tinggal 1 hari lagi je nak puasa oi! Raya raya!


salam semua. lama tak berceloteh kat blog ni. hari ini permulaan untuk saya bercuti. besok pula company bagi cuti free. cuti saya sampai hari isnin. insyallah. tahun ini pula family semua beraya kat shah alam je. malas pula nak balik kedah. mungkin akan beraya di perak, tapi balik hari kot. korang pula beraya kat mana?

persiapan raya? hurm, buat baju raya 2 pasang je. tahun ini, tahun pertama keluar duit raya. haha. feel lain ye? tadi dah cash out duit raya. siapa nak sila beratur datang rumah. ececeh, nak bagi duit raya la, adik-adik ni dah tak sabar nak duit raya.

haish, sebenarnya banyak cerita tertangguh kan? wish merdeka, sebelum puasa. kononnya nak tulis, tapi tengoklah kalau rajin. sekarang ni agak busy lah, lagipun mood raya kan?

so kepada kawan-kawan yang balik kampung, berhati-hati di jalanraya ye? nanti makan ketupat rendang tu ingat-ingatlah saya yang beraya di bandar ni. haha, touching!

besok tinggal 1 hari je untuk berpuasa. mesti besok akan berhempas pulas di dapur nak siapkan juadah hari raya. macam-macam nak masak, kalau nak tahu apa yang family saya siapkan, tunggu entry raya!

selamat hari raya semua!
maaf zahir dan batin!

No comments:

Post a Comment