalau boleh kerja gomen.
2. kena terusan buat saving!
3. tolong family lagi dan lagi dan lagi.
4. harap bisness ada terus success lagi, kalau dapat buka butik pun best!
5. relationship kalau boleh move to next step. doa-doakan lah!

harap tercapailah impian 2011. korang punya azam baru ape?

cepat! sebelum terlambat lalu menyesal :)



salam.

aku nak buat short announcement ni. sorry ye? dari menggunakan 'saya' terus guna 'aku' lagi best kut!

sekarang promotion YearEndSale Triolicious Collection sudah berada dalam minggu terakhir. cepat sebelum harga kembali kepada asal. nanti korang juga rugi.

harga hanger tudung bulat dah besi di turunkan.
shawl diturunkan harga.
belian 2 helai ke atas shawl campur mana-mana design korang boleh dapat free postage.

promosi berakhir 2 januari 2011!! cepat wooo....

ole ole ole ole, kita menang, kita pasti menang!

fulamak! stylo gila ah gambar aidil zafuan ni! koyak-koyak badan nampak jersy malaysia wo!



go Malaysia Team go!! buat yang terbaik untuk piala AFF 2010! semoga dapat beri kemenangan bermakna untuk rakyat Malaysia. tapi kalau dah menang tu janganlah lupa diri. teruskan usaha untuk memartabakan bola sepak Malaysia di mata dunia! gambate! sehingga ke titisan darah yang terakhir. oh apakah? macam pergi berperang pulak. keh keh keh!

dulu pernah pergi tengok bola kat stadium bukit jalil, malaysia lawan indonesia gak. oh, tak mampu nak pergi lagi. orang terlalu ramai, mak tak rela nyah! ;p

debaran malam ni, tak kesahlah score berapa janji menang! lepas tu isnin cuti! haha, berangan! macam kau perdana menteri.

source: google image

oh oh oh, feeling lebih ni beb!

salam.

entah kenapa rasa lagu ni sangat ngam dengan jiwa aku sekarang. rasa terfeeling sekejap. enjoice!! eh pesal ayat sebelah sama dengan oh! bulan?! Huhu.

untuk kamu!

Hanya satu pintaku untukmu dan untukku. baik-baik sayang, kerna aku untukmu.




Baik Baik Sayang by Wali Band

Aku tak ingin kau menangis bersedih
Sudahi air mata darimu
Yang aku ingin arti hadir diriku
Kan menghapus dukamu sayang

Karena bagiku kau kehormatanku
Dengarkan dengarkan aku

Reff:
Hanya satu pintaku untukmu dan hidupku
Baik baik sayang ada aku untukmu
Hanya satu pintaku di siang dan malammu
Baik baik sayang karna aku untukmu

Semua keinginan akan aku lakukan
Sekuat semampuku sayang
Karena bagiku kau kehormatanku
Dengarkan dengarkan aku

Back to Reff

entri diedit: lupa nak wish selamat hari natal untuk penganut kristian. malam tadi aku lupa nak sangkut stokin hujung katil. so tahun ni tak dapat hadiah dari santa clause! motip??! ampun ya?

dalam hati ada taman der



Aku Bukan Pilihanmu by Isma AF7

Jutaan hari berlalu sudah
Tak ku sedari begini jadinya
Kisah yang indah berlalu sudah
Cintaku musnah hancur berderai

Betapa dukanya hatiku
Bila cintaku tak ke mana
Hatiku kau guris luka
Ku tabahkan jua hatiku ini

Cintamu yang lalu
Masih ku terasa
Akan diri ini sama bagai dulu
Kenangan bersamamu
Masih ku terasa
Apakan daya aku bukan pilihanmu

Derita yang ku tanggung ini
Jiwaku terus meronta
Tak tertahan pedih hatiku
Hanya doa ku kirimkan untukmu

sejak aku dengar lagu ni kat radio terus tertanya siapa yang nyanyi. lagu ni best untuk dilayan woo. memang tak tipu. layak untuk dibuat lagu karaoke. oh, lama tak test suara ni.
sayu je dengar lagu ni.

dulu aku pernah rasa feel tu. lirik tu memang sebiji kena kat batang hidung sendiri dan aku tak mahu rasa perasaan tu lagi. perit! tak mampu hadapinya lagi.


maaf entri feeling-feeling sebab mood wa swing sedikit. wa ganas tapi dalam hati ada taman der!

adik aku dapat 8A untuk PMR dia! aku? speechless tau!

salam.

woooo, speechless bila dapat sms dari mama bagitau adik aku nombor 4 tu dapat straight A's!! 8A!! word cemerlang je banyak aku tengok kat slip result dia. OMG!! mana ada sejarah famili dapat 8A. hehe. kakak-kakak dia sekor pun tak de.

