dulu 5 tahun pertama, sekarang 10 tahun pertama.

10 tahun pertama terdedah penceraian

BANGI 14 Nov. - Kajian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendapati perkahwinan dalam tempoh 10 tahun pertama amat terdedah kepada keruntuhan rumah tangga sekiranya tiada kesabaran.

Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jakim, Othman Mustapha berkata, kajian Jakim pada 2008 itu mendapati, pada tempoh berkenaan perkahwinan menghadapi cabaran hebat seperti rumah tangga mudah goyah sehingga berlakunya perceraian.

Dalam pada itu, katanya, dalam kajian pada 2007 pula mendapati 32.2 peratus perkahwinan untuk tempoh lima tahun pertama mengalami perceraian.

berita selanjutnya...


mama pernah cakap, orang muda yang dah kawin sekarang, kurang sabar. sebab tu senang cerai berai.


sekarang dugaan sangat hebat. orang dah tak segan silu kacau rumah tangga orang lain. sebab tu mula dari awal lagi niat untuk berkahwin tu mesti kerna Allah. jangan kerna cinta, sayang dan nafsu. bila nawaitu perkahwinan kerana Allah dan mengikut sunnah Rasullullah, Insyallah dipermudahkan jalan kita.



notakaki: saya pilih kamu untuk menjadi pasangan hidupku sehingga ke akhir hayat juga kerna Allah. saya percaya jodoh, pertemuan, qada & qadar semua di tangan Nya. saya redha.

3 comments:

  1. Selamat Menyambut Aidiladha!!!~ ^_^

    ReplyDelete
  2. semoga berkekalan hingga ke akhir hayat. sampai syurga hendaknya,)

    ReplyDelete
  3. bain: selamat jugak
    myra: insyallah...amin

    ReplyDelete