Amaran Keras! 18SG!

untuk kamu.

sila jangan usik t _ _ _ N _ _ <--- klik untuk taw (fact #24) bila berjalan dengan saya. kalau anda mahu selamat better jangan. HA-HA. geli siot! meremang bulu roma!



....ada lori ada bas, lain hari boleh balas...




ni last warning taw!


takut tak?? garang tak i?


hey hey, serius okay? bukan kamu saja...tapi semua orang yang tau rahsia saya. nak kene sekeh ke hah??

oh, benci diperlakukan begini. *sebak

salam aidiladha semua.

selamat hari raya aidiladha.
yang balik kampung tu hati-hati di jalan raya ok?
saya raya kat sini je. tak apply cuti lama-lama pun. kat rumah pun tak masak apa-apa. haha. tunggu abah bawak balik daging korban kot. besok pegi tengok sembelih lembu lah. tayang muka. haha. tadi dengan jayanya tidur. mengantok giler. macam kena ubat tidur je..

dulu 5 tahun pertama, sekarang 10 tahun pertama.

10 tahun pertama terdedah penceraian

BANGI 14 Nov. - Kajian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendapati perkahwinan dalam tempoh 10 tahun pertama amat terdedah kepada keruntuhan rumah tangga sekiranya tiada kesabaran.

Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jakim, Othman Mustapha berkata, kajian Jakim pada 2008 itu mendapati, pada tempoh berkenaan perkahwinan menghadapi cabaran hebat seperti rumah tangga mudah goyah sehingga berlakunya perceraian.

Dalam pada itu, katanya, dalam kajian pada 2007 pula mendapati 32.2 peratus perkahwinan untuk tempoh lima tahun pertama mengalami perceraian.

berita selanjutnya...


mama pernah cakap, orang muda yang dah kawin sekarang, kurang sabar. sebab tu senang cerai berai.


sekarang dugaan sangat hebat. orang dah tak segan silu kacau rumah tangga orang lain. sebab tu mula dari awal lagi niat untuk berkahwin tu mesti kerna Allah. jangan kerna cinta, sayang dan nafsu. bila nawaitu perkahwinan kerana Allah dan mengikut sunnah Rasullullah, Insyallah dipermudahkan jalan kita.



notakaki: saya pilih kamu untuk menjadi pasangan hidupku sehingga ke akhir hayat juga kerna Allah. saya percaya jodoh, pertemuan, qada & qadar semua di tangan Nya. saya redha.

oh, kau sehangat api, kau membara.

tadi petang jalan-jalan aka surf internet masuk website feveret, beautifulnara. sekali keluar cerita panas. eh memang dari pagi tadi cerita panas dan emo. bermula adegan anak-anak remaja tanpa segan silu bercium di khalayak ramai. sengal! video remaja suka hati kepala bapak dia pegi sekeh kepala orang tua pengemis. then cerita uncle seekers dan mantan permaisuri agong, permaisuri Siti Aishah. oh oh oh.

kalau korang nak taw cerita dia, pergi jenguk sendiri. ceritanya berepisod okay? ala ala telenovela cinta terlarang kerna pangkat darjat dan harta. cepat ye? sebelum korang tak boleh masuk blog uncle seekers tu. baca sendiri dan fahami sendiri.

saya? payah nak komen dan percaya. bahaya. kang kena saman. ;p

but dari dulu sangat suka dan respek permaisuri agong Siti Aishah. admired her so much!


korang follow sendiri lah k? nanti uncle tu mesti update lagi punya.

congratulation and celebration!!


ini lah masalah utama saya sekarang. nak update blog tapi malas. nak update blog guna hati tapi elok je depan pc terus ilang merewang-rewang. tulah, ada orang tu suka makan sambil baring, terus saya jadi malas. motip??!! ;p

oh, cerita mengenai aktiviti yang bakal nak di buat minggu ni lah. besok dah selasa, rabu dah Raya Aidiladha. tahun ni tak terasa sangat mungkin sebab tengah minggu. saya pun tak ambil cuti. hanya cuti masa raya pertama. khamis kerja balik, jumaat nak pergi rehearsal sempena konvokesyen saya. yippiee! akhirnya dapat juga nak konvo. jumaat lepas pergi ambil jubah. sempat lah jumpa kawan-kawan lama, bergosip-gosip.

ahad ni saya konvo. sidang 3 pukul 8 pagi. huh, kena start report diri pukul 7.30pagi. bayangkanlah pukul berapa nak kena gerak dari shah alam pergi sana. dah tak sabar sebab nak jumpa kawan-kawan. rindu giler. banyak benda nak sembang. insyallah saya akan update cerita pasal konvokesyen next week.

gambar konvo masa diploma dulu. happy sebab ahad ni konvo degree boleh pakai hood convo. leh buat aksi baling-baling topi. haha.