memang dasyat ar kau wani!


sebab bila masa dia study? dulu nak suruh study liat betul! asyik-asyik main laptop, main internet!

tapi dia memang hardworking lah! time kat sekolah je kot. kat rumah tak nampak dia study. kejap-kejap pergi koperasi sebab jadi koop sekolah.

tapi wa memang tabik spring sama dia!


mama aku siap termenangis wo tengok result dia. terharu beb!

trial pmr pun just dapat 4a je. siap masa nak apply mrsm kitorang mati-mati hasut dia tak payah pergi amik. sekali, hambik kau! slip 8A dia kasi lempar! hari ini parent aku senyum je, happy mood pasal tercapai juga hasrat ada anak dapat 8A pmr.

eh, pmr sekarang makin senang ke? atau dah ramai budak pandai ni. zaman aku dulu kenapa aku rasa 8A tu sangatlah susah!

congratulation my sista wani!! we so proud of you!! lepas ni kasi skor masa SPM lak k? 10A! lepas tu boleh pergi oversea! ada excuse lah aku nak jalan-jalan oversea pas ni :)



tengah fikir, aku nak kasi hadiah apa kat dia? mama nak kasi handphone baru. aku? hurm.....

apa korang ingat dah ada degree ni terjamin untuk korang dapat kerja?

salam.

mari kita review tahun 2010 dengan 1 topik penting iaitu alam pekerjaan. sedar tak sedar dekat 1 tahun dah aku kerja. oh, i missed student life badly!!! kalau korang dah sedia maklum, aku ni dari awal tahun haritu aku dah mula masuk ke alam pekerjaan atau lebih tepat bermula januari sampai lah april aku dah start buat praktikal kat company ni. masuk saja bulan 5 aku dah mula goyang kaki sekejap kat rumah sebab tak dapat kerja lain.


oh, baru aku tahu betapa susahnya nak cari kerja!


Lepas tu jodoh aku makin kuat pula dengan company tempat aku praktikal ni. Bulan 6, dorang pun panggil lah aku balik untuk interview dan kebetulan untuk ganti tempat staff lama yang sambung belajar. walaupun gaji yang aku dapat ni tak sama banyak dengan apa yang aku bayangkan masa belajar dulu; oh, ingat gaji ribu riban! tak masyuk, tapi aku masih bersyukur dengan rezeki ni. sekurang-kurangnya dapat juga aku bantu famili dan bayar apa-apa yang patut. dari menyusahkan famili better aku kerja jela, cari pengalaman. tapi aku harap sangat impian untuk dapat kerja gomen tercapai. oh, boleh masuk dalam list azam baru setiap tahun sampailah dapat! hehe.


hurm, ada kerja kosong tak untuk saya?


apa korang ingat dah ada degree ni terjamin untuk korang dapat kerja? silap besar lah. semuanya terletak pada rezeki. ada juga kawan aku yang boleh diketegorikan best student pun dah berbulan goyang kaki kat rumah.


kalau fresh grad macam aku ni, tak payah berangan nak demand gaji tinggi-tinggi sebab kau tak ada experience okay?


sila fahami statement di atas. aku tahu memang tak boleh demand gaji, melainkan dah ada experience 3 4 tahun kerja. oleh itu, kalau dah dapat job tu terima saja lah walaupun gaji kecik. apa yang penting? bukan kerjasama tapi pengalaman yang korang dapat tu. itu yang berharga. kalau boleh kumpul segala ilmu yang akan korang dapat dari job tu. tak salah untuk kita mula dari bawah, sebab akhirnya nanti kita akan hargai titik peluh usaha kita tu nanti.


aku ni dah berlambak hantar resume, tapi tak pernah kena panggil interview pun.


hurm, korang kena ingat, setiap tahun beribu pelajar grad kat Malaysia ni. itu belum masuk student yang belajar kat oversea tu. bayangkanlah, ada 1 kerja kosong tapi yang apply 100 orang? macam mana nak dapat tu. payah kan? jangan putus asa. Insyallah rezeki tu akan tiba, cuma masa belum mengizinkan. banyakkan berdoa dan rapatkan diri dengan Tuhan dan SABAR!

diulang...

SABAR!!!


semoga tahun depan dapatlah merasa rezeki baru. Amin!

notakaki: entri ini lebih kepada memberi semangat kepada diri sendiri.

