kepada sesiapa yang pinjam dengan PTPTN

sapa-sapa yang pinjam dari ptptn tu, nak dapatkan pengurangan kadar interest dari 3% to 1%, sila rajin-rajinkan diri anda untuk kemaskini data kat sini. lambat, xdapat ye?

khidmat sosial ini dibawakan khas oleh diri sendiri. hehe

Cepatlah oiiiiii

laparrrrrrrrrrrrrrrrr....

grrrrrr.........

nak balik rumah makan!!

padahal dah sarapan.....

oh, diet! nanti tak muat nak pakai baju konvo. hehe

musang dan rakun itu dalam spesis yang sama ke?

pagi semalam, mama kecoh-kecoh sebab ternampak 1 family musang berlari-lari menuju ke atap rumah saya. saya masih tidur tapi terdengar bunyi di siling bumbung rumah. ingatkan 1 ekor je, rupa-rupanya dah beranak pinak, ada 2 ekor besar, 1 ekor kecil. yang kecil tu mama cakap sama besar dengan kucing dewasa. saya pernah ternampak sekilas pandang musang tu. ekor dia panjang gila, lagi besar dari kucing dewasa. mama cakap dulu musang tu pernah bergadoh dengan kucing kitorang dulu. tapi persoalan dia, musang atau rakun. mama cakap ekor dia belang-belang. macam rakun, tapi badan macam kucing. so most likely musang. aduh! pening, search dalam internet pun tak dapat kepastian.

so lepas tu mama terus call perhilitan shah alam suruh datang tangkap musang tu. musang tu dah lama bertapak kat bumbung rumah kitorang. tak tahu lah datang dari mana. macam-macam binatang ada. dulu pernah terserempak dengan ular, beruk. hello! kat shah alam yang bandar ni pun binatang macam tu boleh ada. gamaknya ada orang bela kot. lepas tu tak mo dah, biar je macam tu.

kitorang tak berani lah nak tangkap sendiri. takut dia apa-apakan kita pula. takut kita apa-apakan dia, kita pula kena tindakan. haiwan terancam kot.

so kesimpulan. tunggu sajalah macam mana orang jabatan perhilitan datang pasang perangkap. patutlah awning bumbung penuh dengan najis, rupanya najis musang tu. ingatkan kucing kitorang yang punya kerja.

ni contoh musang tu. spesis yang ini kot bertapak kat rumah saya. ekor dia sangat panjang macam dalam gambar.

ni pulak rakun. tapi ni ekor belang-belang macam mama nampak.


notakaki: musang tu makan apa ye?

picture from Google Image

hari raya itu 1 bulan. bukan 1 hari. oleh itu, marilah kita beraya sehingga hujung syawal nanti

salam semua! macam mana raya tahun ni? mesti meriah kan? bagus lah. dapat collect duit raya. tahun ni tahun pertama saya bagi duit raya. oh! excited dia kalah orang yang dapat duit raya. but tahun ini agak bosan lah sebab raya kat shah alam. ape yang ada? boring. malam raya tu sempat juga family singgah Jalan Tuanku Abdul Rahman. kalau korang rasa lah malam raya KL tu clear, silap besar lah. pasal, sesak teruk! memang tak boleh jalan dicelah-celah orang ramai. sesak nafas den!

first raya, second raya, third raya, raya ke 4, sama jek cerita. duduk rumah then makan dan makan dan makan tanpa henti. besok dah start work. dan harap juga besok akan start berpuasa 6. mahu kurus kembali. terkejut perut den asyik makan je.

tahun ni dah raya kat shah alam, so gambar raya pun kurang. layan jelah beberapa keping ni ye?

me wearing my baju kurung. 1st day jela, 2nd day pakai baju biasa je. tinggal 1 je baju kurung belum pakai.

family potret! tahun ni using tripod saja untuk ambil gambar. sebab baru jumpa tripod untuk digital camera. :)

the siblings! we are the most havoc sibling in the world. pening kpala

itu sahaja lah gambar yang menarik. lupa nak amik gambar juadah raya, ada ketupat daun palas, ketupat nasi, kuah kacang, rendang daging, ayam masak merah, nasi minyak, lontong. heaven kan? thanks to beloved mama because cook such a wonderful meal for us!

oh, besok bermula kerja untuk kami-kami yang bekerja. budak-budak sekolah di atas masih bercuti. seronoknya! ni nak tukar jadi cikgu sekolah lah!

tak tau lah kenapa sekarang mood malas bertambah-tambah!

tinggal 1 hari lagi je nak puasa oi! Raya raya!


salam semua. lama tak berceloteh kat blog ni. hari ini permulaan untuk saya bercuti. besok pula company bagi cuti free. cuti saya sampai hari isnin. insyallah. tahun ini pula family semua beraya kat shah alam je. malas pula nak balik kedah. mungkin akan beraya di perak, tapi balik hari kot. korang pula beraya kat mana?

persiapan raya? hurm, buat baju raya 2 pasang je. tahun ini, tahun pertama keluar duit raya. haha. feel lain ye? tadi dah cash out duit raya. siapa nak sila beratur datang rumah. ececeh, nak bagi duit raya la, adik-adik ni dah tak sabar nak duit raya.

haish, sebenarnya banyak cerita tertangguh kan? wish merdeka, sebelum puasa. kononnya nak tulis, tapi tengoklah kalau rajin. sekarang ni agak busy lah, lagipun mood raya kan?

so kepada kawan-kawan yang balik kampung, berhati-hati di jalanraya ye? nanti makan ketupat rendang tu ingat-ingatlah saya yang beraya di bandar ni. haha, touching!

besok tinggal 1 hari je untuk berpuasa. mesti besok akan berhempas pulas di dapur nak siapkan juadah hari raya. macam-macam nak masak, kalau nak tahu apa yang family saya siapkan, tunggu entry raya!

selamat hari raya semua!
maaf zahir dan batin!

Mari2, siapa nak beli camera raya? sila angkat tangan. boleh bergaya dengan camera baru yang murah!



okay, nak buat short entri saja. hari raya kan bakal menjelma tak lama lagi. so korang semua mesti akan cantik-cantik pada pagi hari raya. kalau dah cantik-cantik tu, of course lah mahu ambil gambar kan? tapiiii, camera tak ada. mahal pula nak beli.

so dikesempatan ini, efa nak buat promotion (actually helping my sister yang kerja di canon tu) korang boleh beli camera, dslr, digital or video camera yang murah gila kat canon. psst, kena bagitahu, promotion ini sebenarnya untuk staff canon sahaja tau. so kalau korang nak beli, mesti melalui my sister lah. korang boleh usha katalog yang telah efa sediakan. sila klik untuk tumbesaran yang melampau-lampau.

semua camera ini di import dari Japan tau! memang tak sama lah dengan camera canon yang korang beli kat kedai. kat kedai banyak yang dipasang di malaysia. so, kalau tengah tercari-cari camera tu, memang sesuai dengan promo ini. sales ini setahun sekali je.

kalau korang berminat? boleh email efa di triolicious@gmail.com

okies? :)

eh, lupa nak bagitahu, sales ini 3 hari sahaja. 6 - 8 sept 2010 only!!