HAPPY GRADUATION TO ALL MY FELLOW FRIENDS!!
BAC. ENG. CIVIL (HONS.)
2006 - 2010
FAKULTY ENGINEERING
UNISEL, BESTARI JAYA

saya mahu ubat! tolong-tolong!

aritu orang tu demam....

now turn saya pulak demam. memang tengah musim sekarang. kat rumah dah berjangkit-jangkitan sudah!

walaupun tak sehat, gagahkan diri juga pergi kerja. oh, oh, cepatlah pukul 5, mahu pantas bergerak pulang ke rumah. i cannot tahan already.


kejap panas, kejap hujan. kat utara dah banjir. kompom kampung cek jugak kena.


telan ubat selseme dan demam. terpaksa. dulu pernah ada sejarah telan ubat selseme then pegi langgar kereta abah dengan bangganya. haha.

notakaki: nanti i balas tag u okay? otak blur payah nak siapkan tag sampai 25 ayat.

habis rahsia dah terbongkar ;p

alamak...pagi-pagi dah dapat tag dr Mr boyfieee

harus menjadi 25 fact or anything about me self...

1- name saya efa... full name zarifah bt zulkifli

2- berumur 25 tahun 5 bulan 16 hari. hah kira sendiri bila birthday. umur je 25 jiwa masih 18 okay?

3- pemegang ijazah sarjana muda kejuruteraan awam dari unisel dan bakal bergraduasi 21 november 2010 ni! tak sabar weh!

4- ada 5 orang adik (ramai kan? tapi adik laki sorang je)

5- baru je berjumpa insan yang sudi terima diri yang serba kekurangan ni. ececeh!

6- masa form 4 & form 5, pernah belajar main silat gayung. wakil daerah pergi game state selama 2 tahun. haha, berani dekat lah! but now sangat rindu nak training silat. salah satu cara nak release tension.

7- sangat fobia to ketinggian. tapi kalau orang gayat tak boleh pandang bawah kan? saya tak boleh pandang atas.

8- tahun 2004 sangatlah tahun tak bernasib baik, pasai tahun tu kena gastrik dan lelah serentak.

9- pernah frust gila-gila pork dengan this one guy! oh, but now i happy with mr boyfiee baru!

10- juga kuat ngigau. wakakakaka

11- sangat sensitip, dulu pernah nangis tengok anak kucing mati kena langgar. live depan mata ok?

12- suka kucing!!! dan buli-buli kucing.

13- sangat rapat dengan mama!! apa-apa sikit mama, anak mama lah katakan. nanti dah kawen ajak mama tinggal sekali boleh ? ;)

14- masa spm sangat kantoi result. masa tuh tak ingat nak sambung belajar dah. naseb baik dapat parent yang sanggup bersusah payah carik tempat blaja untuk anak dia. rezeki ada. alhamdulilah, saya dah sampai ke tahap ini.

15- mempunyai online butik, Triolicious Enterprise register dengan SSM. modal berkongsi dengan mama :)

16- memang gila bisnes, dari kecik sekolah rendah dah mula jual gula-gula (berkat mama juga yang ajar), dulu macam-macam pernah jual. jual name kad, sticker, tudung, kain, cenderahati.

17- niat bukak online butik sebab mama dah nak pencen, so time die pencen ada jugak bende nak buat kan?

18- oh juga tak suka duduk dalam tempat yang sempit & sesak & ramai orang. RIMAS! sesak nafas.

19- saya diam bila saya lapar.

20- jarang dan payah nak marah orang, tapi once dah marah, meletup gunung berapi ;)

21- walaupun ada online butik, saya tetap dengan profesion civil engineer. sudah sebati dengan jiwa. tak boleh tinggal dah.

22- bercita-cita nak bukak company construction one day, dengan kawan-kawan seantero, insyallah.

23- oh, saya sangat geli dengan benda yang lembik2, menjalar, terutama cicak! dulu pernah ada history dengan cicak. oh dem, tak mau ingat!

24- tak boleh orang sentuh telinga saya, xtaw kenape, geli giler siot.

25- sangat sayang dengan cik merah saya!! so sejak itu addicted dengan warna merah. merah je cun ;p

nak kena tag orang lain, oh, siapa-siapa lah yang rajin dan baca entri ni wajib balas. haha.