Review: Manly 120 eyeshadow palette. kalau korang rasa nak cantik macam Michelle Phan or Tiffany D, mari baca entri ini.

salam.

aku baru perasan sejak akhir bulan november hari tu, aku sangat addicted dengan makeup. okay, dulu pernah masa zaman diploma then time kerja sekejap sebab masa tu ada duit untuk beli barang makeup. now, kegilaan tu kembali. bukan maksudnya sebelum ini aku tak makeup. NO! sebelum ni makeup sangat diperlukan untuk menutup segala tanda-tanda tak cukup tidur masa study, walaupun time study bukan nak tunjuk kat siapa-siapa pun. benda wajib yang perlu dicalit kat muka ni, foundation, compact powder dan paling penting, EYELINER!! nampak tak kepentingannya setelah di capslock?!

sejak kegilaan bermain facebook makin berkurang, aku pun pergi ke youtube dengan niat nak tengok klip-klip video orang, tiba-tiba terfikir apa kata kita belajar menggunakan eyeshadow yang daboommm...

before this selalu surf belajar makeup thru this one very gorgeous lady named Michelle Phan!

see, she gorgeous right?

lepas tu lama jugaklah diam untuk tidak melihat gadis-gadis cantik bermakep.

suddenly, one fine day...

TERaccidentally buka 1 video called makeupbytiffanyd. oh my god! terus jatuh cinta mahu belajar makeup yang sangat cantik dari beliau. memang tak tipu. i love & envy her style of makeup.

in her video, dia suka sangat buat cute face yang kadang-kadang buat aku gelak sorang-sorang.

banyak video dia kat youtube. korang boleh search sendiri. and also banyak makeup style dan tips-tips yang dia sudi share with all viewer.

so, for those yang beginner macam aku ni, boleh la belajar style makeup simple and natural dari 2 makeup idol aku ni. senang sangat. so practice make perfect tau!

Disebabkan kegilaan yang melampau dengan idol tu, mestilah kena praktis jugak kan? baru boleh jadi terer. dengan berbekalkan bekalan bahan makeup dan warna yang terhad, aku harus fikir mana nak cari variety color of eyeshadow yang banyak but murah dan berbaloi-baloi. surf punyer surf, jumpa solution! Manly 120 eyeshadow palette ! nah, hambik kau! 120 color! macam-macam ada. price range rm70-rm90. korang boleh search sendiri untuk dapatkan harga yang berbaloi dengan budget anda!

so far yang aku pakai, warna tahan lama, banyak choice of color disamping harga yang murah. nak dapatkan banyak warna, contoh; aku dari dulu suka warna eyeshadow elianto yang pekat dan tahan lama but now variety warna dah kurang + dengan harga dah naik dari RM5 to RM6, memang tak berbaloi lah kan? so better cari manly ni. memang aku suggest lah for those yang tercari-cari kan? definitely this one is better. value for money!

meh meh aku tunjuk!

kotaknya putih!

inside; black color! nampak anggun di situ

tadaaa, presenting 120 eyeshadow palette! colorful kan?

part this one tak buka plastik lagi... aku tak try lagi warna ni

yang ini dah selamat aku tenyek kat muka sendiri dan muka adik-adik. HA-HA. paksa adik-adik untuk dimakeupkan oleh aku.

satu je problem makeup ni. ianya mudah pecah dan sangat rapuh. so handle with care!

next mission; untuk beli makeup brush 24 piece. dah jumpa supplier but duitnya tak ada. so end of this month lah. jangan ada 'orang tu' marah sudahlah. ;p

Gua terlebih feeling pulak!

Salam.

bila minggu ini encek shayang very the moody, aku pula kuat menyentap.

sikit-sikit terasa. HA-HA

tak pernah-pernah okay?

padahal gua sempoi dan jarang 'makan dalam' okay!

kesimpulan, cepat-cepatlah minggu depan. mahu jimba-jimba happy-happy dengan encek shayang.


no worries sayang. I'm fine and you, please take care ya?

counting days okay ;) 143!

Source: badmood

awak, awak rasa mana yang best?

rasanya macam perlu tukar strategi la.

perlu buat macam tu ke?

or

macam ni?

tapi rasanya better macam tu la pasal nampak lebih classs


notakaki: yes! besok beta cuti. terima kasih bos!!

