musang dan rakun itu dalam spesis yang sama ke?

pagi semalam, mama kecoh-kecoh sebab ternampak 1 family musang berlari-lari menuju ke atap rumah saya. saya masih tidur tapi terdengar bunyi di siling bumbung rumah. ingatkan 1 ekor je, rupa-rupanya dah beranak pinak, ada 2 ekor besar, 1 ekor kecil. yang kecil tu mama cakap sama besar dengan kucing dewasa. saya pernah ternampak sekilas pandang musang tu. ekor dia panjang gila, lagi besar dari kucing dewasa. mama cakap dulu musang tu pernah bergadoh dengan kucing kitorang dulu. tapi persoalan dia, musang atau rakun. mama cakap ekor dia belang-belang. macam rakun, tapi badan macam kucing. so most likely musang. aduh! pening, search dalam internet pun tak dapat kepastian.

so lepas tu mama terus call perhilitan shah alam suruh datang tangkap musang tu. musang tu dah lama bertapak kat bumbung rumah kitorang. tak tahu lah datang dari mana. macam-macam binatang ada. dulu pernah terserempak dengan ular, beruk. hello! kat shah alam yang bandar ni pun binatang macam tu boleh ada. gamaknya ada orang bela kot. lepas tu tak mo dah, biar je macam tu.

kitorang tak berani lah nak tangkap sendiri. takut dia apa-apakan kita pula. takut kita apa-apakan dia, kita pula kena tindakan. haiwan terancam kot.

so kesimpulan. tunggu sajalah macam mana orang jabatan perhilitan datang pasang perangkap. patutlah awning bumbung penuh dengan najis, rupanya najis musang tu. ingatkan kucing kitorang yang punya kerja.

ni contoh musang tu. spesis yang ini kot bertapak kat rumah saya. ekor dia sangat panjang macam dalam gambar.

ni pulak rakun. tapi ni ekor belang-belang macam mama nampak.


notakaki: musang tu makan apa ye?

picture from Google Image

2 comments:

  1. sya wase, musti musang tu da lama menetap kt umah awk. siap da beranak pinak lagi tu. huhu.

    ReplyDelete
  2. musang makan hayam...
    umah atok kat bandar, tapi umah kampung... ala2 macam kampung baru tu... ade bela hayam kat reban, belakang rumah, memalam musang datang dok usha kot2 bole dapat sekor...

    "Musang ini kerap dituduh sebagai pencuri ayam, walaupun tampaknya lebih sering memakan aneka buah-buahan di kebun dan pekarangan. Termasuk di antaranya pepaya, pisang, dan buah pohon kayu afrika (Maesopsis eminii). Mangsa yang lain adalah aneka serangga, moluska, cacing tanah, kadal serta bermacam-macam hewan kecil lain yang bisa ditangkapnya, termasuk mamalia kecil seperti tikus."

    epa, entri awak ni buat saya baca pasal musang kat wikipedia, menarik jugak....

    ps : suke cerita dokumentari tentang haiwan mamalia...

    ReplyDelete