habis rahsia dah terbongkar ;p

alamak...pagi-pagi dah dapat tag dr Mr boyfieee

harus menjadi 25 fact or anything about me self...

1- name saya efa... full name zarifah bt zulkifli

2- berumur 25 tahun 5 bulan 16 hari. hah kira sendiri bila birthday. umur je 25 jiwa masih 18 okay?

3- pemegang ijazah sarjana muda kejuruteraan awam dari unisel dan bakal bergraduasi 21 november 2010 ni! tak sabar weh!

4- ada 5 orang adik (ramai kan? tapi adik laki sorang je)

5- baru je berjumpa insan yang sudi terima diri yang serba kekurangan ni. ececeh!

6- masa form 4 & form 5, pernah belajar main silat gayung. wakil daerah pergi game state selama 2 tahun. haha, berani dekat lah! but now sangat rindu nak training silat. salah satu cara nak release tension.

7- sangat fobia to ketinggian. tapi kalau orang gayat tak boleh pandang bawah kan? saya tak boleh pandang atas.

8- tahun 2004 sangatlah tahun tak bernasib baik, pasai tahun tu kena gastrik dan lelah serentak.

9- pernah frust gila-gila pork dengan this one guy! oh, but now i happy with mr boyfiee baru!

10- juga kuat ngigau. wakakakaka

11- sangat sensitip, dulu pernah nangis tengok anak kucing mati kena langgar. live depan mata ok?

12- suka kucing!!! dan buli-buli kucing.

13- sangat rapat dengan mama!! apa-apa sikit mama, anak mama lah katakan. nanti dah kawen ajak mama tinggal sekali boleh ? ;)

14- masa spm sangat kantoi result. masa tuh tak ingat nak sambung belajar dah. naseb baik dapat parent yang sanggup bersusah payah carik tempat blaja untuk anak dia. rezeki ada. alhamdulilah, saya dah sampai ke tahap ini.

15- mempunyai online butik, Triolicious Enterprise register dengan SSM. modal berkongsi dengan mama :)

16- memang gila bisnes, dari kecik sekolah rendah dah mula jual gula-gula (berkat mama juga yang ajar), dulu macam-macam pernah jual. jual name kad, sticker, tudung, kain, cenderahati.

17- niat bukak online butik sebab mama dah nak pencen, so time die pencen ada jugak bende nak buat kan?

18- oh juga tak suka duduk dalam tempat yang sempit & sesak & ramai orang. RIMAS! sesak nafas.

19- saya diam bila saya lapar.

20- jarang dan payah nak marah orang, tapi once dah marah, meletup gunung berapi ;)

21- walaupun ada online butik, saya tetap dengan profesion civil engineer. sudah sebati dengan jiwa. tak boleh tinggal dah.

22- bercita-cita nak bukak company construction one day, dengan kawan-kawan seantero, insyallah.

23- oh, saya sangat geli dengan benda yang lembik2, menjalar, terutama cicak! dulu pernah ada history dengan cicak. oh dem, tak mau ingat!

24- tak boleh orang sentuh telinga saya, xtaw kenape, geli giler siot.

25- sangat sayang dengan cik merah saya!! so sejak itu addicted dengan warna merah. merah je cun ;p

nak kena tag orang lain, oh, siapa-siapa lah yang rajin dan baca entri ni wajib balas. haha.

2 comments:

  1. haha saya saje2 je baca.. kena buat tag jugak ke..
    hahaha larikkkkk

    ReplyDelete