New Saga FL! sila belek sendiri di showroom Proton berdekatan dengan rumah anda.

cik merah saya sudah berjaya diservis!! setelah berbulan-bulan lama nya menunggu 'bulan jatuh ke riba' banyak betul komitmen few month ago.


mari kita berlumba! haha!


eh, saga sudah keluar latest design. saga FL kalau tak silap.

sila jenguk sendiri di link ini.

ataupun

di sini.

saga FL tuh yang warna putih ye? bukan awek baju putih ;)

oh! smart giler tang lampu tu. macam evo ;) price mahal sedikit dari normal saga between rm1k++ until rm1500++

berita baik untuk kaki shopping macam saya! jualan murah giler-giler sedang berlangsung!


salam.

dah lama blog saya ni agak bersawang. sejak awal tahun 2010 lagi dah macam tu. last year sampai naik muntah nak baca. sila salahkan bakal laki yang suka makan sambil tidur. ;p

larikkkkkk

nak cerita apa ye? simpan dulu lah. mari cerita pasal blog bisness saya yang tengah buat sales giler-giler. jualan sempena year end sales yang giler-giler.

shawl semurah RM8 korang dah boleh dapat. shawl yang diturunkan harga sebab nak buat clearance stock pun ada. before this price shawl tu semua bermula RM15++

risau pasal postage??!! dont worry. sebab kalau korang beli 2 helai ke atas dah boleh dapat FREE POSTAGE lagi! korang siap boleh campur dengan mana-mana design yang korang bekenan.

so? promotion bermula sekarang sehingga 2 january 2011. cepat!! while stock last tau sebabnya design setiap shawl tak banyak. 1 shawl 1 design saja. semua cantik-cantik dan berkualiti.

ada juga kain pasang cotton, tudung awning dan inner awning. hanger tudung/shawl pun dah turun harga!

belian melebihi 10 helai layak untuk dapatkan harga borong. sebab ada yang suka beli banyak-banyak untuk kegunaan sendiri kan?


visit Triolicious Enterprise

or

email efa triolicious [at] gmail.com

antara lagu-lagu pengantin yang wajib dipasang masa kenduri nanti.

salam 1 malaysia semua.

disebabkan baru lepas makan ubat selesema ni. kepala pun dah bengong2 sebab tadi kemas rumah kena habuk. so tengah fikir nak update apa untuk next entri. sekarang dah slow update entri la. tahun lepas entri dekat 3 ratus. tahun ni dah bulan 12 tapi entri baru seratus lebih.

oh, dah nak habis tahun ni. cepat betul masa berlalu. tup tup dah nak habis tahun. insyallah next entri nak review azam tahun ni yang dah tercapai dan belum.

bila masuk hujung tahun ni, confrim banyak undangan majlis perkahwinan dan tunang kan? so saya nak share di antara lagu ferevet kawin yang mungkin akan dipasang untuk majlis kawin saya. haha. bila? tunggu. insyallah. mana tahu tahun depan hujung tahun dah tukar status. siapa menduga kan?


tajuk lagu: bunga rampai.
bila dengar terus berkobar-kobar nak kawin. sila-sila cepat hantar meminang. hahaha.



tajuk lagu: selamat pengantin baru
mesti dipasang berulang kali time nak bersanding. haha



tajuk lagu: direnjis-renjis
hah, mestilah time nak renjis atas pelamin tu dipasang ye?



tajuk lagu: joget malam berinai
hah, rasa nak joget2 lah malam berinai nanti ;p

oklah. cukup 4 lagu. antara lagu-lagu evergreen la. memang best untuk dipasang.

selamat pengantin baru untuk bakal dan yang dah lepas kawin. lagu-lagu di atas dituju kepada anda. semoga berbahgia sampai ke akhir hayat.

notakaki: haha, tak pernah buat entri ni. nampak sangat sudah matang. alamak tahun depan 26 la. haiyooooo. mungkin next year akan banyak entri. hehe. dabel meaning tuh ;p

Penantian dari 2006 akhirnya tamat jua pada 2010. syukur alhamdulilah.

Lets picture do the talking ya? ;)

first time dapat bunga yang super banyak. thanks to hawa's family, my family, angah dan tercinta.

see, nampak excited kan?

huh, payah betul nak pakai topi tuh, asyik jatuh jek. tapi perasaan; priceless!!

after ceremony, payah mencari famili sebab handphone tak ada di tangan.

bersama adik-adikku. sorang je tak sampai lagi. pesanan untuk adik-adik; lepas ni along nak pergi convocation korang pulak. belajar rajin-rajin hokeiii!

opss, dah reveal insan tercinta. cewah!

dengan my kembar merangkap besties 4 tahun! miss u la my laling.

oh, dengan dony pakcik kentut. haha. one of best student gak ni. jangan lupa aku ya? kahwin jemput!

dengan dekan fakulti engineering dan cik best student fakulti ye? beliau sangat rajin belajar. so she deserve it. keep in touch ye sis?

me proud!

abah dan mama sumber inspirasiku! love you all!

tata, unisel bestari jaya!

bersama gadis-gadis gile dalam kelas!
inilah classmate saya. susah senang gaduh, baik selama 4 tahun.