entri rojak di pagi sabtu yang sejuk banget!

dulu pernah cerita pasal si sotong ni, tak percaya sila kelik kat sini.

semoga kau tenang di sana Paul si Sotong! mungkin ada orang telah racun tangki ko ataupun nak colek ko lalu dibuat sushi sebab Dia suka makan sushi sejak-sejak dengan saya... HA-HA


next 4 years khidmat beliau tidak diperlukan lagi. mungkin akan muncul tikus, panda, beruang, kupu-kupu sebagai peramal berikutnya.



next story!!



malam ni kan bola kelantan lawan negeri sembilan? oh oh oh! saya nak sokong siapa yang menang lah. tak ada addict sangat pun dengan bola. just addict dengan pemain bola sahaja. oh kacak sangat, kelihatan macho berlari-lari mengejar bola sambil keluar peluh jantan! oh, cekci! maafkan saya, kamu! kasi chance okay? nanti kita taubat ;p

oh, maafkan juga pasai cakap mamat dalam kereta kelihatan encem. hurm, terbayang kamu pulak nanti, mesti ada gadis kata macam tu. tak pe, saya letakkan cop mohor kat pintu. GREAT IDEA!!!

hey, nak cerita pasal bola, terlencong pulak. dulu masa zaman akmal rizal, sangat addict dengan beliau. masa tu dia main dengan kedah. but then dengar masa kelantan pulak sekarang. nampak sangat dah tak follow. kat negeri sembilan ada mamat handsome, si kembar tu, tapi tak valid dah, its okay, suke tengok muka mereka. macho gitu lagi2 ada janggut sikit2. oh sangat suke!! <--- ayat berikut lebih kepada memberi hint to Dia ;p okay,



NEXT!!!



dulu juga pernah cerita pasal entri ni, kelik sini

saya memang seorang yang tak boleh guna hp mahal-mahal. suka install software canggih-canggih sikit. konon up to date lah, sekarang padan muka, software dah corrupt! tensen betul! dulu pernah jadi masa pakai n70.

plus kena masuk virus okay? bayangkanlah, malam tadi dah padam semua msg, tup tup pagi tadi msg tu ada balik, tapi sampai 26hb je. pelik kan???


oklah, tamat luahan perasaan hari ni. Jom keluar!! nak jalan-jalan lah. bosan!


notakaki: Triolicious Enterprise dah update shawl baru!! mari rembat-rembat sebelum terlambat. nak diskaun?? sebut je: efa, saya nak diskaun! ;p

Get Well soon sayang!

oh, si Dia tak sehat...

mc 2 hari....

jiwa meronta-ronta nak pergi tengok....

tapi....

segan...

doa dari jauh sahaja lah.

semoga cepat sembuh ye? makan ubat tau! makan bubur sikit ke...suruh mak masak. hehe... lepas makan tidur, jangan lupa guna selimut kasi peluh-peluh sikit. nanti malam sikit i call u ye dear!

oh! kenapa mc sampai 2 hari. mesti teruk. risau ah!

Terima Kasih Tuhan!

betul cakap Tuhan...


kita dipertemukan dengan orang yang salah, agar kita dapat menghargai orang yang terbaik telah hadir dalam hidup kita. tidak akan orang yang sempurna dalam dunia. berbekalan kekurangan dan kesempurnan dari kedua belah pihak, pasti akan saling melengkapi antara satu sama lain.


Tuhan itu Maha Adil dan Maha Mengetahui. Bersyukurlah.


terima dan hargai sebelum ia hilang dan kita akan menyesal kemudian hari.



terciptanya hawa itu dari tulang rusuk adam. Fikirlah!




nota-kaki: semuanya cukup indah sekarang. Alhamdulilah!

nota-lutut: ah, asik update cerita pendek-pendek je, besok mahu update dari pantai sambil carik idea lagi panjang...

idea! nak menjawab entri dari seseorang...

to ......

terima kasih jugak....

sudi terima kelebihan & kekurangan diri ini. memberi sinar baru dalam hidupku.

Insyallah...

setia selamanya
tanpa ada curiga
semoga diberkati
ke akhir hayat nanti

semoga Allah permudahkan urusan dan niat kita. Amin.

nak update blog! nak update blog! jangan jadi blogger pemalas ye cik epa?!

mintak-mintak malam ni, idea nak update blog datang. saya dah tak larat dan sakit hati tengok blog orang lain update, tapi blog sendiri tak? oh, sangat pemalas tuan blog ye? nak kena ni. haha. garang tak saya? takut tak? tolong lah takut. sengal pulak! sorry!

oooooo.... ada orang tu lagi rajin update blog! agak-agaknya idea saya telah diceduk dan ditransfer ke Dia kot. pulangkan!! HA-HA

oh, masa untuk larik laju-laju, nanti kena pang dengan Dia ;p

KAMU!! Kau Pujaan Malaya Ku ;)



Pujaan Malaya oh oh oh uuu
Kau pujaan hmmm aiyaiayaai
Pujaan uuuuuuuu

Hati
Dihantu bayanganmu
Rindu
Termimpi tiap waktu
Ow ow woh

Cinta
Bercampur curiga
Kerna
Kau satu-satunya
Pujaan Malaya

Hei sayangku
Akulah pemujamu
Sampai bila-bila
Cintaku kan berbunga

(ai yai yai yai)

Chorus
Tiada
Apa dapat menghalang
Tiada
Kau aku gila bayang
Tiada
Cintamu ku tak senang
Cemburu
Resahku tak menentu
Dirimu
Segalanya sempurna
Oh kanda
Sungguh aku tergoda
Pujaan Malaya

This aint no lie
Hari ke hari ku ternanti-nanti
Cintamu tidak terbanding
Nyata tiada setanding
Walau ku rentas benua
Terbentang luas angkasa
Tak seluas cintaku
Come on my baby
Let’s get it on

Terbang
Cintamu buatku layang
Renyuk
Resah bila kau pujuk
(Ow ow woh)
Mama
Bilang jangan ku percaya
Lelaki
Akan memuja hanya pada mulanya

Nasib kita
Bukan semua sama
Tapi ku kan sedia
Agar tak merana

Tiada
Apa dapat menghalang
Tiada
Kau aku gila bayang
Tiada
Cintamu ku tak senang
Cemburu
Resahku tak menentu
Dirimu
Segalanya sempurna
Oh kanda
Kau Pujaan Malaya

Cemburu
Ai yai yai yai
Resahku tak menentu
Dirimu
Pujaan Malaya

Sungguh ku tergoda
Bahagia

Keputusan; penting atau tidak?

bila seseorang dah buat keputusan, sepatutnya semua harus terima sepenuhnya keputusan tersebut. namun kadang kala sesetengah pihak tidak dapat menerima lantaran ada macam-macam bermain di fikirannya. kita pula tak sepatutnya melenting dengan apa jua tindakan tersebut. hadapi dengan berpandukan akal fikiran kurniaanNya, berusaha serta tawakal. insyallah apa yang dihajati pasti termakbul.


yakin dengan keputusan sendiri? YAKIN! kerna apa jua yang tertulis untukku, Allah tahu jalan yang paling baik untuk hambaNya yang sangat-sangat dikasihi.


terlalu banyak difikiran.


bangun pagi dengan keputusan yang muktamad. perjalanan harus diteruskan.


untuk dia, terima kasih kerana memberi sinar baru dalam hidupku. aku yakin denganmu.